PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Universiti. Show all posts
Showing posts with label Universiti. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

STPM 2010: Anak Ayah Pin Dapat 4A

Semua calon yang ambil peperiksaan STPM tahun 2010 dah pun dapat keputusan masing-masing 21 Februari yang lepas. Macam mana? Seronok? Lepas ni tinggal tunggu sambung dekat universiti pula. Insyaallah nanti September Fairosza pun masuk juga walaupun tak ambil STPM. =.='

UPU pilih universiti apa? Mana lah tau universiti kita nanti sama, boleh jadi gang. Bukan takat dalam blog je, dalam universiti juga =)

Apa-apa pun, tahniah sebab mesti dah buat yang terbaik ye dok. Termasuklah juga dekat seorang calon yang merupakan anak kepada pengasas kerajaan langit tu, siapa lagi kalau bukan anak Ayah Pin (orang ganu sebuk Ayoh Peng).

Tahniah Mohd Khairul Adhar Arifin. Bukan calang-calang keputusan dia. Dia dapat A untuk subjek Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dengan Sastera. La budak sastera rupanya dia ni. Harap-harap kepintaran/kekreatifan Khairul Adhar ni akan menguatkan lagi imannya dan keluarganya terhadap Allah.

*Nak score 3A dalam CIE A Level pun pening tercungap-cungap. sob3...

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber