PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Ditawarkan Pelacur

Ok pengalaman kali ni mungkin jarang sekali berlaku pada korang yang baca entri ni. Kalau ada juga boleh share dibahagian komen. Huhu.

Pengalaman ditawarkan pelacur bukan Fairosza dapat sekali dua. Dah banyak kali dah.Dekat mana? Di sebuah jalan di ibu kota metropolitan yang menjadi laluan ramai jenis manusia. Melayu, Cina India semestinya ada. Tambahan lagi ada pak arab, mat saleh, negro mahupun indo.

Kawasan tersebut bukanlah kawasan tertutup. Tapi boleh dikatakan setiap kali Fairosza melalui jalan itu selepas habis kerja untuk pulang ke hostel company, akan ada bapa ayam yang cuba mendekati sambil membisikkan "Amoi, amoi. Melayu ada, Cina ada, Vietnam......". Ya, kaedah promosi mereka juga secara terbuka kepada orang awam yang lalu.

Tapi saya rasa mereka sedikit kurang ajar kerana tanpa mengira siapa mereka cuba mempromosikan 'produk mereka' termasuk kepada orang Islam. Bukan susah pun nak cam muka-muka jawa ni, tapi mereka dengan selamba mempelawa kita. Tindakan ni secara tak langsung dapat merosakkan umat Islam tu walaupun keputusan terakhir terletak pada individu tu sendiri. Namun, jika tidak ditawarkan, mana mungkin orang boleh terfikir untuk terlibat.Ye tak?. Paling sedih, pelacur MELAYU juga ada disebutkan.

Cuba bayangkan remaja muda-mudi yang tak terfikir pun untuk melakukan perbuatan yang dimurkai Allah ni tiba-tiba terlupa membezakan mana baik mana buruk apabila dioffer sebegini. Dengan mudahnya anak bangsa kita dapat dihancurkan.

Bukan susah untuk pihak berkuasa seperti DBKL mahupun polis mengesan mereka. Cuma lalu je jalan tu dengan berpakaian biasa, pasti akan ada yang mendekati. Namun persoalannya kenapa aktiviti ini dijalankan tanpa rasa takut. Padahal IPK Kuala Lumpur dekat je. Kegiatan ini jelas bertentangan dengan undang-undang negara.

Kalau ada mana-mana pihak berkuasa yang membaca penulisan ini (ada ke?), mahupun sesiapa yang kenal dengan pihak-pihak tersebut, harap dapat usahakan satu operasi membersihkan negara ini daripada perkara sebegini. Perkara ini merupakan masa depan negara kita, bangsa kita, umat kita. Gejala ini juga terbukti membawa banyak kesan yang sangat negatif terhadap sistem sosial kemanusiaan.


*tempat secara spesifik adalah dirahsiakan takut-takut ada pula yang ke situ untuk 'mencari pengalaman ditawarkan pelacur'

Saturday, April 9, 2011

Rakyat Malaysia Sangat Fasih Bahasa Inggeris

Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah 10 negara yang paling fasih menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan negara-negara yang bukan bahasa rasmi dan ibundanya bahasa Inggeris. Kajian telah dibuat oleh Education First (EF) terhadap beberapa buah negara termasuk dari Eropah dan Amerika Latin. EF tu apa? Boleh baca di sini. Malaysia berada di kedudukan ke-9 antara 44 buah negara dan lebih membanggakan apa bila negara ini berada di tempat teratas dalam kalangan negara Asia apatah lagi Asia Tenggara.
Malaysia dikategorikan sebagai High Proficiency dengan mata 55.54. South Korea pula mendapat 54.19 dan dikelaskan sebagai Moderate Proficiency (eh kenapa cerita pasal Korea pulak tiba-tiba ni...huhu).
Singapura tiada

Monday, January 17, 2011

Selamat Hari Ponggal

Pada Jumaat lepas, 14 Januari, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib menerusi akaun facebooknya menyeru semua rakyat Malaysia berbilang kaum mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada penduduk Tamil. Perayaan Ponggal yang diraikan sempena musim menuai di India, turut diraikan dengan meriah di negara kita. 
Pada tahun ini, perayaan yang berlangsung pada hujung minggu itu menarik perhatian ramai warga Malaysia tanpa mengira kaum seperti yang diraikan di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar dari kalangan Melayu dan Cina turut diundang untuk mengalami sendiri kemeriahan Pesta Ponggal tersebut. Acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum yang harmoni di Malaysia. Lebih-lebih lagi, penganjuran di peringkat pelajar ini dapat mendidik mereka agar menghargai antara satu sama lain walaupun mereka berlainan warna kulit. Tentunya, kaum selain Tamil dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas kebudayaan tradisi masyarakat tersebut. 
 
Selain pelestarian warisan nenek moyang masyarakat India di Malaysia, sambutan ini juga dapat menarik lebih ramai pelancong luar negara bertandang ke Malaysia bagi merasai sendiri kepelbagaian di negara kita. Perkara ini seterusnya dapat meningkatkan lagi pendapatan berteraskan pelancongan dan memacu ekonomi negara kearah yang lebih kukuh. Beberapa pelajar dari negara luar seperti Belgium dan Jerman memilih Malaysia sebagai destinasi program pertukaran pelajar mereka kerana tertarik dengan kepelbagaian budaya di Malaysia menunjukkan bahawa perayaan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia wajar diraikan selagi tidak menyalahi undang-undang dan menyentuh sensitiviti kaum yang lain. 

Walau bagaimanapun, perkara yang penting ialah setiap kaum perlu memahami antara satu sama lain dan mengikut peraturan yang ditetapkan undang-undang agar peristiwa hitam seumpama 13 Mei tidak berulang menghantui masyarakat Malaysia. 

*Ni sebenarnya ulasan yang kakak suruh buatkan berdasarkan keratan akhbar tu. Adeh..macam-macam. Buat la sendiri.

Thursday, September 16, 2010

Don't Fall In One By One

Sempena Hari Malaysia Hari ni, Fairosza nak sampaikan 2 lagu kat bawah ni.

Here In My Home


We're Malaysian

Friday, May 7, 2010

Fairoza's laws on Malaysian Politics

Warning: This is only for fun. If you are obsess to and a die-hard fan of PAS, do not continue reading this post =).

Actually, I've been thinking about this theory(lah sangat.) about few weeks before. I purposely write this post after the Hulu Selangor local election so that I'm not campaigning for any party. Before that, I would like to congrate the Hulu Selangor residents because they have made right decision =).

1st law of politic
What?? Is it true that our beloved country is related to that terrorist Israel. Now, let see who is the real 'Israel' in Malaysia.

2nd law of politic
Ok, now the relation is completed. We can see who is the actual 'malaysian israel'. 

p/s- ok fine, this is somehow such a lame entry.

Sunday, November 15, 2009

Malaysia Harmoni

seronoknya tengok masyarakat yg berbilang budaya bersatu padu.
sama2 kita hindari perpecahan.
tp sekarang sesama sendiri pon nak bergaduh..apa r...



Monday, October 20, 2008

lingua franca Malaysia

Detik ini tiba2 terasa ingin menulis dalam bahasa ibundaku mungkin kerana Fairosza kurang sedih walau tidak berapa gembira dengan keputusan peperiksaan akhir semester yg baru diterima. Bersyukur dan reda dengan keputusan tersebut dan menjadi motivasi pada masa akan datang.

Pada awal 2003, ketika menerima tawaran untuk masuk ke sbp suatu ketika dulu,fairosza berasa sangat gembira kerana 2 sebab utama. Pertama sekolah tersebut terletak sedaerah dengan rumahku dan kedua institusi tersebut merupakan sebuah sekolah yg u nggul di negeri Johor. Namun kini,kendati fairosza ditempatkan di sebuah kolej yg masyhur di Malaysia,namun hatiku tak segirang dahulu kerana jaraknya hampir separuh hari perjalanan menaiki kereta dalam kurang lebih 8jam.namun apa yg menariknya ramai rakan dpd pelbagai ne geri dpt dikenali dan banyak bende baru dpt dipelajari terutamanya bahasa atau loghat negeri.terkadang kala fairosza rasa sedikit cemburu kerana bagi mereka negeriku tidak mempunyai loghat.Namun, sepatutnya warga Johor patut berbangga kerana ba hasa negeri kita merupakan bahasa perbualan dan perantaraan antara penduduk yg berbeza negeri yg juga boleh dikatakan lingua franca bg Malaysia.Tetapi,dlm tidak kita sedari,masih ada lagi perkataan2 yg disimpan sebagai 'bahasa org Johor' yg menjadi hak eksklusif warga Johor dan Fairosza menyedari keunikan ini setelah beberapa bulan berada di kolej nan permai ini apabila melihat rakan2 dari negeri lain tercengang apabila Fairosza mengungkapkan bait kalimah tersebut.

Antara perkataan yg dikatakan 'bahasa org Johor':-
  • rewang - gotong-royong yg dilakukan terutama sekali ketika walimatul urus
  • kendarat - kumpulan yg menguruskan perihal melayan tetamu dan memasak ketika majlis bersanding
  • lincah - laju,pantas
  • jajan - snek,makanan ringan.tapi penggunaan perkataan ni dah mula meluas ke Selangor dsb mungkin kerana perkahwinan antara org Johor dgn penduduk negeri lain
  • saing - seiring,bersama-sama. Dulu ingatkan org negeri lain faham perkataan ni tapi rupanya ketika mula2 mendaftar di kyuem, ramai yg tidak faham bila Fairosza mengajak mereka agar saing jika hendak ke satu2 tempat.
  • air jarang - air masak,air putih
  • gerek - mcm hebat atau gempak la kiranya.Penduduk pulau Temasik juga menggunakan perkataan ini. Tidak tahu bila wujudnya dan asal penggunaan perkataan ini kerana tahu2 je rakan2 disekolah sering menyebutnya.jangan kerek sudah!
  • gerobok - almari
  • gebor - selimut
dan mungkin ada beberapa lagi yang tidak disenaraikan di sini. Jikalau ada yg tertinggal bolehlah harapnya ditambah melalui refleksimu (ruangan komen) agar dapat dikongsi bersama-sama.

"You need a brother, without one you're like a person rushing to battle without a weapon"
-arabic proverb-

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber