Azmer Lias ni kawan masa dekat SM Sains Johor dulu. Kitorang pernah sekelas masa Form 1 dengan Form 2. Masa Form 5 pula kitorang sama dorm. Dorm lelaki yang paling kemas. Hehe.
Nak tau kenapa Fairosza buat entri terima kasih kat Azmer? Panjang ceritanya. Jadi akan dipendekkan. Eh memang pendek pun sebenarnya.
Sebenarnya, tarikh tersebut merupakan hari kelahiran saya. Tempat saya lahir di Kluang, lebih spesifik lagi, di Felda Ulu Belitong. Kalau nak spesisfik lagi, kat rumah. Tak perlu lah nak lagi spesifik sampai nak tulis atas katil pula kan.
Fairosza tak berapa suka nak ingat tarikh birthday sendiri. Tapi terpaksa ingat juga sebab kalau tak susah nak isi borang apa-apa yang kena isi tarikh lahir. Pernah sekali tu masa kat sekolah tak ingat pun hari tu hari jadi sendiri, tiba-tiba ada kawan wish Selamat Hari Jadi masa kelas Physics. Boleh blur pula masa tu.
Awal-awal lagi, saya dah plan nak sembunyikan tarikh birthday kat akaun Facebook sebab tak nak orang tahu bila birthday saya. Kat Fb, walaupun kita dah hide kan tarikh tu, dia tetap akan keluar kat wall friends bila harinya dah tiba. Jadi, apa yang Fairosza buat ialah bila masuk je bulan 2, saya terus tukar tarikh tu jadi bulan Januari. =)
Tapi tak sangka pula tengah malam tu, ada juga orang yang ingat. Azmer lah orang nya. Maknanya dia bukan ingat sebab ada notification kat wall Fb.
Azmer ni pun ada blog juga. Boleh la korang terjah blog dia tu. (Blog Azmer)
Mungkin betul laporan kat portal guardian.co.uk , 11 Februari ialah tarikh yang bersejarah, bukan sahaja buat Hosni Mubarak yang meletakkan jawatan, tapi juga buat Fairosza. Baca sini.
Tak lupa juga terima kasih dekat blogger Solihin Zubir yang ucapkan Happy Birthday semalam. =)
Bawah ni merupakan antara gambar kenangan Fairosza dan Azmer masa kat sekolah.
Dekat JB |
Waktu jamuan pengawas 2007 |
Bersama Dormate masa menang Dorm Terceria |
4 comments:
haha..
like2..
thnx fai...
heheh.. sama2..
lewat sehari drp besday adik aku.. heheh..
Idiaz aka Zaidi =):
yup..like
Azmer:
sama2..tq jugak eh.hehe
Solihin:
Betul tu. lewat sehari je. So tak boleh lupa r..haha
Post a Comment