PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Jom ke Felda. Show all posts
Showing posts with label Jom ke Felda. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Rombongan ke Kebun/Ladang. Bersyukurlah Peneroka

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab Fairosza dilahirkan sebagai anak seorang peneroka Felda dan menjadi salah seorang daripada jutaan warga Felda di Malaysia.
Jom ke ladang!
Pagi tadi, saya sempat ke kebun kelapa sawit keluarga yang baru dimulakan proses penanaman semula selepas penebangan tahun lepas oleh pihak Felda. Fairosza pergi dengan mak dan juga beberapa orang pak cik daripada blok yang saya tinggal dengan menaiki motosikal. Tujuan kitorang ialah untuk mengenalpasti dan menandakan sempadan-sempadan kawasan kebun masing-masing seperti yang telah ditetapkan supaya bila pokok sudah tinggi dan matang, kitorang tahu kawasan masing-masing.
Macam biasa, malas nak tulis panjang-panjang. Tengok je lah beberapa gambar yang diambil.
Pancang yang digunakan untuk menanda sempadan.
Letih menunggu.
Kitorang merempit je pergi kebun.
Cepatlah besar wahai pokok. Harga sawit tengah tinggi ni.

Monday, November 22, 2010

Selamat Datang Sinar

Felda Ulu Belitong, Kluang merupakan sebuah tanah rancangan yang telah bersinar tatkala menjuarai Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) yang memenangi hadiah utama RM 1 juta. (saja je highlight.nak berlagak r tu...hehe)
Hujung minggu ni, tanah rancangan ini bakal disinari pula dengan Akhbar Sinar Harian sebagai akhbar rasmi Karnival Jom ke Felda anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi Felda (PUGM).
Fairosza pernah pergi kat karnival ni sekali. Masa tu diorang buat dekat Trolak, Perak untuk siri pertama tahun 2010. Haa tuu dhiaaa...jauh tu kat Perak sana. Masa tu pergi dengan kawan-kawan masa dekat KYUEM untuk menonton rakaman Liga Ilmu Astro Oasis masa karnival tu. Tak sangka kali ni penganjur buat di Felda Ulu Belitong pula.
Mari datang beramai-ramai.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber