PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Sunday, October 30, 2011

Blog Has Been Removed

Akhirnya update juga blog ini untuk bulan ini lagi. Tapi biasala,tiada isi.

Apekah???
Kenapa tak boleh buka blog mamat sorang ni?
Mungkinkah sebab popular sangat mengalahkan kedai buku Popular?
Ataupun terlalu famous mengalahkan kedai biskut Famous Amos?
Adakah tuan blog telah menukar url blognya?
Tuan blog sendiri ke yang remove blog tu?
Apa yang terjadi sebenarnya?
Banyak betul persoalan.
Takkan la followers cukup 1000 je terus delete blog kot.
Mungkin sebab kawan dia yang tengah menulis ni dah tak komen kat situ lagi.daaa~  -.-'

Saturday, October 1, 2011

Ya Allah, Diakah Jodohku?

Pencarian seorang pasangan hidup, semestinya kita ingin mencari yang terbaik, yang benar-benar sesuai dengan diri kita. Bagaimana seorang lelaki apabila bertemu seorang perempuan, dapat mengenal pasti bahawa mereka merupakan sebuah pasangan yang ideal untuk melengkapi hidup masing-masing? Adakah dengan perasaan suka yang entah dari mana datangnya tiba-tiba? Atau mungkinkah dengan ucapan sayang yang belum pasti keikhlasannya? Misi mencari cinta merupakan tugas yang sukar kerana seboleh-bolehnya kita tak mahu tersalah membuat pilihan. Video dalam entry ni (Sebelum, Semasa, dan Selepas Nikah), mungkin boleh dijadikan sebahagian panduan dan pedoman dalam meneruskan misi orang bujang. Buku di bawah ni juga macam menarik untuk dibaca.
 
Buku ini diperkenalkan oleh seorang junior sekolah melalui Facebook. Mungkin boleh dijadikan satu bahan bacaan untuk membuatkan kita berfikir tentang persoalan-persoalan tadi. Fairosza ingin dapatkannya satu. Siapa mahu belikan? =).

*Erm..entri pasal kahwin lagi. Nasib baiklah minggu depan dah gaji. Esok nak cuba cari buku ni.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber