PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Perfect Scorer SM Sains Johor SPM 2010

Semalam ada seorang pelawat Fairosza.net tanya mengenai senarai pelajar SM Sains Johor yang memperoleh Perfect Score a.k.a straight A. Fairosza yakin soalan itu merujuk pada keputusan SPM yang baru diumumkan minggu lepas (memandai je) walaupun pelawat yang menggunakan nickname 'katak' tersebut tidak menyatakannya (katak pon baca blog ni.hehe). Tapi encik katak ni tak meninggalkan sebarang tanda seperti link untuk dihubungi. Letak emel ok juga.
Barang diingatkan bahawa walaupun banyak maklumat mengenai sekolah tersebut di blog ini, bukan bermakna ini adalah portal rasmi SMS Johor. LOL
Klik sini untuk melihat keputusan SPM SMSJ bagi tahun 2010.
Oleh itu, Fairosza dengan gigihnya mendapatkan senarai tersebut daripada seorang lepasan SPM 2010 SMSJ yang juga merupakan

Tuesday, March 29, 2011

Ranking Top 10 SBP + MRSM SPM 2010

 Senarai ini merupakan kedudukan nombor 1 sampai 10 apabila dicampur kedua-dua kedudukan Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara. Nampaknya tiap-tiap tahun pattern nya lebih kurang sama je. Ranking penuh SBP yang dapat daripada portal Info Murid (a.k.a SBPExcellent) ada dalam entri sebelum ni (sini). SBP je ada sebab saya dulu sekolah SBP =).

Monday, March 28, 2011

Ranking SBP SPM 2010

Kedudukan ni diambil dari data yang diupload oleh setiausaha peperiksaan sekolah masing-masing ke portal Info Murid. Jadi ada kemungkinan boleh jadi sedikit perubahan jika ada sekolah yang update data dalam sistem tersebut.
 Kedudukan, Nama Sekolah, Gred Purata Sekolah

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 SM Sains Johor

*update yang ke-4 hari ni.huhu

Nampaknya, walaupun pengarah pelajaran umumkan keputusan SPM seluruh negara meningkat, fenomena yang berlawanan berlaku di SM Sains Johor. (eh dah macam portal SMSJ je blog ni..huhu).
Ada lagi tak mural ni kat dinding sekolah?
Mata Gred Purata sekolah turun lebih perpuluhan dua mata. Tahun lepas, sekolah mencapai 1.54 manakala tahun ni jatuh kepada 1.75. Kejatuhan point yang banyak ni mungkin akan memberi kesan terhadap kedudukan SMS Johor dalam kalangan

SPM 2010 : Ranking Top 5 Sekolah Negeri Johor

Ni entri ke-3 hari ni. Semua gara-gara keputusan SPM 2010 yang baru diterima calon-calon pagi tadi.
Tadi kita dah tengok tiga SBP terbaik di negeri Johor (klik sini), kali ni dapat info mengenai kedudukan nombor 1 hingga 5 keseluruhan pula bagi sekolah-sekolah di Johor.

SBP Terbaik SPM 2010 Negeri Johor

 Tiga Sekolah Berasrama Penuh terbaik di negeri Johor untuk keputusan SPM tahun 2010

Keputusan SPM 2010: Tahniah apa jua keputusan

Kalau keputusan SPM yayng baru dapat hari ni kurang memuaskan, tak payahlah susah hati. Bukannya penamat kehidupan ni. Cuba bayangkan, kalau semua dapat straight A+, mesti universiti pun susah nak pilih pelajar. Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Hari Isnin aritu masa buka forum lowyat.net, ada forumer yang tulis dia cuak sampai diarrhea nak tunggu keputusan SPM. Hehe kelakar pulak.

Friday, March 12, 2010

Keputusan SPM 2009 (ranking sekolah)

Berikut merupakan kedudukan sekolah (1-10) yang diambil daripada beritasemasa.com untuk keputusan SPM yang baru keluar semalam.
1. SMS Seremban
2. KISAS
3. SBPI Gombak
4. Sekolah Tun Fatimah (STF)
5. SMS Alam Shah
6. SBPI Rawang
7. SMS Muar
8. SBPI Temerloh
9. SMK Infant Jesus Convent, JB
10. Kolej Tunku Kurshiah
Dalam senarai ni, 9 daripadanya merupakan SBP dan 1 SMK. Jadi nampaknya kali ni sekolah Fairosza (SMS Johor) terkeluar daripada Top 10 SBP terbaik SPM sebab tinggal 1 lagi tempat untuk top 10 walaupun seorang calon sekolah tu dinobatkan pelajar terbaik negeri Johor. Lain kali mungkin boleh buat lebih baik dan kembali mengungguli carta. Beberapa sekolah menunjukkan peningkatan berdasarkan senarai kedudukan di atas. Antaranya SBPI Gombak, STF, SBPI Rawang dan SBPI Temerloh. Tak kurang juga sekolah-sekolah yang turun daripada kedudukan tahun lepas.
Tahun ni, pengiraan pointer agak pelik sikit sebab pointer untuk SMS Seremban kurang daripada 1.0 (yang merupakan sesuatu yang mustahil dan tak akan berlaku jika menggunakan kiraan sebelum ni). Apa-apa pun, tahniah kepada yang dapat keputusan semalam.

-masih menanti khabar dari Sc Johore-

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber