PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Hafiz Hafizol. Show all posts
Showing posts with label Hafiz Hafizol. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Blog Has Been Removed

Akhirnya update juga blog ini untuk bulan ini lagi. Tapi biasala,tiada isi.

Apekah???
Kenapa tak boleh buka blog mamat sorang ni?
Mungkinkah sebab popular sangat mengalahkan kedai buku Popular?
Ataupun terlalu famous mengalahkan kedai biskut Famous Amos?
Adakah tuan blog telah menukar url blognya?
Tuan blog sendiri ke yang remove blog tu?
Apa yang terjadi sebenarnya?
Banyak betul persoalan.
Takkan la followers cukup 1000 je terus delete blog kot.
Mungkin sebab kawan dia yang tengah menulis ni dah tak komen kat situ lagi.daaa~  -.-'

Friday, July 15, 2011

Hari Ini : Keputusan UPU - Happy Birthday Hafiz Hafizol

Wah nama dia lagi keluar kat blog ni. Biasala, artis, mesti menjadi sebutan sokmo. =) Ha jangan fikir yang bukan-bukan ye. Kitorang kan kawan baik, mesti lah sentiasa sokong-menyokong sesama sendiri. Huhu. Ingat lagi tak entri kontroversi ni dulu --> http://www.fairosza.net/2011/05/saya-benci-hafiz-hafizol.html

Hari ni merupakan ulang tahun kelahiran seorang blogger yang berasal dari Terengganu yang dipanggil Hafiz Hafizol ataupun nama glamernye(=P) Pjoe.
Klik gambar ni kalau nak usha blog beliau.
Lepas beliau balik kampung sewaktu cuti semester yang panjang ni, blog beliau dah lama tak diupdate dan ramai peminatnya rindu akan tulisannya yang gedik.
Apa? Gedik? Ya memang beliau seorang yang ter amat sangat gedik giler sekali (over pulak). Perkara ini diakui sendiri oleh tuan punya badan, kepala, kaki, tangan dan yang sewaktu dengannya.

Tak baik la mengutuk blogger lain. Apa la korang ni (tuju kat diri sendiri). Apa-apa pun, semoga dengan bertambahnya umur ni, harapnya iman dan amal turut bertambah maju seiring dengan peredaran zaman (apekah?).

Hari ni result UPU boleh mula dicheck. Harap-harap dapat masuk universiti pilihan hati. Kalau korang dah tau result nanti kongsi lah ye, mana la tau kita sekelas nanti =)

Saturday, May 21, 2011

Saya Benci Hafiz Hafizol

Entri ini merupakan rentetan daripada dua entri sebelum ini yang bertajuk Menulis Artikel Berkualiti dan Bermanfaat dan Contohi Blogger AriffShah.
Fairosza rasa sakit hati sangat dengan sorang blogger yang bajet hebat ni. Siapa lagi kalau bukan Hafiz Hafizol the Gedix. Bukannya apa, boleh pula dia tipu saya hidup-hidup. Dia kata kalau nak jumpa tunggu kalau dia dah kerja time cuti semester ni. Nanti dah ada duit baru boleh keluar jalan-jalan sama-sama. Tapi tiba-tiba dia buat keputusan balik kampung juga akhirnya. Saya punyalah menanti dengan penuh harapan sebab saya teringin nak berjalan di KL ni tapi tak ada kawan meneman. Asyik jalan sorang-sorang je, bosan tauk. 
Aku benci, benci pada dirimu. Aku bosan, bosan pada dirimu. Aku sudah tidak percaya padamu lagi.... Eh ternyanyi dangdut pula. 

Dah la Fairosza tengah demam sekarang ni. Biasalah, cuaca dah tak menentu sekarang ni. Kejap panas, kejap hujan. Siapa suruh kita cemarkan alam ni! (dah masuk topik lain daa~) Berbalik pada mamat gedik ni. Dah la gedik, lepas tu suka-suki je cakap orang lain gedik. Tau la dah semakin popular sekarang. Mula la lupa diri. Kalau setakat lupa diri je tak apa juga, ni dengan kawan-kawan sekali dia lupakan. Tak apalah, nak buat macam mana, Fairosza ni bukannya artis pun nak ada ramai kawan ( =( sob3). Tapi memang tak sangka dia sanggup menipu. Buat penat je jadi pengkomen terbanyak kat blog dia. Jumlah komen tu hampir dua kali ganda banyaknya daripada pengkomen terbanyak kedua di blog dia. 
Ce tengok siapa juara carta.
Paling geram dan sakit hati, dia ada hantar SMS untuk minta maaf, ok la kan minta maaf, tapi boleh pulak gelak-gelak. Nampak sangat tak serius. SMSnya berbunyi begini, "Fai sory hehe ". Kat blog pun dia tulis lebih kurang sama juga. Dah la biarlah dia macam tu, nak buat macam mana. Dah malas nak cerita pasal dia lagi. Saya tak reply pun mesej dia, dan dah tak komen lagi kat blog dia. Enough!
ni print screen yg kat blog dia.
Ni merupakan contoh entri yang kurang memberi manfaat kepada pambaca blog kita. Penegasan di sini, kurang bermanfaat, bukan tidak bermanfaat. Penulisan yang berbentuk lebih kepada ketidakpuashatian (huh?) dan emosi. Tapi, Fairosza bukan cuba katakan yang entri berbentuk begini tidak boleh ditulis di blog kita, boleh je. Apa salahnya kita meluahkan perasaan kan? Cuma kalau boleh selain luahan perasaan, tulisla juga entri-entri yang mempunyai informasi yang berfaedah. Tak luak pun ilmu tu kalau dikongsi. Lagi satu, kadang-kadang mungkin kita tersalah ketika menulis entri emosi ni, boleh berpanjangan pergaduhan jadinya. Dalam contoh entri ni, mungkin si Hafiz Hafizol ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sehingga memaksa dia balik ke kampung dan kerja di sana. Sampaikan yang pasal minta maaf tu pun nak jadi isu. Huhu.
Akhir sekali, Fairosza cuba menulis contoh entri ni dengan ejaan yang tak formal seperti gilew, ase,  dan seumpamanya, tapi rasa macam nak termuntah pula sebab biasanya entri-entri emosi sebegini, perkataan-perkataan yang digunakan memang menjolok anak tekak. Ni akhir sekali yang kedua pula, kalau kita tulis update aktiviti terbaru kita kat blog pun ok juga. Dapat juga kawan-kawan tau perkembangan kita, aktiviti terkini kita. Macam artis lah pulak kan. Lingkup la Melodi lepas ni. =P

*Contoh entri ni macam ada berbaur ke-Gay-an je....euwwww

Friday, April 1, 2011

Tutorial, Blog Review, Reply Blog Entry, Gedik

Amaran : Entri kali ni agak mengarut (tapi tak mencarut ya). Dan tahniah Rafi Nilhan menjadi follower ke-200. Patutnya ada entri special untuk anda.

Entri kali ni merupakan sebuah entri 'tauhu sumbat' sebab kali ni Fairosza nak sumbatkan banyak benda dalam 1 entri. Ingat nak buat asing-asing tapi takpe lah, jimat kertas sikit (haha bajet pakai kertas je blog ni). Proses penyumbatan (ada ke perkataan ni?) ni berlaku gara-gara kenalan maya baru saya yang menggelarkan dirinya HH yang bermaksud Hantu Halimah (Kak Limah Balik Rumah). Eh,eh, silap, sebenarnya Hafiz Hafizol, jangan marah..(tiba-tiba bulu roma meremang malam-malam ni)

Perkara-perkara yang nak disumbatkan dalam entri kali ni ialah tutorial, blog review, sesi mengkritik (a.k.a mengutuk LOL) dan juga sebagai membalas (atau reply) kepada entri hot yang ditulis HH ini (<---klik perkataan 'ini').

Tutorial ni ditanya oleh HH selepas Fairosza perasan yang profile ID yang digunakan HH untuk men'follow' blog lain tidak mempunyai link blog beliau dan menjadikan tuan blog yang difollow sukar menjejaki follower mereka. Tapi ironiknya, HH sendiri pernah membuat satu entri khas menegur follower beliau berkenaan hal ini (klik sini) (ha da malu lah tu, da malu lah tu) hehe. Perkara ini biasanya terjadi pada mereka yang men'follow' tanpa menggunakan ID google yang digunakan untuk blogspot seperti ID yahoo dan twitter. Fairosza ada cuba cari di Google, tapi tak jumpa seprti yang diharapkan. Kalau ada pun, mirip-mirip je seperti yang di tulis oleh blogger famous kujie (sila Google sendiri..hohoho~). Namun entri tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi encik HH kita ni. Fairosza sendiri pun tahu penyelesaian ini dengan menggodeh-godeh sendiri benda-benda yang terdapat di aplikasi Google ini.
Ni lah makhluk tersebut. Gambar ini diambil daripada Facebook beliau dan ditangkap ketika beliau sedang melantak tanpa mengajak Fairosza.
Bermacam cara dah digunakan untuk menolong HH seperti menulis panjang lebar di Facebook dan membuat panggilan video menggunakan Skype dan tunjukkan sendiri skrin PC Fairosza dalam panggilan tersebut. Namun usaha-usaha tersebut gagal kerana Fairosza tak pandai nak terangkan dalam bentuk ayat masa tulis kat Facebook tu, dan waktu buat panggilan video, PC dan internet rumah saya ni meragam pula. Jadi kami sepakat supaya Fairosza menulis entri tutorial (bergambar) di blog ini.
 

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber