PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Tutorial, Blog Review, Reply Blog Entry, Gedik

Amaran : Entri kali ni agak mengarut (tapi tak mencarut ya). Dan tahniah Rafi Nilhan menjadi follower ke-200. Patutnya ada entri special untuk anda.

Entri kali ni merupakan sebuah entri 'tauhu sumbat' sebab kali ni Fairosza nak sumbatkan banyak benda dalam 1 entri. Ingat nak buat asing-asing tapi takpe lah, jimat kertas sikit (haha bajet pakai kertas je blog ni). Proses penyumbatan (ada ke perkataan ni?) ni berlaku gara-gara kenalan maya baru saya yang menggelarkan dirinya HH yang bermaksud Hantu Halimah (Kak Limah Balik Rumah). Eh,eh, silap, sebenarnya Hafiz Hafizol, jangan marah..(tiba-tiba bulu roma meremang malam-malam ni)

Perkara-perkara yang nak disumbatkan dalam entri kali ni ialah tutorial, blog review, sesi mengkritik (a.k.a mengutuk LOL) dan juga sebagai membalas (atau reply) kepada entri hot yang ditulis HH ini (<---klik perkataan 'ini').

Tutorial ni ditanya oleh HH selepas Fairosza perasan yang profile ID yang digunakan HH untuk men'follow' blog lain tidak mempunyai link blog beliau dan menjadikan tuan blog yang difollow sukar menjejaki follower mereka. Tapi ironiknya, HH sendiri pernah membuat satu entri khas menegur follower beliau berkenaan hal ini (klik sini) (ha da malu lah tu, da malu lah tu) hehe. Perkara ini biasanya terjadi pada mereka yang men'follow' tanpa menggunakan ID google yang digunakan untuk blogspot seperti ID yahoo dan twitter. Fairosza ada cuba cari di Google, tapi tak jumpa seprti yang diharapkan. Kalau ada pun, mirip-mirip je seperti yang di tulis oleh blogger famous kujie (sila Google sendiri..hohoho~). Namun entri tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi encik HH kita ni. Fairosza sendiri pun tahu penyelesaian ini dengan menggodeh-godeh sendiri benda-benda yang terdapat di aplikasi Google ini.
Ni lah makhluk tersebut. Gambar ini diambil daripada Facebook beliau dan ditangkap ketika beliau sedang melantak tanpa mengajak Fairosza.
Bermacam cara dah digunakan untuk menolong HH seperti menulis panjang lebar di Facebook dan membuat panggilan video menggunakan Skype dan tunjukkan sendiri skrin PC Fairosza dalam panggilan tersebut. Namun usaha-usaha tersebut gagal kerana Fairosza tak pandai nak terangkan dalam bentuk ayat masa tulis kat Facebook tu, dan waktu buat panggilan video, PC dan internet rumah saya ni meragam pula. Jadi kami sepakat supaya Fairosza menulis entri tutorial (bergambar) di blog ini.
 

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber