Tadi, tiba-tiba teringat kat satu blog yang dulu selalu juga buka dan baca artikel-artikel dia. Banyak maklumat yang dikongsi blogger tersebut.
Blog yang dimaksudkan ialah www.aizbatucampur.com yang dimiliki oleh Ahmad Faiz bin Mohd Azmi. Budak ni memang sangat kreatif. Banyak tempahan flash banner yang dia buat dan memang lawa. Macam tak percaya yang dia belajar tu semua sendiri je. Fairosza dulu pun belajar guna Flash ada kelas formal.
Selain blog tu, dia ada juga selia blog-blog lain macam www.fcucommunity.net dengan www.fcuproduction.com. Semuanya dia customise design sendiri.
| Antara scene dalam video Magical Boy |
Sebenarnya tu semua baru mukadimah, atau orang jawa panggil intro. Fairosza nak cerita masa buka aizbatucampur tadi, tengok-tengok keluar yang macam printscreen kat bawah ni.
| Keluar macam ni lah. Kalau tak percaya bukak la. Tapi tak tahu lah sampai bila macam tu. |
Cuak juga tengok. Siap bagi warning lagi nak hack blog dia yang lain. Macam mana nak tingkatkan blog protection ek?
Harap-harap hacker yang bernama f4iZi ni tak serang Fairosza.net. Tolong ya hacker yang baik hati dan pandai hack, blog ni bukan apa-apa sangat pun. Tak payah la hack.