PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Friday, April 1, 2011

Tutorial, Blog Review, Reply Blog Entry, Gedik

Amaran : Entri kali ni agak mengarut (tapi tak mencarut ya). Dan tahniah Rafi Nilhan menjadi follower ke-200. Patutnya ada entri special untuk anda.

Entri kali ni merupakan sebuah entri 'tauhu sumbat' sebab kali ni Fairosza nak sumbatkan banyak benda dalam 1 entri. Ingat nak buat asing-asing tapi takpe lah, jimat kertas sikit (haha bajet pakai kertas je blog ni). Proses penyumbatan (ada ke perkataan ni?) ni berlaku gara-gara kenalan maya baru saya yang menggelarkan dirinya HH yang bermaksud Hantu Halimah (Kak Limah Balik Rumah). Eh,eh, silap, sebenarnya Hafiz Hafizol, jangan marah..(tiba-tiba bulu roma meremang malam-malam ni)

Perkara-perkara yang nak disumbatkan dalam entri kali ni ialah tutorial, blog review, sesi mengkritik (a.k.a mengutuk LOL) dan juga sebagai membalas (atau reply) kepada entri hot yang ditulis HH ini (<---klik perkataan 'ini').

Tutorial ni ditanya oleh HH selepas Fairosza perasan yang profile ID yang digunakan HH untuk men'follow' blog lain tidak mempunyai link blog beliau dan menjadikan tuan blog yang difollow sukar menjejaki follower mereka. Tapi ironiknya, HH sendiri pernah membuat satu entri khas menegur follower beliau berkenaan hal ini (klik sini) (ha da malu lah tu, da malu lah tu) hehe. Perkara ini biasanya terjadi pada mereka yang men'follow' tanpa menggunakan ID google yang digunakan untuk blogspot seperti ID yahoo dan twitter. Fairosza ada cuba cari di Google, tapi tak jumpa seprti yang diharapkan. Kalau ada pun, mirip-mirip je seperti yang di tulis oleh blogger famous kujie (sila Google sendiri..hohoho~). Namun entri tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi encik HH kita ni. Fairosza sendiri pun tahu penyelesaian ini dengan menggodeh-godeh sendiri benda-benda yang terdapat di aplikasi Google ini.
Ni lah makhluk tersebut. Gambar ini diambil daripada Facebook beliau dan ditangkap ketika beliau sedang melantak tanpa mengajak Fairosza.
Bermacam cara dah digunakan untuk menolong HH seperti menulis panjang lebar di Facebook dan membuat panggilan video menggunakan Skype dan tunjukkan sendiri skrin PC Fairosza dalam panggilan tersebut. Namun usaha-usaha tersebut gagal kerana Fairosza tak pandai nak terangkan dalam bentuk ayat masa tulis kat Facebook tu, dan waktu buat panggilan video, PC dan internet rumah saya ni meragam pula. Jadi kami sepakat supaya Fairosza menulis entri tutorial (bergambar) di blog ini.
 


Tapi bila check balik, nampaknya HH dah pun berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Jadi tak perlulah Fairosza tunjukkan caranya. Hahaha ( Tapi kalau ada yang nak tau boleh juga. Sila beri tahu ye). Maknanya HH pon dah dapat join geng budak-budak handsome sebab budak handsome je yang tahu pasal ni. =)

Ok kita terus ke perkara seterusnya yang akan menggabungkan blog review, sesi mengutuk dan mereply entri yang ditulis HH. Review saya terhadap blog HH mudah je, blog HH --> G.E.D.I.K. Hahaha. Sebab apa? Sebab ayat-ayat yang selalu HH guna dalam entri dia banyak yang berbaur kegedikan. Paling tak, tajuk beliau gedik pun jadi la. Saya dapati bahawa hal ini merupakan taktik HH bagi mengelirukan pihak musuh agar ramai-ramai bertandang ke blognya (patutla banyak komen dan juga follower dia..hehe). Walau bagaimanapun, virus g3 d1 k ini hampir-hampir dijangkiti Fairosza. Mana taknya, bila baca balik chat dekat Skype tadi dengan HH, saya betul-betul tak percaya apa yang saya tuliskan. Terikut rentak gedik beliau. Rasa macam nak muntah bila baca balik. Kalau korang rasa entri Fairosza selepas ini berbaur kegedikan, hal ini bermakna saya dah pun terjangkit virus g1 d3 k tersebut. Sila salahkan HH jika anda termuntah ketika itu.

Tapi sebenarnya, jauh di lubuk hati Fairosza (dah mula da nak bodek), blog HH sebenarnya unik dan tersendiri. Keunikan inilah yang menjadikan blog HH menarik dikunjungi dan lain dari yang lain. Sebab itulah blog HH ada lagi ramai follower dan banyak komen untuk entri-entri beliau daripada blog picisan ini. Hal ini sangat men jealous kan Fairosza. Namun, saya tetap tak akan menggedikkan diri untuk mengatasi kegedikan penggedik blog gedik iaitu HH melainkan telah terkena jangkitan virus g3 d1 k yang disebutkan tadi (berapa banyak gedik da). Perkara itu sangatlah tidak bersifat keFairoszaan (habis semua perkataan kau nak tambah imbuhan ye). [Dah puji ni kena la belanja KFC =)]

Sekian, sampai di sini saja warkah berlagu gedik untukmu wahai Hafiz Hafizol. Segala kata yang mengguris jiwa mohon dimaaf jua.
ni lah header blog dia. Tulisan yang bawah tu Fairosza yang tambah. hehe (kalau klik header ni korang akan meninggalkan Fairosza.net dan masuk ke blog HH..sob3)

Artikel Yang Berkaitan



14 comments:

Hafiz Hafizol said...

euuwwww... euwww... u how dare u how dare u how dare u.... aku tarik rambut hang ikat kat kipas nak???? lalalalalala... ( tgk aku komen mana ada gedik la)

Hafiz Hafizol said...

NWay tens kamu.. haha.. sukenya... kamu telah review blog picisan saya.. seyes terharu sob3... hahaha.... N tens bagi tuto 2.. HH ingt yg kamu suh setting 2.. haha.. tens taw tolong tegur HH... suke betOL.. malu betOL r ko dah pecah rahsia HH.. hahahaha

Fairosza said...

HH:rambut baru potong tadi..dah pendek da..(huh selamat)...

red said...

korang berdua mmg gediksss... wakakaka (tetiber)

Rafi Nilhan said...

bro..thanks for the advice..
gedik dah jadi lumrah..hahaa..

Fairosza said...

HH:
tak sengaje la terpecahkan rahsia..sorry la kalau benda tu membuatkan HH kemaluan..huhu

red:
mane ade..HH je yang gedik..=(

Rafi:
no problem la.tak de la expert sgt bab cintan cintun ni..hehe
yup,gedik memang menjadi lumrah bg orang yang gedik..XD

Hafiz Hafizol said...

fai : xda la .. bese2 jek.. kih3.. aku plak yg gedik... ko memg nak kene kan.. tarik gigi laju2 baru tawu...

Fairosza said...

HH:
ala rambut dah potong nak tarik gigi pulak.takkan nak kena cabut gigi plak biar tak kena tarik dengan HH..huhu

Azmer Lias said...

gediknya fai
muahahaha
*sejak bile ko pandai menggedik ni?!

Fairosza said...

Azmer:
ala saye ke yg gedik. cuba tengok btol2 sapa yg lagi gedik. HH ke Azmer..eh tetibe plak..haha

Hafiz Hafizol said...

haha.. ngok ngek la Fai... tarik bulu mata laju2 baru taw.. hahahaha

Fairosza said...

HH:
ish kejam giler mu nih..sume benda nak ditarik...sian saye jd mangsa..

Hafiz Hafizol said...

hahaha... okeyh... tampor la plok.. tampor kang.. nok dop??? muahaha

Fairosza said...

HH:
ha tampor la tampor la kalu berani..xrok ccetong(sukenye dapat praktikkan perkataan yg baru belajar..muahaha)

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber