Hampir seminggu berlalu sejak Fairosza dan rakan-rakannya bergelar alumni untuk Kolej Yayasan UEM. Awards Day yang dijalankan Sabtu lalu menjadi hari yang menggembirakan buat kebanyakan pelajar (kini bekas pelajar) tapi tidak bagi Fairosza. Sayu hatinya melihat ibu bapa rakan-rakan yang lain hadir menyaksikan anak-anak mereka ke pentas sedangkan dia bersendirian kerana maknya membatalkan rancangan untuk hadir kerana memenuhi komitmen lain. Rindu kepada abahnya yang lebih dua tahun tidak berjumpa tidak tertahan lagi. Tambah lagi dengan kesedihan untuk berpisah dengan sahabat-sahabat yang menjadi tempat berkongsi suka duka di KYUEM. Semua ini menjadikan Awards Day hari yang takut dihadapi oleh Fairosza namun terpaksa juga ditempuhi. Bayangan-bayangan kesedihan menjadi kenyataan ketika berlangsungnya majlis tersebut.
"Ukhwah dan kasih sayang mu'min tidak diukur dengan kerapnya bersua, bukan dengan hangatnya rindu, tidak dengan manisnya cinta, bukan kerana selalu bersama, tetapi dinilai sejauh mana nama sahabatnya meniti dibibirnya saat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya."
3 comments:
dah jadi budak tua..
apa pula kata budak muda?
sapa plak budak muda?
adik2 enta.. :P
Post a Comment