Kenapa ada gambar hari ke-2 je?
Sebab masa hari tu konvoi ni lalu kawasan perumahan Felda tempat Fairosza ni. Hehe bangga juga bila di highlight dalam jelajah tu nama Felda tempat tinggal ni. Ye lah Felda je kot. Padahal boleh je dia nak letak nama yang lebih popular contohnya nama gunung yang berdekatan kat sini, Gunung Lambak dan Gunung Belumut. Tapi tak, diorang ambil nama Belitong juga. Mungkin kemenangan dalam Anugerah Kebersihan dan keceriaan Felda (AKKF) menjadi salah satu faktor pemilihan nama tersebut. Hehe sukahati je.
Hari kedua ni antara tempat-tempat laluan utama pelumba-pelumba ni bermula dari Bandar Penawar, lepas tu ke Kota Tinggi, ke Bandar Tenggara, kemudian ke tempat yang ditunggu-tunggu (=P) iaitu Belitong sebelum meneruskan ke garisan penamat di Dataran Tasik Kluang di bandar Kluang. Kat Astro Arena pon siap ada nama Belitong lagi dekat peta perjalanan basikal ni. :)
Jom layan gambar-gambar daripada handphone cikai ni. (sporting tak orang-orang Felda ni? Peserta-peserta jelajah ni pun sporting juga)
Ni jelah gambar-gambar yang ok sikit. Hehe..
4 comments:
salam admin,
Tahniahlah kerana nama felda tempat admin tinggal telah dipilih untuk dihighlightkan.
BRKBP:
salam.
tq sudi singgah sini :)
gmbr hang xda ka?!
Azmer:
cheq pemalu la azmer..hehe
Post a Comment