PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, March 15, 2011

Jelajah 1 Malaysia - Hari 2

Sebenarnya dah lama dah nak post gambar-gambar ni. Kejohanan Jelajah 1 Malaysia ni pun dah tamat. Hari pertama hari tu bermula dari Johor Bahru ke Bandar Penawar. Gambar-gambar yang ada ni masa hari ke-2, 9 Mac 2011. Walaupun menunggu lama dengan penuh sabar, akhirnya tiba juga mereka. (tapi nampaknya kereta pengiring macam lebih banyak dari basikal dan pelumba. Haha)

Kenapa ada gambar hari ke-2 je?
Sebab masa hari tu konvoi ni lalu kawasan perumahan Felda tempat Fairosza ni. Hehe bangga juga bila di highlight dalam jelajah tu nama Felda tempat tinggal ni. Ye lah Felda je kot. Padahal boleh je dia nak letak nama yang lebih popular contohnya nama gunung yang berdekatan kat sini, Gunung Lambak dan Gunung Belumut. Tapi tak, diorang ambil nama Belitong juga. Mungkin kemenangan dalam Anugerah Kebersihan dan keceriaan Felda (AKKF) menjadi salah satu faktor pemilihan nama tersebut. Hehe sukahati je.

Hari kedua ni antara tempat-tempat laluan utama pelumba-pelumba ni bermula dari Bandar Penawar, lepas tu ke Kota Tinggi, ke Bandar Tenggara, kemudian ke tempat yang ditunggu-tunggu (=P) iaitu Belitong sebelum meneruskan ke garisan penamat di Dataran Tasik Kluang di bandar Kluang. Kat Astro Arena pon siap ada nama Belitong lagi dekat peta perjalanan basikal ni. :)

Jom layan gambar-gambar daripada handphone cikai ni. (sporting tak orang-orang Felda ni? Peserta-peserta jelajah ni pun sporting juga)
Ni jelah gambar-gambar yang ok sikit. Hehe..

Artikel Yang Berkaitan



4 comments:

Blog Rujukan Kesihatan Buah Pinggang said...

salam admin,

Tahniahlah kerana nama felda tempat admin tinggal telah dipilih untuk dihighlightkan.

Fairosza said...

BRKBP:
salam.
tq sudi singgah sini :)

Azmer Lias said...

gmbr hang xda ka?!

Fairosza said...

Azmer:
cheq pemalu la azmer..hehe

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber