Entri pada 19 Februari, Bersedia hidup. |
Pengumuman itu berkenaan seorang warga di sini yang meninggal dunia awal pagi tersebut. Fairosza cuba fokus dengan pengumuman yang samar-samar tu. Lepas tu bila disebut nama yang meninggal dunia, rasa macam kenal orangnya. Lepas tu, untuk kepastian, Fairosza teruskan dengar alamat rumah yang berkenaan. Memang betul jangkaan Fairosza, ibu kepada seorang kawan perempuan masa sekolah rendah telah kembali menghadap Illahi kerana menghidapi beberapa sakit.
Arwah merupakan ustazah di sekolah agama tempat saya belajar. Tapi seingat saya, beliau tak pernah mengajar kelas saya. Namun kami saling mengenali kerana anaknya dalam kelas yang sama dengan Fairosza. Saya panggil Cik Noraini tapi kalau kat sekolah Ustazah Noraini la.
Sebelum ini, mak saya ada menziarahi ibu kawan saya tu untuk melihat keadaannya. Paling terharu bila mak saya cerita ustazah tu ada bertanya pasal saya. Mak cakap Ustazah Noraini sedih sangat bila dapat tahu yang saya tak berjaya fly tahun lepas. Mak suruh saya pergi ziarah tapi saya segan pula nak pergi. Saya rasa betul-betul terkilan juga menyesal. Memang tak sangka.
Kawan saya itu sekarang menyambung pengajiannya di US yang baru berlepas ke sana September tahun lepas. Saya tak dapat bayangkan perasaannya yang mesti sangat sedih. Perkara ni yang mengingatkan saya betapa besarnya rahmat Allah membiarkan saya di Malaysia pada masa saya tak bersedia berjauhan dengan mak saya. Pada masa saya sangat perlu duduk meluangkan waktu dengan mak. Saya bersyukur masih dipanjangkan usia saya dan mak untuk menghadapi hari-hari esok.
Mungkin bila saya lebih bersedia dan berani nanti, saya boleh berjuang sendiri terutamanya untuk bahagiakan mak. Harapnya nanti lebih bersedia untuk hidup di dunia dan akhirat.
Al Fatihah buat Ustazah Noraini. Buat Anis Hashim, semoga dugaan ini membuatkan dirimu lebih kuat dan cekal dalam hidup.
4 comments:
Kunjungan balik sob, semoga mau gabung di komunitas blogger babel
sebalai:
apa ek komunitas blogger babel tu?..hehe
innalillah..sama2 kita sedekahkan al-fatihah kpd ustazah noraini... takziah buat anis hashim sekeluarga...
farahana:
insyaallah.harap2 kawan kita ni tak trus lemah semangat.
Post a Comment