Tapi, bermula semalam, saya berasa agak gembira kerana akhirnya tuan blog mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan tentunya dia akan cari masa untuk tulis apa-apa perkara, walaupun kadang-kadang mengarut.
Saya tahu, berat hatinya untuk membuat keputusan ini. Semalam merupakan hari terakhirnya. Banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajarinya. Tapi apakan daya, keputusan mesti dibuat antara dua pilihan. Dunia ini sentiasa dipenuhi dengan pilihan. Saya nasihatkan kepada tuan blog dan semua pembaca, berhati-hatilah dalam membuat pilihan agar tidak tersilap memilih dan menyesal kemudiannya. Sentiasalah berdoakan kepada Allah agar diterangkan hati dalam membuat pilihan.
Sekian daripada saya,
Blog Berhabuk
No comments:
Post a Comment