PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Thursday, February 24, 2011

STPM 2010: Anak Ayah Pin Dapat 4A

Semua calon yang ambil peperiksaan STPM tahun 2010 dah pun dapat keputusan masing-masing 21 Februari yang lepas. Macam mana? Seronok? Lepas ni tinggal tunggu sambung dekat universiti pula. Insyaallah nanti September Fairosza pun masuk juga walaupun tak ambil STPM. =.='

UPU pilih universiti apa? Mana lah tau universiti kita nanti sama, boleh jadi gang. Bukan takat dalam blog je, dalam universiti juga =)

Apa-apa pun, tahniah sebab mesti dah buat yang terbaik ye dok. Termasuklah juga dekat seorang calon yang merupakan anak kepada pengasas kerajaan langit tu, siapa lagi kalau bukan anak Ayah Pin (orang ganu sebuk Ayoh Peng).

Tahniah Mohd Khairul Adhar Arifin. Bukan calang-calang keputusan dia. Dia dapat A untuk subjek Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dengan Sastera. La budak sastera rupanya dia ni. Harap-harap kepintaran/kekreatifan Khairul Adhar ni akan menguatkan lagi imannya dan keluarganya terhadap Allah.

*Nak score 3A dalam CIE A Level pun pening tercungap-cungap. sob3...

Wednesday, February 23, 2011

Namakan Anak Nama Bunga

Pernah tak korang tengok cerita dulu-dulu. Cerita yang skrinnya hitam putih je lepas tu kisah tentang bangsawan, pendekar ataupun zaman Melayu lama. Kalau tak pun drama-drama baru yang berkisar tentang orang dulu-dulu. Macam sekarang ni yang ada drama Sakti Delima.

Sedikit sebanyak cerita-cerita tu dapat memberikan gambaran kepada generasi masa kini. Tentang santunnya adab, sopannya budaya bangsa Melayu. Apa nama yang selalu digunakan untuk wanita zaman tu yang macam selalu kita tengok? Biasanya orang-orang kebanyakan gunakan nama bunga-bungaan mahupun tumbuhan-tumbuhan semula jadi seperti buah-buahan.

Contohnya, dalam drama Sakti Delima tadi, ada nama Anggerik, Tanjung dengan Melor (Melur) untuk tiga beradik yang jadi watak utama. Selain tu ada juga nama klasik seperti Mawar, Teratai, Kenanga, Cempaka dan banyak lagi.

Monday, February 21, 2011

Khabar Sedih Sahabat

Entri ni merupakan kesinambungan dari entri bertajuk Bersedia hidup (klik sini) yang membuatkan saya teringat hikmah yang diterima.
Entri pada 19 Februari, Bersedia hidup.
Pagi Rabu lepas, macam hari-hari lain, lepas subuh saya akan jerang air untuk bancuh minuman sementara emak saya pergi kerja dan adik saya pergi ke sekolah. Tapi yang lainnya, tiba-tiba ada satu pengumuman daripada masjid di Felda Ulu Belitong ni.

Sunday, February 20, 2011

Blog Berwajah Baru

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Fairosza meng'makeover' blog Fairosza.net. Memang dah lama nak ubah suai cuma malas je.

Kerja-kerja pengubahan kod bermula Jumaat pagi sampai petang. Eh kantoi tak pergi solat Jumaat. Hehe. Mestilah berhenti masa tengah hari tu pergi masjid. Memang pening la seharian tu. Tapi kerja-kerja mereka/design dah mula beberapa hari sebelum tu la.

Esoknya pula, Sabtu, touch up sikit-sikit terutamanya bahagian header dengan welcome intro tu. Dan siaplah Fairosza.net yang berwajah baru ni.

Warna tema yang dipilih ialah Oren dan Biru Muda dengan sedikit Kuning. Sama seperti warna logo Fairosza.net. Ceria tak? =)

Bawah ni screen shot pengubahsuaian blog ni yang berperingkat-peringkat.

Saturday, February 19, 2011

Bersedia hidup

Entri ni ditulis sebab ada perkara yang sangat menyedihkan berlaku pada Rabu lepas. Perkara itu akan dikongsikan pada entri lain yang akan datang.


Saya seorang yang tak kuat. Tak kuat untuk berjauhan dengan mak. Setelah bermacam dugaan yang mak hadapi, siapa yang sanggup? Masa mengambil A Level di KYUEM, Perak, waktu peperiksaan akhir, sepanjang minggu Fairosza menangis, bertanya diri sendiri betul ke nak fly ke luar negara. Saya homesick. Baru di negeri orang dah tak tahan, inikan pula negara orang.

Walaupun 5 tahun belajar di Sekolah Berasrama Penuh, tapi asrama sekolah tu dekat je dengan rumah. Alhamdulillah dapat sekolah yang dekat, dekat bandar Kluang je, tak ada masalah.

Sehinggakan waktu malam ketika musim peperiksaan A Level, antara doa saya ialah "andai berjaya dalam peperiksaan ini untuk fly ialah yang terbaik buatku, berjayakanlah aku, andai gagal dalam peperiksaan ini untuk fly ialah yang terbaik buatku, gagalkanlah aku". Fairosza sangat risau dan tak bersedia menjadi lebih jauh. Perak ni dah cukup jauh dari Johor.

Akhirnya, bila keputusan keluar, Fairosza tidak berjaya untuk fly, tapi macam mana pun alhamdulillah, keputusan Fairosza tidaklah gagal. Kurang 1 mata sahaja daripada requirement sponsor. Walaupun tak dapat fly, insyaallah, saya yakin akan mendapatkan tempat di universiti-universiti berdekatan. Doakan dapat untuk intake September ini. Tiga pilihan pertama saya pilih yang dalam negeri Johor je. Senang nak pulang rumah waktu cuti.
 Masa mengambil peperiksaan UPSR, mak menunggu sehingga saya masuk dewan setiap pagi. Masa PMR dan SPM, sekolah dah jauh sikit, mak datang masa hari pertama peperiksaan untuk mengiringi ke dewan peperiksaan. Keputusannya, alhamdulillah saya boleh dikatakan cemerlang ketiga-tiga peperiksaan tersebut. Itu kuasa kasih dan doa emak saya. Di KYUEM, saya masuk ke dewan bersendirian. Ya memang masuk dengan rakan, tapi Fairosza terasa sendiri tanpa mak tidak seperti peperiksaan sebelum ini.. Tapi saya yakin saya diiringi doa mak.

Saya tak pasti macam mana nak menghadapi hidup sendiri. Masih belajar untuk bersedia. Sedia hidup di dunia untuk sedia di akhirat. Sediakah kita?

Lantaklah orang nak cakap saya anak emak. I'm glad.

Tuesday, February 15, 2011

Wee Siew Yin Antara Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011

Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa 'Ala Aali Muhammad.
Salam Maulidur Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul 2011 peringkat kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya. Oh, Fairosza tidak hadir program tu. Cuma menonton dekat TV1 je. Tapi takdelah dari awal perarakan. Saya mula menonton bila majlis dah berada di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Antara aturcara majlis ialah penyampaian Anugerah Maulidur Rasul. Tahun ni, ada 7 penerima semuanya. Perkara yang menarik ialah seorang pelajar bukan Islam merupakan penerima anugerah tersebut. Wee Siew Yin menerima anugerah tersebut kerana kecemerlangannya dalam PMR baru-baru ini termasuklah mendapat A dalam subjek bahasa Arab (Komunikasi). Kejap, saya sebenarnya tak berapa ingat macam mana ejaan sebenar nama pelajar ni. Maaflah ya cik kalau salah eja.

Semoga saudari Wee Siew Yin diberi hidayah dan seterusnya dapat menggunakan kepintarannya untk membangunkan Islam dan negara.
Persembahan peserta Adik-adikku yang diterbitkan Jakim di RTM ketika majlis tu sangat menarik dan menginsafkan. Kagum betul Fairosza tengok adik-adik membuat persembahan sebegitu. Semoga program seperti Adik-adikku ini terus mendapat lebih sambutan dan lebih banyak program seumpama itu diwujudkan.

Sunday, February 13, 2011

h4cKeR bY f4iZi : Blogger kena hack?

 Sejak kebelakangan ni, saya dah jarang blogwalking, baca blog-blog lain. Kalau ada pun, baca blog-blog yang ada kat bloglist Fairosza.net je sambil komen-komen.

Tadi, tiba-tiba teringat kat satu blog yang dulu selalu juga buka dan baca artikel-artikel dia. Banyak maklumat yang dikongsi blogger tersebut.

Blog yang dimaksudkan ialah www.aizbatucampur.com yang dimiliki oleh Ahmad Faiz bin Mohd Azmi. Budak ni memang sangat kreatif. Banyak tempahan flash banner yang dia buat dan memang lawa. Macam tak percaya yang dia belajar tu semua sendiri je. Fairosza dulu pun belajar guna Flash ada kelas formal.

Selain blog tu, dia ada juga selia blog-blog lain macam www.fcucommunity.net dengan www.fcuproduction.com. Semuanya dia customise design sendiri.
Antara scene dalam video Magical Boy
 Erm did I mention he is a good video director and editor as well? (ceh ngomong jowo lah pula). Banyak video-video menarik yang budak ni hasilkan (ya dia budak, kalau tak silap tahun ni baru 20 tahun). Walaupun dengan peralatan yang terhad, kualitinya boleh dikatakan setanding filem setelah diedit. Boleh tengok koleksi video tu kat sini.

Sebenarnya tu semua baru mukadimah, atau orang jawa panggil intro. Fairosza nak cerita masa buka aizbatucampur tadi, tengok-tengok keluar yang macam printscreen kat bawah ni.
Keluar macam ni lah. Kalau tak percaya bukak la. Tapi tak tahu lah sampai bila macam tu.
 Cuak juga tengok. Siap bagi warning lagi nak hack blog dia yang lain. Macam mana nak tingkatkan blog protection ek?
Harap-harap hacker yang bernama f4iZi ni tak serang Fairosza.net. Tolong ya hacker yang baik hati dan pandai hack, blog ni bukan apa-apa sangat pun. Tak payah la hack.

Saturday, February 12, 2011

Terima Kasih Azmer Lias

11 Februari merupakan hari yang bersejarah. Tapi mungkin setiap hari akan menjadi hari yang bersejarah kot. Haha.

Azmer Lias ni kawan masa dekat SM Sains Johor dulu. Kitorang pernah sekelas masa Form 1 dengan Form 2. Masa Form 5 pula kitorang sama dorm. Dorm lelaki yang paling kemas. Hehe.

Nak tau kenapa Fairosza buat entri terima kasih kat Azmer? Panjang ceritanya. Jadi akan dipendekkan. Eh memang pendek pun sebenarnya.

Sebenarnya, tarikh tersebut merupakan hari kelahiran saya. Tempat saya lahir di Kluang, lebih spesifik lagi, di Felda Ulu Belitong. Kalau nak spesisfik lagi, kat rumah. Tak perlu lah nak lagi spesifik sampai nak tulis atas katil pula kan.

Fairosza tak berapa suka nak ingat tarikh birthday sendiri. Tapi terpaksa ingat juga sebab kalau tak susah nak isi borang apa-apa yang kena isi tarikh lahir. Pernah sekali tu masa kat sekolah tak ingat pun hari tu hari jadi sendiri, tiba-tiba ada kawan wish Selamat Hari Jadi masa kelas Physics. Boleh blur pula masa tu.

Awal-awal lagi, saya dah plan nak sembunyikan tarikh birthday kat akaun Facebook sebab tak nak orang tahu bila birthday saya. Kat Fb, walaupun kita dah hide kan tarikh tu, dia tetap akan keluar kat wall friends bila harinya dah tiba. Jadi, apa yang Fairosza buat ialah bila masuk je bulan 2, saya terus tukar tarikh tu jadi bulan Januari. =)
Tapi tak sangka pula tengah malam tu, ada juga orang yang ingat. Azmer lah orang nya. Maknanya dia bukan ingat sebab ada notification kat wall Fb.

Azmer ni pun ada blog juga. Boleh la korang terjah blog dia tu. (Blog Azmer)

Mungkin betul laporan kat portal guardian.co.uk , 11 Februari ialah tarikh yang bersejarah, bukan sahaja buat Hosni Mubarak yang meletakkan jawatan, tapi juga buat Fairosza. Baca sini.

Tak lupa juga terima kasih dekat blogger Solihin Zubir yang ucapkan Happy Birthday semalam. =)

Bawah ni merupakan antara gambar kenangan Fairosza dan Azmer masa kat sekolah.

Dekat JB
Waktu jamuan pengawas 2007
Bersama Dormate masa menang Dorm Terceria


Friday, February 11, 2011

Bosan Dengan Blog Sendiri

Lepas dah beberapa hari asyik buat entri pasal PMR 2010 untuk beberapa buah sekolah, tiba-tiba rasa macam bosan pula sebab tulis benda yang lebih kurang je. Walaupun info yang ditulis untuk setiap SBP tu berbeza-beza, tapi topiknya masih sama.

Sekarang macam terfikir, tak payah la buat mengenai PMR 2010 lagi. Rasanya simpan sendiri je info-info yang ada sebab agak bosan. Tapi bila fikir balik maklumat-maklumat tu kadang-kadang kat laman web rasmi sekolah tu pun tak ada, apa salahnya kongsi kat sini.
Setakat ni baru 3 sekolah yang dah dikongsi, tu pun dah bosan.

SBPI Gombak
Sekolah Tun Fatimah
SEMASHUR

    Erm tak tahu lah. Tengoklah kalau dah ada mood balik nanti baru tulis. Maklumat pasal sekolah sendiri pon tak tulis lagi. Eh tak nak lah, SMS Johor kan racist. Hehe

    Kalau yang tukang tulis pun dah bosan, apa lagi yang tukang baca ek?

    Tuesday, February 8, 2011

    PMR 2010 SEMASHUR

    Kita dah tengok kehebatan SBPI Gombak (sini) dan STF (sini), ni lagi satu sekolah yang bukan calang-calang juga hebatnya. Kalau PMR tu boleh dikatakan sekolah ni sentiasa di depan sejak 2000an (erk...).
    Usaha.Amal.Bakti
    Sekolah yang dimaksudkan ialah SEMASHUR atau SM Sains Hulu Selangor. Tahun ni, ranking ikut peratus perfect scorer, sekolah ni di kedudukan ke-2 dengan 90.4%. Mengikut ranking berdasarkan GPK pula, SEMASHUR berada di kedudukan pertama (entah buat kali keberapa dah) dengan mata 1.0154.
    Hebat kan diorang.
    Jom kita tengok peratus mata pelajaran mereka.

    Subjek, Bilangan A (peratus) 
    BI, 138 (94.52%)
    BM, 144 (98.63%)
    Science, 145 (99.32%)
    Geografi, 145 (99.32%)
    KH1, 87 (100%)
    KH2, 59 (100%)
    Mathematics, 146 (100%)
    Pendidikan Islam, 127 (95.49%)
    Sejarah, 146 (100%)

    Monday, February 7, 2011

    PMR 2010 SEKOLAH TUN FATIMAH

    Kalau sebelum ni, kita dah tengok kehebatan SBPI Gombak yang hampir keseluruhan subjek memperoleh 100% A (sini), kali ni kita tengok pula sekolah yang tak kurang juga hebatnya, STF. Kedudukan sekolah ni ialah nombor 3 antara semua SBP disusun mengikut peratus yang mendapat perfect score dan nombor 4 dalam ranking mengikut GPK. Sekolah terbaik negeri Johor sekali lagi disandang oleh Sekolah Tun Fatimah.
    Berusaha Tangga Kejayaan
    Teringat pula zaman sekolah dulu. Kalau penolong kanan nak naikkan semangat kami pelajar-pelajar PMR tahun tu (2005), ayat yang biasa diucap,"Kita mesti kalah kan STF, takkan selama-lamanya kita nak kalah dengan sekolah perempuan."
    Hehe..macam kelakar pula. Target kitorang masa tu memang nak menjadi SBP terbaik PMR negeri Johor. Alhamdulillah, impian kami berjaya dicapai dan buat pertama kalinya SMS Johor berjaya mengalahkan Sekolah Tun Fatimah. Tapi, tahun-tahun berikutnya, walaupun keputusan sekolah kitorang meningkat, keputusan STF juga terus meningkat dan terus menggungguli arena pendidikan menengah negeri Johor.
    Erm, mungkin pihak sekolah boleh cuba guna formula yang sama seperti 2005. :)

    Subjek, Bilangan A (peratus) 
    BI, 140 (97.9%)
    BM, 143 (100%)
    Science, 141 (98.60%)
    Geografi, 136 (95.10%)
    KH2, 143 (100%)
    Mathematics, 143 (100%)
    Pendidikan Islam, 141 (98.60%)
    Sejarah, 134 (93.71%)

    Saturday, February 5, 2011

    Top 10 PMR 2010 SBP (GPK)

    Kedudukan sekolah mengikut GPK agak berbeza daripada kedudukan mengikut peratus seperti yang telah dikeluarkan di blog ni beberapa hari lepas keluar keputusan hari tu. Kalau nak tengok kedudukan SBP ikut peratus, klik sini.
     Jika mengikut peratus, sekolah saya di kedudukan ke-5. Mengikut GPK keseluruhan pula, SMS Johor di tempat ke-10. Huh, agak ketara juga beza.
    Keputusan mengikut mata pelajaran untuk beberapa SBP boleh didapati dengan klik kat nama sekolah. Insyaallah, akan diupdate lagi selepas ini walaupun keputusan ni dah agak basi. Inilah bahana kalau malas update blog. Semua info lambat ditulis dan kadang-kadang tak ditulis langsung. 

    1. SEMASHUR, 1.0154
    2. SSAS, 1.0177
    3. TKC, 1.0180
    4. STF, 1.0201
    5. SEMESTA, 1.0264
    6. STAR, 1.0286
    7. MCKK, 1.0296
    8. SBPI GOMBAK, 1.0325
    9. FARIS PETRA, 1.0388
    10. SAINS JOHOR, 1.0403

    (extra) ranking 11-20
    11. SAINS SELANGOR, 1.0440
    12. SESMA, 1.0493
    13. MOZAC, 1.0516
    14. SAINS MACHANG, 1.0556
    15. SAKTI, 1.0585
    16. SBPI RAWANG, 1.0608
    17. SAINS PASIR PUTIH, 1.0611
    18. SSP, 1.0617
    19. SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH, 1.0622
    20. SDAR, 1.0643

    Wednesday, February 2, 2011

    Ads Nuffnang tak keluar, website down

    Kenapa tak ada iklan nuffnang ni? Ada problem apa ek?
    Ada sesiapa tau tak? Bukak website dia pon tak boleh. Tak boleh la nak pergi helpdesk diorang.
    Lepas tu bila buka balik sekali keluar macam kat bawah ni pula. Oh ok, dia suruh bersabar. Bukankah bersabar itu sebahagian daripada iman. :)

    Tuesday, February 1, 2011

    PMR 2010 SBPI Gombak

    (Apalah, dah Februari 2011 baru nak post...)
    Kalau sebelum ni, lepas keputusan PMR 2010 diumumkan hujung tahun lepas, Fairosza.net ada buat analisis kedudukan SBP mengikut peratus pelajar yang medapat semua A.Kali ni, saya ingin berkongsi peratusan A mengikut mata pelajaran untuk beberapa buah sekolah (sebab tak dapat kumpul semua info SBP-SBP lain).
    Benar.Tepat.Efektif
    Sekolah yang pertama nak dikongsikan ialah SBPI Gombak. Sekolah ni memang agak gempak walaupun baru. Keputusan mereka konsisten setiap tahun. Tak tahulah apa makanan kat dewan makan diorang sampai boleh perform macam ni..hehe. Mereka memperoleh hampir kelapan-lapan subjek 100% A (tak termasuk Bahasa Arab). Kedudukan keseluruhan mereka pon agak baik. Tempat ke-10 jika mengikut peratus dan tempat ke-8 jika mengikut GPK. Mungkin lain kali saya akan kongsikan kedudukan SBP mengikut GPK pula untuk top 10.

    Subjek, Bilangan A (peratus)
    BI, 84 (94.38%)
    BM, 89 (100%)
    Science, 89 (100%)
    Geografi, 89 (100%)
    KH1, 44 (100%)
    KH2, 45 (100%)
    Mathematicss, 89 (100%)
    Pendidikan Islam, 89 (100%)
    Sejarah, 88 (98.88%)

    Gempakkan keputusan diorang.

    Sekolahku

    Ko Apesal?!

    GengCyber