PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Thursday, December 16, 2010

SM Sains Johor sekolah racist

SM Sains Johor sekolah yang racist?
Ni persoalan bukan pernyataan ya. Takut nanti jadi Namewak pula, eh bukan Namewee.
SMS Johor ni salah sebuah SBP yang cemerlang (huh bajet), takkan lah racist pula.
Sebenarnya soalan ni muncul masa saya borak-borak dengan kawan sekolah lain.
Kitorang cerita nama-nama kelas yang digunakan dekat sekolah masing-masing. Macam-macam la nama ada.
Tiba giliran saya, saya bagi tau la ada 4 kelas untuk menengah rendah dan 5 kelas untuk menengah atas.

Kelas menengah atas namanya Sains 1, Sains 2, Sains 3, Teknikal 1 dan Teknikal 2. Erm, biasalah nama-nama macam ni.

Nama-nama kelas untuk menengah rendah pula, Melayu 1, Melayu 2, Melayu 3 dan Melayu 4. Tiba-tiba, seorang kawan saya tu tanya dengan sepantas kilat (metafora je), "Sekolah kau tu racist ke?"
Sepanjang bersekolah kat SMS Johor, saya tak pernah pula terfikir yang nama kelas tu racist. Di sekolah yang terkenal dengan kumpulan zapinnya, Selayah Pujangga ni, ada je pelajar bukan Melayu kat sekolah tu. Cina, India, Iban, Dayak (semestinya original dari Sarawak =P) dan macam-macam lagi. Sebab tu tak pernah terfikir langsung pasal racist-racist ni.

Kelas tu dinamakan sedemikian ada sebabnya. Ikut sejarah (jangan mengantuk tau), masa dulu kala, waktu sekolah ni baru dibuka, ada dua aliran yang ditawarkan sekolah sains pertama di Johor ini iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris untuk semua kelas Tingkatan 1 hingga 5. Tahun demi tahun berlalu, pelbagai transformasi (wah!) dilakukan bagi memantapkan pencapaian sekolah ini juga untuk mengikuti corak pendidikan kebangsaan. Antaranya termasuklah melupuskan aliran kelas Inggeris dan kemudian aliran Sains dan Teknikal untuk menengah atas pula diperkenalkan. Jadi, tinggallah kelas Melayu sahaja untuk menengah rendah.

Kini, transformasi terus berlaku di sekolah ini. Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dikelaskan  mengikut rumah sukan masing-masing. Oleh itu, kelas 1 Melayu 1 juga turut dikenali sebagai 1 Suria, Melayu 2 sebagai Buana, Melayu 3 sebagai Purnama dan Melayu 4 sebagai Segara yang merupakan nama-nama bagi rumah sukan yang terdapat di SMS Johor. Namun demikian, nama Melayu 1,2 dan sebagainya itu terus dikekalkan, bermakna 1 Suria ialah 1 Melayu 1 dan 1 Melayu 1 ialah 1 Suria (erm pening). Polisi terbaru sekolah ni mengenai pembahagian kelas saya tak pasti pula. Rasanya tak banyak perubahan.

Inilah sejarah nama kelas-kelas tu. Seronok tak sejarah? =)
*kawan saya bagi tahu, kat MCKK semua pelajar Melayu dan bumiputera je.

Artikel Yang Berkaitan



8 comments:

mie said...

uiihh!!!
itu rupanya asal usulnya..

MHI said...

hahaha..
selain MCKK SSAS pun 100% melayu dan bumiputera jugak...
tak best la dok sekolah melayu je.. bosan

Fairosza said...

mie:ye,ni je sbnrnya asal usul die..

MHI:haah ek..tp SSAS tak guna nama melayu kt sekolahnya,MCKK obvious

MHI said...

nama melayu ke cina ke india ke tak semestinya penghuni nya mengikut nama..

bandingkan universiti malaya (campur2) dan universiti teknogi mara (100% melayu)..

^^

izwanyusof said...

hoo.. camtu.. hmm,pernah kalah dengan sekolah ni tahun 2006..explorace matematik tambahan kat smakj..kalah sebab timbangan kelapa parut kurang.. haha..

Fairosza said...

MHI:
yup,sokong.contohnya nama kelas kat SMS Johor ni.
*tp Malaya dgn Melayu tak sama.Malaya tu nama lama negara Malaysia.

Izwan:
pertandingan apa tu?cam pelik je..

SK said...

bru aku tau ape tu m1 m2 dan m3.
mse aku msuk da tukar ke lom eh? hehhe.

Fairosza said...

SK:
masa masuk tu masih m1,m2 lagi.cuma ada juga kadang2 dipanggil ikut nama rumah sukan sbb masa tu dah mula sistem rumah.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber