PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label PMR. Show all posts
Showing posts with label PMR. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Ranking SBP & MRSM PMR 2011

Copy dari Facebook Group SMSJ. Kalau campur sekali dengan MRSM, SMSJ nombor 9. Not bad. =)
Nombor 1 sampai 6 pula dikuasai SBP.

1. SMS HULU SELANGOR (1.0054)
2. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
3. SMS TELUK INTAN (1.0191)
4. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
5. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
6. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
7. MRSM GEMENCHEH (1. 0204 )
8. MRSM PASIR TUMBOH (1.0210)

9. SM SAINS JOHOR (1.0233).
10. MRSM KKB (1.02388)
11. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
12. MRSM TUN ABDUL RAZAK (1.02489)
13. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
14. SMS SELANGOR (1.0263)
15. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
16. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
17. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
18. MRSM PASIR SALAK (1.0313)
19. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
20. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327 )
21. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
22. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
23. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
24. MRSM LENGGONG (1.0341)
25. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
26. MRSM TERENDAK (1.0380)
27. MRSM GERIK (1.0385)
28. MRSM SERTING (1.0408)

29. SM SAINS MACHANG (1.0411)
30. SM SAINS MIRI (1.0439)

Thursday, December 22, 2011

PMR 2011 SM Sains Johor

Hari ni 22/12/2011 keputusan PMR diumumkan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun 2011.
Alhamdulillah, khabarnya keputusan bagi SMS Johor memberangsangkan tahun ini.
Dengan keputusan 86% Perfect Score (semua A), SMSJ mengatasi SBP-SBP yang lain di negeri Johor terutamanya Sekolah Tun Fatimah yang mendapat keputusan cemerlang saban tahun.
Tahniah adik-adik.

Bandingkan dengan keputusan PMR SMSJ untuk 2010 di http://www.fairosza.net/2010/12/keputusan-pmr-2010-smsj.html . Alhamdulillah sedikit peningkatan.

*Dengar cerita peratusan Perfect Score SEMASHUR ialah 96%. Terbaeklah. Tahniah.

Friday, February 11, 2011

Bosan Dengan Blog Sendiri

Lepas dah beberapa hari asyik buat entri pasal PMR 2010 untuk beberapa buah sekolah, tiba-tiba rasa macam bosan pula sebab tulis benda yang lebih kurang je. Walaupun info yang ditulis untuk setiap SBP tu berbeza-beza, tapi topiknya masih sama.

Sekarang macam terfikir, tak payah la buat mengenai PMR 2010 lagi. Rasanya simpan sendiri je info-info yang ada sebab agak bosan. Tapi bila fikir balik maklumat-maklumat tu kadang-kadang kat laman web rasmi sekolah tu pun tak ada, apa salahnya kongsi kat sini.
Setakat ni baru 3 sekolah yang dah dikongsi, tu pun dah bosan.

SBPI Gombak
Sekolah Tun Fatimah
SEMASHUR

    Erm tak tahu lah. Tengoklah kalau dah ada mood balik nanti baru tulis. Maklumat pasal sekolah sendiri pon tak tulis lagi. Eh tak nak lah, SMS Johor kan racist. Hehe

    Kalau yang tukang tulis pun dah bosan, apa lagi yang tukang baca ek?

    Tuesday, February 8, 2011

    PMR 2010 SEMASHUR

    Kita dah tengok kehebatan SBPI Gombak (sini) dan STF (sini), ni lagi satu sekolah yang bukan calang-calang juga hebatnya. Kalau PMR tu boleh dikatakan sekolah ni sentiasa di depan sejak 2000an (erk...).
    Usaha.Amal.Bakti
    Sekolah yang dimaksudkan ialah SEMASHUR atau SM Sains Hulu Selangor. Tahun ni, ranking ikut peratus perfect scorer, sekolah ni di kedudukan ke-2 dengan 90.4%. Mengikut ranking berdasarkan GPK pula, SEMASHUR berada di kedudukan pertama (entah buat kali keberapa dah) dengan mata 1.0154.
    Hebat kan diorang.
    Jom kita tengok peratus mata pelajaran mereka.

    Subjek, Bilangan A (peratus) 
    BI, 138 (94.52%)
    BM, 144 (98.63%)
    Science, 145 (99.32%)
    Geografi, 145 (99.32%)
    KH1, 87 (100%)
    KH2, 59 (100%)
    Mathematics, 146 (100%)
    Pendidikan Islam, 127 (95.49%)
    Sejarah, 146 (100%)

    Monday, February 7, 2011

    PMR 2010 SEKOLAH TUN FATIMAH

    Kalau sebelum ni, kita dah tengok kehebatan SBPI Gombak yang hampir keseluruhan subjek memperoleh 100% A (sini), kali ni kita tengok pula sekolah yang tak kurang juga hebatnya, STF. Kedudukan sekolah ni ialah nombor 3 antara semua SBP disusun mengikut peratus yang mendapat perfect score dan nombor 4 dalam ranking mengikut GPK. Sekolah terbaik negeri Johor sekali lagi disandang oleh Sekolah Tun Fatimah.
    Berusaha Tangga Kejayaan
    Teringat pula zaman sekolah dulu. Kalau penolong kanan nak naikkan semangat kami pelajar-pelajar PMR tahun tu (2005), ayat yang biasa diucap,"Kita mesti kalah kan STF, takkan selama-lamanya kita nak kalah dengan sekolah perempuan."
    Hehe..macam kelakar pula. Target kitorang masa tu memang nak menjadi SBP terbaik PMR negeri Johor. Alhamdulillah, impian kami berjaya dicapai dan buat pertama kalinya SMS Johor berjaya mengalahkan Sekolah Tun Fatimah. Tapi, tahun-tahun berikutnya, walaupun keputusan sekolah kitorang meningkat, keputusan STF juga terus meningkat dan terus menggungguli arena pendidikan menengah negeri Johor.
    Erm, mungkin pihak sekolah boleh cuba guna formula yang sama seperti 2005. :)

    Subjek, Bilangan A (peratus) 
    BI, 140 (97.9%)
    BM, 143 (100%)
    Science, 141 (98.60%)
    Geografi, 136 (95.10%)
    KH2, 143 (100%)
    Mathematics, 143 (100%)
    Pendidikan Islam, 141 (98.60%)
    Sejarah, 134 (93.71%)

    Saturday, February 5, 2011

    Top 10 PMR 2010 SBP (GPK)

    Kedudukan sekolah mengikut GPK agak berbeza daripada kedudukan mengikut peratus seperti yang telah dikeluarkan di blog ni beberapa hari lepas keluar keputusan hari tu. Kalau nak tengok kedudukan SBP ikut peratus, klik sini.
     Jika mengikut peratus, sekolah saya di kedudukan ke-5. Mengikut GPK keseluruhan pula, SMS Johor di tempat ke-10. Huh, agak ketara juga beza.
    Keputusan mengikut mata pelajaran untuk beberapa SBP boleh didapati dengan klik kat nama sekolah. Insyaallah, akan diupdate lagi selepas ini walaupun keputusan ni dah agak basi. Inilah bahana kalau malas update blog. Semua info lambat ditulis dan kadang-kadang tak ditulis langsung. 

    1. SEMASHUR, 1.0154
    2. SSAS, 1.0177
    3. TKC, 1.0180
    4. STF, 1.0201
    5. SEMESTA, 1.0264
    6. STAR, 1.0286
    7. MCKK, 1.0296
    8. SBPI GOMBAK, 1.0325
    9. FARIS PETRA, 1.0388
    10. SAINS JOHOR, 1.0403

    (extra) ranking 11-20
    11. SAINS SELANGOR, 1.0440
    12. SESMA, 1.0493
    13. MOZAC, 1.0516
    14. SAINS MACHANG, 1.0556
    15. SAKTI, 1.0585
    16. SBPI RAWANG, 1.0608
    17. SAINS PASIR PUTIH, 1.0611
    18. SSP, 1.0617
    19. SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH, 1.0622
    20. SDAR, 1.0643

    Tuesday, February 1, 2011

    PMR 2010 SBPI Gombak

    (Apalah, dah Februari 2011 baru nak post...)
    Kalau sebelum ni, lepas keputusan PMR 2010 diumumkan hujung tahun lepas, Fairosza.net ada buat analisis kedudukan SBP mengikut peratus pelajar yang medapat semua A.Kali ni, saya ingin berkongsi peratusan A mengikut mata pelajaran untuk beberapa buah sekolah (sebab tak dapat kumpul semua info SBP-SBP lain).
    Benar.Tepat.Efektif
    Sekolah yang pertama nak dikongsikan ialah SBPI Gombak. Sekolah ni memang agak gempak walaupun baru. Keputusan mereka konsisten setiap tahun. Tak tahulah apa makanan kat dewan makan diorang sampai boleh perform macam ni..hehe. Mereka memperoleh hampir kelapan-lapan subjek 100% A (tak termasuk Bahasa Arab). Kedudukan keseluruhan mereka pon agak baik. Tempat ke-10 jika mengikut peratus dan tempat ke-8 jika mengikut GPK. Mungkin lain kali saya akan kongsikan kedudukan SBP mengikut GPK pula untuk top 10.

    Subjek, Bilangan A (peratus)
    BI, 84 (94.38%)
    BM, 89 (100%)
    Science, 89 (100%)
    Geografi, 89 (100%)
    KH1, 44 (100%)
    KH2, 45 (100%)
    Mathematicss, 89 (100%)
    Pendidikan Islam, 89 (100%)
    Sejarah, 88 (98.88%)

    Gempakkan keputusan diorang.

    Friday, December 24, 2010

    Ranking PMR SBP 2010 (Unofficial)

    Assalamualaikum.
     Akhirnya, dapat juga saya senarai peratus pelajar yang memperoleh semua A (atau di SMSJ lebih popular dipanggil perfect score) bagi Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.
    Maklumat-maklumat ni saya dapat berdasarkan risikan (ceh..) dengan seorang junior. Peringatan, senarai ini ialah analisis kami semata dan senarai TIDAK RASMI. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan hampir kepada tepat dan boleh dipercayai =). Satu lagi, peratus bagi SEMESTA (dah dapat) dan beberapa lg sekolah lain tidak berjaya dirisik (macam nak kahwin pula).
     Kalau ada lagi maklumat SBP yang belum tersenarai, boleh roger-roger.

    1.TKC, 92.3%
    2.SEMASHUR 90.4%
    3.STF, 90.2%
    4.SAS, 88%
    5.SAINS JOHOR, 83.96%
    6.STAR, 83.81 %
    7.MCKK, 83.5%
    8.SEMESTA, 80.47%
    9.FARIS PETRA, 80%
    10.INTEGOMB, 79.77%
    11.SMSS, 78.8%
    12.SDAR, 78.3%
    13.SSP, 75.625%
    14.MOZAC, 74.79%
    15.SMSAH, 73.5%
    16.SMACH, 71.79%
    17.SAKTI, 71
    18.SCIPP, 70.3%
    19.STJ, 69.23%
    20.SESMA, 68.26%
    21.SMSTSP, 67.65%
    22.KUSESS, 65.3%
    23.INTERSABER, 58.82%
    24.SMESH, 54.4%
    25.SBPI SELANDAR, 53.41%
    25.SEMESTI , 47.01%
    26.SOKSEK, 44.57%
    27.SESDU, 43.9%
    28.SAINS LABUAN, 38.24%

    Tahniah kepada semua tidak kira apa jua keputusan yang diterima.

    Thursday, December 23, 2010

    Keputusan PMR 2010 SMSJ

    Seperti yang semua maklum, hari ni, 23 Disember 2010, keputusan PMR untuk calon-calon 2010 diumumkan.
    Alhamdulillah, SMS Johor meneruskan lagi kecemerlangannya pada tahun ni dengan 89 pelajar dapat 8A.
    Peratusan pelajar yang dapat semua A untuk SMS Johor ialah 83.9%. Turun sikit je, 1% daripada tahun lepas.
    Setakat ni, ini je berita yang dapat. Insyaallah kalau ada khabar-khabar yang baru nanti akan diupdate.
    Tahniah buat adik-adik kat sekolah. Pada yang kurang berjaya, jangan berputus asa.
    Gambar bawah ni pula prestasi SMSJ dari tahun 2000 sampai tahun ni yang diambil daripada facebook Cikgu Mas Aida.
    Kecemerlangan yang semakin meningkat. Saya PMR 2005. Pun cemerlang juga kan =)

    Sekolahku

    Ko Apesal?!

    GengCyber