PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Saturday, February 4, 2012

Liverpool FC Pun Berbahasa Melayu

Arakian tersebutlah kisah sebuah pasukan bola sepak yang bergelar Si Merah-merah -.-" (The Reds) yang berasal dari negeri orang keputihan berbahasa dengan bahasa orang kecoklatan. errr

Maka gegak gempitalah seluruh rakyat negeri orang kecoklatan dengan khabar tersebut terutamanya kipas susah mati pasukan tersebut. Seronok hati tidak terkata lebih-lebih lagi pabila baru saja meraikan kemenangan dalam peperangan yang baru berlangsung. Namun peperangan itu masih belum berakhir. Mereka bakal bertempur semula pada purnama yang baru ini.

Apa aku merepek ni? Nak post pasal gambar status bahasa melayu Fb page Liverpool FC ni je. hehe. Dah tak ada idea nak menulis, mengarut la jadinya.

*LFC speaking Malay, you haveee? (translate: LFC cakap Melayu, ko hadooo? lol)

Wednesday, February 1, 2012

Bertalaqqi Pertama Kali

Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berkesempatan untuk menyertai program Talaqqi Intensif 2012 yang dianjurkan oleh Yayasan Sofa dan Persatuan Alumni Pelajar Islam SBP (APIS). Banyak nasihat yang diberikan oleh Dato' Sheikh Muhammad Fuad Al Maliki sepanjang program. Kitab yang diijazahkan pada program tersebut ialah kitab Aqidah Islam dan Syamail Nabi (Kesempurnaan Nabi SAW).
Kitab yang dipelajari
Menurut YDP Yayasan Sofa yang juga merupakan Pengerusi Bersama HIMPUN, bekas presiden ABIM dan juga Pengerusi Persatuan Pembela Islam iaitu Dr. Yusri Mohamad, Sheikh ini ibarat permata yang tersembunyi, seorang ulama yang jarang didengar oleh masyarakat umum. Hanya yang dahagakan ilmu sahaja yang mengenalinya. Benar, tidak seperti beberapa ustaz yang mungkin ramai pengikut dan terkenal, ulama ini berusaha sebaik mungkin menegakkan aqidah sebenar Islam dan budaya ilmu dalam masyarakat Islam terutamanya talaqqi.
Sijil pengIjazahan
Antara pesanan Sheikh Fuad ialah mengajak peserta membudayakan kaedah mencari ilmu secara bertalaqqi, iaitu mendapat ilmu terutamanya berkaitan agama secara terus daripada ulama, duduk berhadapan, dan ulama itu mendapatkan ilmu tersebut melalui ulama lain yang juga menerima ilmu itu daripada alim sebelumnya, dan seterusnya sehingga ke para sahabat yang menerima ilmu daripada Rasulullah S.A.W. InsyaAllah, kita tak akan tersesat melalui cara talaqqi yang diamalkan oleh ulama-ulama muktabar.
Semoga saya berpeluang lagi menyertai program seperti ini pada masa akan datang untuk memantapkan pengetahuan mengenai agama dan mudah-mudahan berupaya menyebarkannya kepada Muslim yang lain.

Wednesday, January 25, 2012

Blogr.my : Medium Ping Baru oleh @rekrazie

Saya dulu selalu ping blog dekat gengblogger.com. Tapi sekarang kalau buka dia tulis "dalam penyenggaraan". Err penyenggaraan tu apa ek? Bukan ke penyelenggaraan *failed*

2 hari lepas, ada mesej dekat cbox saya yang baru ni,

In fact, mesej tu ialah mesej yang pertama kat cbox saya tu. Haha.
Saya pun terus usha dan register. Oh saya ahli yang ke 30 kat blogr.my. Hehe. Sekarang dah ada tempat baru nak ping blog.

Jadi dengan berbesar hati, saya ingin mengajak kawan-kawan blogger yang lain join blogrMY yang dibuat oleh blogger Alif Alfiandy ni (http://rekrazie.blogspot.com/). Erm rupanya benda alah ni dipanggil weblog aggregator. Terima kasih la sebab gigih promosikan blogrMY sampai ke blog ni yang tak berapa terupdate. Fungsi-fungsi yang ada dalam blogr.my tu boleh cek dekat sini http://rekrazie.blogspot.com/2012/01/ping-entri-blog-anda-di-blogrmy.html ataupun lebih senang korang usha je la terus kat http://blogr.my/ ni. Hehe

*errr letak entri ni dekat ruangan ping tajaan boleh tak Inchik Alif Alfiandy *kelip2mata* =P

Wednesday, January 18, 2012

~Boring~~Arghhh~

Tadi masa tengah sedap-sedap layan lecture yang dah nak akhir-akhir semester ni, terperasan pula vandal dekat meja dalam lecture hall tu. Kelakar pulak tengok. Hehe. Biasanya jarang duduk dekat belakang tapi tadi saje duduk belakang dengan kawan, nampak pula ada benda ni. Kalau dah duduk belakang tu biasanya kurang minat. Memang lah boring. Cuba duduk depan sekali yang meja bawah tu, Depan-depan lecturer. Hilang tak boring tu? Hehe
Siapa punya kerja la ni agaknye. Hihihi.
*Saya tak pernah duduk depan sekali. Tak berapa strategik. Hehe.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber