Salam Maulidur Rasul.
Sambutan Maulidur Rasul 2011 peringkat kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya. Oh, Fairosza tidak hadir program tu. Cuma menonton dekat TV1 je. Tapi takdelah dari awal perarakan. Saya mula menonton bila majlis dah berada di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.
Antara aturcara majlis ialah penyampaian Anugerah Maulidur Rasul. Tahun ni, ada 7 penerima semuanya. Perkara yang menarik ialah seorang pelajar bukan Islam merupakan penerima anugerah tersebut. Wee Siew Yin menerima anugerah tersebut kerana kecemerlangannya dalam PMR baru-baru ini termasuklah mendapat A dalam subjek bahasa Arab (Komunikasi). Kejap, saya sebenarnya tak berapa ingat macam mana ejaan sebenar nama pelajar ni. Maaflah ya cik kalau salah eja.
Semoga saudari Wee Siew Yin diberi hidayah dan seterusnya dapat menggunakan kepintarannya untk membangunkan Islam dan negara.
Persembahan peserta Adik-adikku yang diterbitkan Jakim di RTM ketika majlis tu sangat menarik dan menginsafkan. Kagum betul Fairosza tengok adik-adik membuat persembahan sebegitu. Semoga program seperti Adik-adikku ini terus mendapat lebih sambutan dan lebih banyak program seumpama itu diwujudkan.
5 comments:
yupp.. ejaan nama dia weee soon yen.. heheh..
hebatkan dia ckp Arab..
mudah2an dia akan diberi hidayah kelak...
hebat tol.. pelajar cina cmerlang dlam bahasa arab.
tapi klu ingat2 balik, mase ambik arab komukasi masa PMR dulu, x la susah mana.
btw, congrats la wee soon yeen..
diriku ni pon x mampu nak dapat anugerah tu. haha
Solihin:
hehe tu la ingat2 lupa masa tulis entri ni.tapi bila tngok kat utusan nama dia wee soo yen.lebih kurang la tu.hehe
Strep AkiEra:
pergh btol ke tak susah subjek arab ni? tapi at least budak ni boleh tahu basic nahu2 bahasa arab.
xdpt tengok tv...ade keje smlm..huhu
Azmer:
cuti2 pon keje..busy tol budak puncak alam nih.hehe
Post a Comment