PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Saturday, February 4, 2012

Liverpool FC Pun Berbahasa Melayu

Arakian tersebutlah kisah sebuah pasukan bola sepak yang bergelar Si Merah-merah -.-" (The Reds) yang berasal dari negeri orang keputihan berbahasa dengan bahasa orang kecoklatan. errr

Maka gegak gempitalah seluruh rakyat negeri orang kecoklatan dengan khabar tersebut terutamanya kipas susah mati pasukan tersebut. Seronok hati tidak terkata lebih-lebih lagi pabila baru saja meraikan kemenangan dalam peperangan yang baru berlangsung. Namun peperangan itu masih belum berakhir. Mereka bakal bertempur semula pada purnama yang baru ini.

Apa aku merepek ni? Nak post pasal gambar status bahasa melayu Fb page Liverpool FC ni je. hehe. Dah tak ada idea nak menulis, mengarut la jadinya.

*LFC speaking Malay, you haveee? (translate: LFC cakap Melayu, ko hadooo? lol)

Wednesday, February 1, 2012

Bertalaqqi Pertama Kali

Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berkesempatan untuk menyertai program Talaqqi Intensif 2012 yang dianjurkan oleh Yayasan Sofa dan Persatuan Alumni Pelajar Islam SBP (APIS). Banyak nasihat yang diberikan oleh Dato' Sheikh Muhammad Fuad Al Maliki sepanjang program. Kitab yang diijazahkan pada program tersebut ialah kitab Aqidah Islam dan Syamail Nabi (Kesempurnaan Nabi SAW).
Kitab yang dipelajari
Menurut YDP Yayasan Sofa yang juga merupakan Pengerusi Bersama HIMPUN, bekas presiden ABIM dan juga Pengerusi Persatuan Pembela Islam iaitu Dr. Yusri Mohamad, Sheikh ini ibarat permata yang tersembunyi, seorang ulama yang jarang didengar oleh masyarakat umum. Hanya yang dahagakan ilmu sahaja yang mengenalinya. Benar, tidak seperti beberapa ustaz yang mungkin ramai pengikut dan terkenal, ulama ini berusaha sebaik mungkin menegakkan aqidah sebenar Islam dan budaya ilmu dalam masyarakat Islam terutamanya talaqqi.
Sijil pengIjazahan
Antara pesanan Sheikh Fuad ialah mengajak peserta membudayakan kaedah mencari ilmu secara bertalaqqi, iaitu mendapat ilmu terutamanya berkaitan agama secara terus daripada ulama, duduk berhadapan, dan ulama itu mendapatkan ilmu tersebut melalui ulama lain yang juga menerima ilmu itu daripada alim sebelumnya, dan seterusnya sehingga ke para sahabat yang menerima ilmu daripada Rasulullah S.A.W. InsyaAllah, kita tak akan tersesat melalui cara talaqqi yang diamalkan oleh ulama-ulama muktabar.
Semoga saya berpeluang lagi menyertai program seperti ini pada masa akan datang untuk memantapkan pengetahuan mengenai agama dan mudah-mudahan berupaya menyebarkannya kepada Muslim yang lain.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber