PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, April 12, 2011

Akan Sibuk

Esok Fairosza akan bertolak ke Kuala Lumpur. Saya akan bekerja semula di Thundermatch Technology cawangan Low Yat. Tak pasti lagi untuk berapa lama. Mungkin cuma tiga hari, mungkin juga sehingga kelas mula nanti.
Ni company tempat saya kerja tu.
Sebelum ni Fairosza kerja di situ kemudian berhenti. Saya yang minta berhenti dekat Manager tempat saya bekerja. Kenapa berhenti? Salah satu sebabnya Fairosza nak buat persiapan untuk membuat permohonan ke universiti. Takut-takut kalau sibuk sangat kerja nanti, terlepas pula tarikh tutup permohonan. Lagipun, semua sijil-sijil yang berkaitan ada kat rumah dan KL ke Johor tu bukan macam Bukit Bintang ke Penjara Pudu. Jadi lebih baik duduk di rumah dan selesaikan semua.
Korang boleh baca sikit cerita masa mula-mula kerja kat sini.
Kalau nak tengok gambar masa kerja dulu, klik sini .
Ni pulak apa yang terjadi bila sibuk sangat bekerja, klik sini.
Dekat rumah ni pula, saya bukan duduk saja-saja goyang kaki. Fairosza jadi orang gaji tak bergaji lah. Huhu. Malam pula saya jadi Tutor untuk anak jiran (bukan sebelah rumah) yang akan ambil PMR tahun ni. (Ingatkan nak tulis personal tutor tapi bunyi macam lain pulak, dah la waktu malam..huhu..Tapi malangnya, tutee saya tu lelaki..sob3 LOL).

Saya bukan mengajar pun, cuma berkongsi cara belajar dengan budak tu dan temankan buat homework je (saya tak minta bayaran pun, tapi kalau ayah dia bagi saguhati tu ambil aja lah =D). Kalau budak tu nak harapkan yang cikgu ajar kat sekolah, memang susah sikit. Sebab cikgu nak uruskan ramai pelajar. Saya dan dia belajar dengan cara yang sangat santai. Jadi mudah sikit tutee saya tu nak tangkap apa yang dipelajari. Fairosza tengok pun ada peningkatan. Kalau sebelum ni bila suruh jawab soalan, mesti banyak yang menggunakan teknik hentaman =). Tapi sekarang dah banyak berfikir daripada menghentam jawapan (memang tak sah kalau tak hentam macam tutor dia jugak dulu). Tapi yang peliknya, jarang betul dia ada homework. Fairosza dulu waktu sekolah berlambak-lambak. Agaknya memang berbeza sistem pengajaran antara sekolah harian dengan SBP.

Tapi bila Fairosza dah masuk kerja nanti, dah tak dapat nak bantu tutee tu. Kalau momentum yang dia ada sekarang ni tak diteruskan, memang susah sikit nak skor dalam PMR nanti. Memag rasa serba salah tinggalkan dia padahal PMR lama lagi. Lagipun ayah dia yang minta saya tolong.

Berbalik pasal kerja tadi (dah jauh menyimpang ni), minggu lepas Manager tu call suruh kerja semula kerana memerlukan khidmat Fairosza yang rajin ini (perasan). Sebenarnya macam serba salah nak pergi ke tak. Tapi last-last, pergi je lah. Tengok dulu macam mana nanti.

Tapi yang paling sedih sebenarnya, nanti kalau dah sibuk kerja mesti dah tak dapat nak update blog ni selalu. Lepas tu dapat surat daripada blog macam yang entri ini...waa~.

*Rasa tak best la tulis entri personal macam ni walaupun blog ni blog personal.
Erm lagi satu, manager tu sebenarnya abang saya je...huahaha~

Artikel Yang Berkaitan



3 comments:

Anonymous said...

bwu nak mintk tlg abg fairosza ajar..hehe..just kidding..slamat berkerja ^_^

forever love said...

doakan semoga die rajin macam fai ada..

Fairosza said...

syafiqah redzwan:
tak reti la nak ajar orang..huhu.btw,tq

Atiq:
insyaallah.amin

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber