PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Friday, November 26, 2010

AlWahy: The Muslim Social Media

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Sebelum ni, ramai kawan2 suruh register millatfacebook yang katanya nak menyaingi facebook yang ada dan juga sebagai protes penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W (jangan lupa selawat).

Korang pernah tak dengar AlWahy? Pada pendapat saya, AlWahy ni jauh lebih baik daripada millatfacebook sebab lebih banyak features berbanding millatfacebook. Mungkin juga lebih baik daripada Facebook tu sendiri.

Banyak ciri2 yang ada pada social media AlWahy ni. Boleh dikatakan laman ni semua dalam satu lah.
Kat situ ada search engine, ada laman sosial, ada email dan ada macam2 lagi. Ada juga link berita2 terkini dan semestinya berita global la.

Kalau register dekat AlWahy.com ni, korang boleh:
  • ->Tulis status macam yang korang selalu buat dekat Facebook tu. Boleh share feeling korang kat minah yang baru jumpa kat stesen bus hari tu. Dalam hati ada taman la katakan. 
  • ->Setup korang punya Tweetstream. Jadi, status yang korang tulis nanti boleh update dekat korang punya Tweeter profile. Senang kan? Tak payah tulis banyak2 tempat. Tak payah bukak banyak2 website. Bukan tu je, apa yang korang Tweetkan, keluar kat profile AlWahy korang jugak.
  • ->dapat email namakorang@alwahy.com . Huh smart jugak kan? Kalau orang minta email kat korang dengan gaya cool korang bagi "Nah email aku : akuhensem@alwahy.com" .
  • ->tulis blog. Macam blog ni la. Tapi lagi cool daripada blogspot sebab macam biasa la korang punya subdomain namablog.alwahy.com . Nampak sikit korang ni pengguna setia AlWahy sambil mempromosikan laman sosial Islamik ni. Blog dia menggunakan platform wordpress. Jadi boleh la buat blog yang nampak professional.
  • ->berforum. Erm, tak payah la terangkan lagi.
  • ->hantar SMS. Yup. Korang boleh hantar SMS guna AlWahy. Tapi sekarang ni macam ada problem sikit. Tak boleh nak hantar. Tak tahu la kenapa. -kecewa- .Kalau nak tau, dulu Twitter pun boleh guna untuk hantar SMS. Masa tu Twitter belum popular lagi. Sempat juga guna kat kolej dulu. Sekarang dah tak ada.
  • ->dan banyak lagi... :)
Macam2 ada sebenarnya dekat AlWahy ni. Banyak kalau nak tulis. Ni about page dia. Tak banyak pon dia cerita kat page tu.
Ha tunggu apa lagi, join la cepat. Klik gambar bawah ni.

AlWahy.com

Monday, November 22, 2010

Selamat Datang Sinar

Felda Ulu Belitong, Kluang merupakan sebuah tanah rancangan yang telah bersinar tatkala menjuarai Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) yang memenangi hadiah utama RM 1 juta. (saja je highlight.nak berlagak r tu...hehe)
Hujung minggu ni, tanah rancangan ini bakal disinari pula dengan Akhbar Sinar Harian sebagai akhbar rasmi Karnival Jom ke Felda anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi Felda (PUGM).
Fairosza pernah pergi kat karnival ni sekali. Masa tu diorang buat dekat Trolak, Perak untuk siri pertama tahun 2010. Haa tuu dhiaaa...jauh tu kat Perak sana. Masa tu pergi dengan kawan-kawan masa dekat KYUEM untuk menonton rakaman Liga Ilmu Astro Oasis masa karnival tu. Tak sangka kali ni penganjur buat di Felda Ulu Belitong pula.
Mari datang beramai-ramai.

Monday, November 15, 2010

Fairosza: Doktor Pakar Cinta vs Doktor Komputer


Pernah dengar lagu Yusry, Doktor Pakar Cinta. Ala...lagu yang ada gedik sikit2 tu. Masa part "doctor love...doctor love". Hehe. Tapi bukan nak cerita pasal lagu ni. Bukan juga nak cerita pasal blogger dr.cinta. (hehe jangan marah) Kenapa ek? Fairosza ni dah ada profesyen baru ke jadi dr. cinta pulak.
Sebenarnya cuma nak letak gambar kat bawah ni je. Kenangan masa kerja dulu. Doctor PC
Perkenalkan, Doktor Cinta anda. Eh silap Doktor PC.

Ye abe ang, mu sakit gapo?

Ceh, tak boleh blah. Berlagak giler muka
*Fairosza pemalu, sebab tu muka kena sensored...lalala~
(padahal takut nanti orang kenal kang diorang mintak belanja pulak kat Low Yat nanti.huhu)

Thursday, November 4, 2010

Di Galas Batu Sapi

Sejak beberapa hari lepas, banyak kali saya plan nak update blog ni tapi tak jadi je. Idea nak menulis dah ada. Tapi, setiap kali duduk depan komputer, mesti tak tergerak tangan untuk menulis blog. Bila buka komputer je mesti nak tahu perkembangan terkini pasal 2 pilihan raya kecil sekarang ni. Macam-macam hal. Banyak kalau nak disenaraikan.
Sampaikan masa tengah tulis entry ni pun masih lagi baca berita-berita baru. Lawak juga sebab jadi lama pula masa nak siapkan entri pendek ni. Sudahnya lain benda nak tulis lain pula yang ditulis. Tajuk pun jadi lain la. Mula-mula nak letak beberapa gambar masa kerja haritu. Takpe la. Next time je kot.

Aduss, mengarut lagi kali ni.

Pinjam kata-kata Izzi - "mengarut itu kepakaranku..hehe.. :D"

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber