salam..
fairosza telah menukar nama blog ini daripada ana muslim kepada the precious stone
sebabnya n maknanya?...erm crite next time la(kalo terasa nk cite nt bru cite..hehe)
♦ana muslim♦ ==> ♦thePreciousStone♦
salam..
apa nak jadi lagi ni...
'pakcik makcik' sume..
tak usah la buat hal..entri ni ditulis dalam bahasa melayu agar pakcik dan makcik sume mudah paham(harapnya)..
kalo tak faham gak,org tua2 kata 'tak gheti bahase'..
sabtu lepas(7 mac),fairosza pulang ke johor dari kl..
sepatutnya, balik pada 6 mac,tapi sebabkan tiket yang tinggal cume pukul 10 malam,mak nasihatkan balik hari esoknya je.jadi fairosza pon beli tiket pukul 12 tgh hari esok dan bermalam di rumah abang di seri kembangan..
pada 7mac tu,sblm bas bertolak,sempat fairosza dan syafiq haziq mengadakan pertemuan singkat berhampiran stesen lrt masjid jamek utk berbincang mengenai apis..lame gak r tunggu syafiq haziq yg bertolak dpd KLCC..
mana jati diri melayu?
semasa menunggu keseorangan tu,kelihatan kelibat beberapa org tua yg memakai baju yg menunjukkan penentangan terhadap ppsmi..terdengar salah seorang bertanya.."kat mana?"..seorang pakcik yg lain pula menjawab.."masjid negara"..
dalam hati nak sahaja fairosza menegur pakcik2 tersebut dan cakap..
"pakcik,toksah wat kacau lagi la.saya ni dulu lalui ppsmi,sekarang dah belajar kat kolej.banyak kelebihan yg saya dapat.pakcik tak laluinya.tak payah la buat2 tau?sejujurnya mmg susah pada awalnya,tapi sekarang tika saya menyambung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi,saya dapat belajar dgn lebih mudah.pakcik kan 'pejuang bahasa',takkan tak pernah dengar pepatah,
'berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.'
lebih baik pakcik balik rumah tengok anak2 pakcik dah belajar ke belum.eh betul ke pakcik ni perjuangkan bahasa melayu?"
tapi apakan daya,tu cuma satu gerakan hati je..sbb fairosza rasa sukar pakcik tu nak faham rayuan fairosza (walaupun dalam bahasa melayu) setelah pakcik2 tersebut susah payah berhimpit-himpit naik lrt.
ingat ye pakcik makcik,matlamat tak boleh menghalalkan cara..kalau nak perjuangkan sesuatu pun,gunakanlah cara lebih baik..
fairosza faham perasaan beberapa individu yg sayangkan bahasa kita.tapi tolonglah faham fairosza juga mahu adik2 fairosza mendapat kebaikan yg fairosza terima dahulu.dapatkah pakcik dan makcik jamin bahawa bahasa melayu akan hilang jika ppsmi diteruskan?(mestilah tak..)
tolonglah faham...
fairosza merayu dalam bahasa melayu ni..takkan lah pakcik dan makcik yg kononnya menjadi 'pejuang bahasa'(betul ke?) tak faham?
sewaktu cuti akhir semester tahun lepas,fairosza ada memberitauh kpd mak fairosza,"mak,kalau orang jumpa dato' hisham tu orang nak mintak dia terus kekalkan ppsmi."dengan penuih tanda tanya dan seperti tidak setuju mak berkata,"kenapa?".fairosza menerangkan dengan penuh keyakinan,"ye lah,orang belajar ok je,tak de masalah pon.lagi banyak membantu sekarang ni adalah."
nasib baiklah mak memahami luahanku yg pastinya dalam bahasa melayu..
setibanya di rumah pada hari sabtu tersebut,fairosza menonton buletin utama seperti cuti2 sebelum ini..alangkah terkejutnya apabila terlihat ada perkataan PKPIM pada sebuah keranda yg diusung 'perusuh' ketika berita mengenai perhimpunan membantah ppsmi disiarkan..
amat memalukan..
sbg sebuah persatuan yg membawa nama pelajar dan islam,mereka tak sepatutnya berkelakuan ala perusuh jalanan..
seperkara lagi,adakah mereka ingin menguburkan organisasi tersebut dgn meletakkan nama PKPIM di keranda tersebut..selamatkan PKPIM..PKPIM telah banyak berjasa dan membantu APIS,sebuah organisasi yg baru mula bernafas.saya harap individu2 berkenaan tidak menggunakan nama persatuan tersebut jika ingin bertindak seperti itu.
amat mengecewakan dan memalukan..
mengenangkan peristiwa perhimpunan tersebut, sia2 shj usaha fairosza dan rakan2 melalui Kelab Kebudayaan Melayu di kolej kami utk menerapkan jati diri dalam kalangan pelajar jika org2 tua sendiri mengenepikan jati diri semata-mata ingin memperjuangkan bahasa.kami berusaha utk memupuk budaya melayu yg penuh kesopanan dan menanam jati diri pada diri kami dan rakan2 agar kami tidak lupa asal usul kami apabila menyambung pengajian ke negara orang yg semestinya berlainan budaya.
aduh..sedihnya...tak ada sebab bahasa melayu nak pupus jika hanya subjek sains dan matematik sahaja yg diajar dalam bahasa melayu..
'pejuang bahasa' sekalian,jika ada masalah,kita perlu atasinya,bukan lari daripadanya.tindakan menentang ppsmi seakan-akan suatu tindakan utk lari daripada masalah..nak memartabatkan bahasa melayu,buatlah melalui bahasa melayu.bkn melalui sains dan matematik..
saya bukan 'pengagung' bahasa inggeris,kerana saya bertutur dalam bahasa melayu di rumah.
sekali lagi..mana jati diri melayu?




(sedihnya..)
Alhamdulillah..
last night,the muscom or musolla community handover night was successfully held and the most significant for me is i wasn't chosen for the hicom posts..
my post is known as syukan(bkn sukan)..the previous name is syucon(syu'bah economy)..i think i'm not the best but hopefully i can do all my responsibility and can cooperate with others.
salam..tak ada idea nak tulis apa..masa pula macam semakin kurangperasaan sekarang ni tgh gundah gulana..kecewa..putus asa..dilema..fobia..tapi,harap2 rkn2 kat sekeliling ni dpt trus memberikan semangat..trima kasih kpd yg banyak memberikan dorongan..terutamanya top a.k.a iskandar, syafik, ansari dan ramai lagi..moga ganjaran allah setimpal dgn apa yg dilakukan..moga segala masalah yg dihadapi dpt diatas dgn rahmat dan petunjuk dariNya.....