PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Monday, May 9, 2011

Menulis Artikel Berkualiti dan Bermanfaat

Korang suka baca blog? Korang ada blog? Ramai dah ada blog sekarang. Ada macam-macam cara dan gaya penulisan.

Menulis entri artikel yang berkualiti dan bermanfaat kepada pembaca bukan mengambil masa 5-10 minit. Biasanya lebih setengah jam. Kalau setakat tulis apa kita buat tadi, dengan sekian orang kita tak puas hati, mahupun dah berapa banyak buffered earning yang kita dapat, memang kejap je dah boleh siap dan boleh publish. Tapi kalau nak tulis entri yang betul-betul memberi manfaat kepada orang yang membaca seperti pengalaman yang berguna, perkongsian ilmu dan buah fikiran, dan juga analisa maklumat-maklumat semasa, memang susah. Kalau setakat nak tulis siapa terkeluar AF minggu ni, atau siapa pemenang Anugerah Bintang Popular, kat Berita Harian pun orang boleh cari. Tak payah ambil alih kerja wartawan yang susah payah ke lokasi buat laporan. Kesian nanti diorang tak dapat cari makan. Huhu...
Paling tak, tulis la pendapat korang tentang topik yang dituliskan. Sekali-sekala pun tak apa tulis entri yang bermanfaat. Alah blog ni pun bukannya bagus sangat.

Jadikanlah blog sebagai medium perkongsian info-info yang berguna dan bermanfaat kepada pembaca. Kalau hebah-hebahkan benda yang baik tu tak ada masalah.

Entri ni merupakan contoh entri yang kurang manfaat ( tolong bangkang statement ini..=P lalala~ )

*Orang ada blog, kau pun nak ada jugak...

Artikel Yang Berkaitan



7 comments:

afifah said...

SAYA BANGKANG SEPARUH JE..

Rafi Nilhan said...

betol bang.. pasal buat entri ala wartawan tu aku sokong.. bukan crita je sama cam lam paper, tajuk pon direct.. google kot.. hehehee

nice entri btw..

suria lekatlekit said...

takpe.. saya dulu pun tulis entri entah apa2 tp cuba perbaiki dari masa ke semesa.. bak kata orang from zero to hero..
TERKINI : LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG
TERKINI : JANGAN MEMBERI HARAPAN KOSONG YANG INDAH PADANYA

Hafiz Hafizol said...

wau.. Nie x lain x bukan nak kutuk aku letteww.. #tibe

Fairosza said...

Afifah:
sob3...=)

Rafi:
btol3..tq

Lekat Lekit:
ha tu yg kita mau...perbaiki diri...bagus2

Hafizol:
mane ada kutuk. kalau terasa nasib r...lalala~

wanluqman said...

Saya faham perkara saya tulis ketika catat sebab cell otak segar. Tapi perlukan pentejemah seminggu kemudian untuk decode.

Fairosza said...

wanluqman:
tu dia...agak saintifik di situ

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber