PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label SMS Johor. Show all posts
Showing posts with label SMS Johor. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Ranking SBP & MRSM PMR 2011

Copy dari Facebook Group SMSJ. Kalau campur sekali dengan MRSM, SMSJ nombor 9. Not bad. =)
Nombor 1 sampai 6 pula dikuasai SBP.

1. SMS HULU SELANGOR (1.0054)
2. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
3. SMS TELUK INTAN (1.0191)
4. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
5. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
6. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
7. MRSM GEMENCHEH (1. 0204 )
8. MRSM PASIR TUMBOH (1.0210)

9. SM SAINS JOHOR (1.0233).
10. MRSM KKB (1.02388)
11. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
12. MRSM TUN ABDUL RAZAK (1.02489)
13. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
14. SMS SELANGOR (1.0263)
15. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
16. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
17. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
18. MRSM PASIR SALAK (1.0313)
19. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
20. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327 )
21. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
22. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
23. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
24. MRSM LENGGONG (1.0341)
25. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
26. MRSM TERENDAK (1.0380)
27. MRSM GERIK (1.0385)
28. MRSM SERTING (1.0408)

29. SM SAINS MACHANG (1.0411)
30. SM SAINS MIRI (1.0439)

Thursday, December 22, 2011

PMR 2011 SM Sains Johor

Hari ni 22/12/2011 keputusan PMR diumumkan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun 2011.
Alhamdulillah, khabarnya keputusan bagi SMS Johor memberangsangkan tahun ini.
Dengan keputusan 86% Perfect Score (semua A), SMSJ mengatasi SBP-SBP yang lain di negeri Johor terutamanya Sekolah Tun Fatimah yang mendapat keputusan cemerlang saban tahun.
Tahniah adik-adik.

Bandingkan dengan keputusan PMR SMSJ untuk 2010 di http://www.fairosza.net/2010/12/keputusan-pmr-2010-smsj.html . Alhamdulillah sedikit peningkatan.

*Dengar cerita peratusan Perfect Score SEMASHUR ialah 96%. Terbaeklah. Tahniah.

Saturday, April 2, 2011

Perfect Scorer SM Sains Johor SPM 2010

Semalam ada seorang pelawat Fairosza.net tanya mengenai senarai pelajar SM Sains Johor yang memperoleh Perfect Score a.k.a straight A. Fairosza yakin soalan itu merujuk pada keputusan SPM yang baru diumumkan minggu lepas (memandai je) walaupun pelawat yang menggunakan nickname 'katak' tersebut tidak menyatakannya (katak pon baca blog ni.hehe). Tapi encik katak ni tak meninggalkan sebarang tanda seperti link untuk dihubungi. Letak emel ok juga.
Barang diingatkan bahawa walaupun banyak maklumat mengenai sekolah tersebut di blog ini, bukan bermakna ini adalah portal rasmi SMS Johor. LOL
Klik sini untuk melihat keputusan SPM SMSJ bagi tahun 2010.
Oleh itu, Fairosza dengan gigihnya mendapatkan senarai tersebut daripada seorang lepasan SPM 2010 SMSJ yang juga merupakan

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 SM Sains Johor

*update yang ke-4 hari ni.huhu

Nampaknya, walaupun pengarah pelajaran umumkan keputusan SPM seluruh negara meningkat, fenomena yang berlawanan berlaku di SM Sains Johor. (eh dah macam portal SMSJ je blog ni..huhu).
Ada lagi tak mural ni kat dinding sekolah?
Mata Gred Purata sekolah turun lebih perpuluhan dua mata. Tahun lepas, sekolah mencapai 1.54 manakala tahun ni jatuh kepada 1.75. Kejatuhan point yang banyak ni mungkin akan memberi kesan terhadap kedudukan SMS Johor dalam kalangan

SPM 2010 : Ranking Top 5 Sekolah Negeri Johor

Ni entri ke-3 hari ni. Semua gara-gara keputusan SPM 2010 yang baru diterima calon-calon pagi tadi.
Tadi kita dah tengok tiga SBP terbaik di negeri Johor (klik sini), kali ni dapat info mengenai kedudukan nombor 1 hingga 5 keseluruhan pula bagi sekolah-sekolah di Johor.

Saturday, February 12, 2011

Terima Kasih Azmer Lias

11 Februari merupakan hari yang bersejarah. Tapi mungkin setiap hari akan menjadi hari yang bersejarah kot. Haha.

Azmer Lias ni kawan masa dekat SM Sains Johor dulu. Kitorang pernah sekelas masa Form 1 dengan Form 2. Masa Form 5 pula kitorang sama dorm. Dorm lelaki yang paling kemas. Hehe.

Nak tau kenapa Fairosza buat entri terima kasih kat Azmer? Panjang ceritanya. Jadi akan dipendekkan. Eh memang pendek pun sebenarnya.

Sebenarnya, tarikh tersebut merupakan hari kelahiran saya. Tempat saya lahir di Kluang, lebih spesifik lagi, di Felda Ulu Belitong. Kalau nak spesisfik lagi, kat rumah. Tak perlu lah nak lagi spesifik sampai nak tulis atas katil pula kan.

Fairosza tak berapa suka nak ingat tarikh birthday sendiri. Tapi terpaksa ingat juga sebab kalau tak susah nak isi borang apa-apa yang kena isi tarikh lahir. Pernah sekali tu masa kat sekolah tak ingat pun hari tu hari jadi sendiri, tiba-tiba ada kawan wish Selamat Hari Jadi masa kelas Physics. Boleh blur pula masa tu.

Awal-awal lagi, saya dah plan nak sembunyikan tarikh birthday kat akaun Facebook sebab tak nak orang tahu bila birthday saya. Kat Fb, walaupun kita dah hide kan tarikh tu, dia tetap akan keluar kat wall friends bila harinya dah tiba. Jadi, apa yang Fairosza buat ialah bila masuk je bulan 2, saya terus tukar tarikh tu jadi bulan Januari. =)
Tapi tak sangka pula tengah malam tu, ada juga orang yang ingat. Azmer lah orang nya. Maknanya dia bukan ingat sebab ada notification kat wall Fb.

Azmer ni pun ada blog juga. Boleh la korang terjah blog dia tu. (Blog Azmer)

Mungkin betul laporan kat portal guardian.co.uk , 11 Februari ialah tarikh yang bersejarah, bukan sahaja buat Hosni Mubarak yang meletakkan jawatan, tapi juga buat Fairosza. Baca sini.

Tak lupa juga terima kasih dekat blogger Solihin Zubir yang ucapkan Happy Birthday semalam. =)

Bawah ni merupakan antara gambar kenangan Fairosza dan Azmer masa kat sekolah.

Dekat JB
Waktu jamuan pengawas 2007
Bersama Dormate masa menang Dorm Terceria


Monday, February 7, 2011

PMR 2010 SEKOLAH TUN FATIMAH

Kalau sebelum ni, kita dah tengok kehebatan SBPI Gombak yang hampir keseluruhan subjek memperoleh 100% A (sini), kali ni kita tengok pula sekolah yang tak kurang juga hebatnya, STF. Kedudukan sekolah ni ialah nombor 3 antara semua SBP disusun mengikut peratus yang mendapat perfect score dan nombor 4 dalam ranking mengikut GPK. Sekolah terbaik negeri Johor sekali lagi disandang oleh Sekolah Tun Fatimah.
Berusaha Tangga Kejayaan
Teringat pula zaman sekolah dulu. Kalau penolong kanan nak naikkan semangat kami pelajar-pelajar PMR tahun tu (2005), ayat yang biasa diucap,"Kita mesti kalah kan STF, takkan selama-lamanya kita nak kalah dengan sekolah perempuan."
Hehe..macam kelakar pula. Target kitorang masa tu memang nak menjadi SBP terbaik PMR negeri Johor. Alhamdulillah, impian kami berjaya dicapai dan buat pertama kalinya SMS Johor berjaya mengalahkan Sekolah Tun Fatimah. Tapi, tahun-tahun berikutnya, walaupun keputusan sekolah kitorang meningkat, keputusan STF juga terus meningkat dan terus menggungguli arena pendidikan menengah negeri Johor.
Erm, mungkin pihak sekolah boleh cuba guna formula yang sama seperti 2005. :)

Subjek, Bilangan A (peratus) 
BI, 140 (97.9%)
BM, 143 (100%)
Science, 141 (98.60%)
Geografi, 136 (95.10%)
KH2, 143 (100%)
Mathematics, 143 (100%)
Pendidikan Islam, 141 (98.60%)
Sejarah, 134 (93.71%)

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber