Saya seorang yang tak kuat. Tak kuat untuk berjauhan dengan mak. Setelah bermacam dugaan yang mak hadapi, siapa yang sanggup? Masa mengambil A Level di KYUEM, Perak, waktu peperiksaan akhir, sepanjang minggu Fairosza menangis, bertanya diri sendiri betul ke nak fly ke luar negara. Saya homesick. Baru di negeri orang dah tak tahan, inikan pula negara orang.
Walaupun 5 tahun belajar di Sekolah Berasrama Penuh, tapi asrama sekolah tu dekat je dengan rumah. Alhamdulillah dapat sekolah yang dekat, dekat bandar Kluang je, tak ada masalah.
Sehinggakan waktu malam ketika musim peperiksaan A Level, antara doa saya ialah "andai berjaya dalam peperiksaan ini untuk fly ialah yang terbaik buatku, berjayakanlah aku, andai gagal dalam peperiksaan ini untuk fly ialah yang terbaik buatku, gagalkanlah aku". Fairosza sangat risau dan tak bersedia menjadi lebih jauh. Perak ni dah cukup jauh dari Johor.
Akhirnya, bila keputusan keluar, Fairosza tidak berjaya untuk fly, tapi macam mana pun alhamdulillah, keputusan Fairosza tidaklah gagal. Kurang 1 mata sahaja daripada requirement sponsor. Walaupun tak dapat fly, insyaallah, saya yakin akan mendapatkan tempat di universiti-universiti berdekatan. Doakan dapat untuk intake September ini. Tiga pilihan pertama saya pilih yang dalam negeri Johor je. Senang nak pulang rumah waktu cuti.
Masa mengambil peperiksaan UPSR, mak menunggu sehingga saya masuk dewan setiap pagi. Masa PMR dan SPM, sekolah dah jauh sikit, mak datang masa hari pertama peperiksaan untuk mengiringi ke dewan peperiksaan. Keputusannya, alhamdulillah saya boleh dikatakan cemerlang ketiga-tiga peperiksaan tersebut. Itu kuasa kasih dan doa emak saya. Di KYUEM, saya masuk ke dewan bersendirian. Ya memang masuk dengan rakan, tapi Fairosza terasa sendiri tanpa mak tidak seperti peperiksaan sebelum ini.. Tapi saya yakin saya diiringi doa mak.
Saya tak pasti macam mana nak menghadapi hidup sendiri. Masih belajar untuk bersedia. Sedia hidup di dunia untuk sedia di akhirat. Sediakah kita?
Lantaklah orang nak cakap saya anak emak. I'm glad.
4 comments:
semoga berjaya bro... ingatkan fly asrama.. hek2.
Zikri:
tq...hehe fly asrama tu pun tak dapat gak..=)
setiap yg berlaku ada hikmahnya...
btw,best of luck Fai..
Insyaallah, ada jalannya =)
Azmer Lias:
tq azmer.doakan sama2 berjaya.
cam kenal je ayat last tu..lagu MZ..hehe
Post a Comment