Sejak kebelakangan ni, saya dah jarang blogwalking, baca blog-blog lain. Kalau ada pun, baca
blog-blog yang ada kat bloglist Fairosza.net je sambil komen-komen.
Tadi, tiba-tiba teringat kat satu blog yang dulu selalu juga buka dan baca artikel-artikel dia. Banyak maklumat yang dikongsi
blogger tersebut.
Blog yang dimaksudkan ialah
www.aizbatucampur.com yang dimiliki oleh Ahmad Faiz bin Mohd Azmi. Budak ni memang sangat kreatif. Banyak tempahan flash banner yang dia buat dan memang lawa. Macam tak percaya yang dia belajar tu semua sendiri je. Fairosza dulu pun belajar guna
Flash ada kelas formal.
Selain blog tu, dia ada juga selia blog-blog lain macam
www.fcucommunity.net dengan
www.fcuproduction.com. Semuanya dia customise design sendiri.
Erm did I mention he is a good video director and editor as well? (ceh ngomong jowo lah pula). Banyak video-video menarik yang budak ni hasilkan (ya dia budak, kalau tak silap tahun ni baru 20 tahun). Walaupun dengan peralatan yang terhad, kualitinya boleh dikatakan setanding filem setelah diedit. Boleh tengok koleksi video tu kat
sini.
Sebenarnya tu semua baru mukadimah, atau orang jawa panggil intro. Fairosza nak cerita masa buka aizbatucampur tadi, tengok-tengok keluar yang macam printscreen kat bawah ni.
 |
Keluar macam ni lah. Kalau tak percaya bukak la. Tapi tak tahu lah sampai bila macam tu. |
Cuak juga tengok. Siap bagi warning lagi nak hack blog dia yang lain. Macam mana nak tingkatkan blog protection ek?
Harap-harap hacker yang bernama f4iZi ni tak serang Fairosza.net. Tolong ya hacker yang baik hati dan pandai hack, blog ni bukan apa-apa sangat pun. Tak payah la hack.