[Lelaki shj] Ukur Jari Anda
Entri kali ni berkaitan kaum Adam sahaja sebab tak ada kena mengena dengan kaum ibu, dara dan yang sewaktu dengannya. Tapi kalau nak baca juga suka hati korang la.
Kajian terbaru menunjukkan ada cara mudah bagi orang lelaki mengenal pasti tahap kebahayaan(pelik semacam je perkataan ni) mereka terhadap kanser prostat. Kajian yang berdasarkan survey ni dijalankan oleh seorang professor daripada Institut Kajian Kanser, UK.
|
Eh bukan ni. Ni jejari kentang. |
Ok, jom abang-abang, kita ukur baju di badan sendiri. Eh silap. Ukur panjang jari telunjuk dengan jari manis. Sama panjang atau mana satu lebih panjang? Alamak jari manis lebih panjang pula. Korang boleh baca sebahagian laporan kajian kat
sini. Kalau tak faham baca berita
ni.
|
Haa yang ni baru jari betul. |
Tak tahulah keputusan kajian ni memang tepat untuk semua orang yang bergelar lelaki atau pun ada pengecualian untuk kes-kes tertentu. Tapi kalau jari budak tu terpotong atau ada accident ke, tu pun termasuk juga ke ek? Hehe..
4 comments:
prostat?bahaya tu....haha
a'ah..bahaya
alamak... menakutkan btol lar..
agak r....sapa tau cara mengurangkan risiko ni..?
Post a Comment