PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Low Yat. Show all posts
Showing posts with label Low Yat. Show all posts

Monday, July 25, 2011

PC Fair, PC EXPO, IT Lifestyle Expo. Lagi?

Aduh letihnya. Macam-macam expo ada. Agaknya berapa banyak la keuntungan penganjurnya dapat daripada company-company yang turut serta. Lagi-lagi kalau dapat sambutan yang tinggi. Datang je lah Low Yat kalau nak cari barang-barang komputer. Harga lebih kurang je. Jangan kena tipu sudah. Plaza Low Yat kan 'The Largest IT Lifestyle Mall in Malaysia'. =)

Letih gila waktu PC Fair.

Tuesday, June 14, 2011

World's Biggest Angry Birds Playground

Nokia telah menganjurkan satu acara Angry Birds Playground yang julung kali diadakan kat Malaysia bertempat di Plaza Low Yat pada 11 Jun 2011. Sasaran awal mereka ialah 1000 pemain dan sasaran minimum yang ditetapkan oleh pihak Guinness World Record hanyalah 250 orang tetapi jumlah yang berjaya dicapai pada hari tersebut ialah sebanyak 2034 pemain dalam tempoh 10 jam. Entah apa-apa je rekod ni. Fairosza agak sedih sebab tak dapat merasa reverse bungee yang disediakan walaupun dah mendaftar awal ketika kaunter baru dibuka sebab kena masuk dalam

Saturday, May 28, 2011

Tiger Show di Low Yat Plaza

Ni bukti bergambar yang ada Tiger Show atau pun pertunjukan harimau di Plaza Low Yat beberapa minggu lepas. Pertunjukan ini memang dapat menarik perhatian ramai pengunjung di plaza yang terkenal dengan barangan IT tersebut. Muka pemilik gambar terpaksa di sensored untuk tujuan keselamatan. Rugi pada mereka yang tak dapat hadir kerana banyak promosi yang berlangsung termasuklah jualan di bawah harga kos kepada ahli-ahli.
Ini dia Tiger Show nya.
Saya pemalu
Harimau ni tak garang dan cute. Sama macam yang kat sebelahnya tu.
Hoho dapat tangkap walaupun besar.

Saturday, April 16, 2011

Homesick

Siapa yang homesick? Apa tu homesick? Budak yang tak boleh duduk jauh-jauh dengan family tu biasanya homesick. Fairosza masa sekolah menengah dah 5 tahun duduk asrama. Jarang homesick masa tu. Bagus kan. Bocah cilik wes hidup dewek (faham tak?). Alah, memang la tak homesick, bila-bila je mak boleh datang sebab asrama tu dekat la juga dengan rumah. Setiap kali mak pergi bandar, boleh je nak singgah bawak makanan ke apa-apa ke.

Tapi bila masuk kolej, lagi-lagi Kolej Yayasan UEM yang kat lembah sunyi tu (Lembah Beringin), baru Fairosza tau macam mana rasanya homesick. Ye lah, kalau ada apa-apa perkara nak kena balik, memang susah. Nak keluar dari kolej tu bukan main susah. Memang kena berhabis duit la kalau nak balik rumah. Kalau masa PMR dengan SPM dulu, mak bole datang masa hari pertama untuk datang bagi semangat, tapi masa A Level, jangankan masa hari pertama periksa, masa hari terakhir kat kolej waktu Graduation Day pun, cuma pakcik sedara yang datang jemput.

Kali ni, kerja dekat Kuala Lumpur, mestilah kena jauh lagi dengan emak. Rasalah juga homesick tu. Bukan sebab susah nak balik sebab transport, tapi sebab susah nak dapat kerja (kau nak kerja ke nak cuti). Jadi, nak balik susah, nak update blog pun susah (ada kaitan ke?).

Jadi, sebab tu universiti pilihan dalam UPU tu semua minta yang dalam negeri Johor. UTM dengan UTHM. Kalau ada apa-apa, bas untuk ke Kluang dari JB dengan Batu Pahat memang banyak. Tapi ada satu pilihan universiti juga yang jauh. UIA. Pilihan terakhir. Harap-harap dapat tawaran yang terbaik untuk diri ni.

Entri ni pun ditaip dekat CC je. Lepas ni dah nak kena masuk kerja. Ada sesiapa bole tolong updatekan blog tak? =) . Memang busy.

*Homesick jugak bila dah lama tak dapat borak-borak dengan kawan-kawan blogger. Sesiapa yang free tu datang-datang la melawat Fairosza kat Low Yat ni. Huhu

Tuesday, April 12, 2011

Akan Sibuk

Esok Fairosza akan bertolak ke Kuala Lumpur. Saya akan bekerja semula di Thundermatch Technology cawangan Low Yat. Tak pasti lagi untuk berapa lama. Mungkin cuma tiga hari, mungkin juga sehingga kelas mula nanti.
Ni company tempat saya kerja tu.
Sebelum ni Fairosza kerja di situ kemudian berhenti. Saya yang minta berhenti dekat Manager tempat saya bekerja. Kenapa berhenti? Salah satu sebabnya Fairosza nak buat persiapan untuk membuat permohonan ke universiti. Takut-takut kalau sibuk sangat kerja nanti, terlepas pula tarikh tutup permohonan. Lagipun, semua sijil-sijil yang berkaitan ada kat rumah dan KL ke Johor tu bukan macam Bukit Bintang ke Penjara Pudu. Jadi lebih baik duduk di rumah dan selesaikan semua.
Korang boleh baca sikit cerita masa mula-mula kerja kat sini.
Kalau nak tengok gambar masa kerja dulu, klik sini .
Ni pulak apa yang terjadi bila sibuk sangat bekerja, klik sini.
Dekat rumah ni pula, saya bukan duduk saja-saja goyang kaki. Fairosza jadi orang gaji tak bergaji lah. Huhu. Malam pula saya jadi Tutor untuk anak jiran (bukan sebelah rumah) yang akan ambil PMR tahun ni. (Ingatkan nak tulis personal tutor tapi bunyi macam lain pulak, dah la waktu malam..huhu..Tapi malangnya, tutee saya tu lelaki..sob3 LOL).

Saya bukan mengajar pun, cuma berkongsi cara belajar dengan budak tu dan temankan buat homework je (saya tak minta bayaran pun, tapi kalau ayah dia bagi saguhati tu ambil aja lah =D). Kalau budak tu nak harapkan yang cikgu ajar kat sekolah, memang susah sikit. Sebab cikgu nak uruskan ramai pelajar. Saya dan dia belajar dengan cara yang sangat santai. Jadi mudah sikit tutee saya tu nak tangkap apa yang dipelajari. Fairosza tengok pun ada peningkatan. Kalau sebelum ni bila suruh jawab soalan, mesti banyak yang menggunakan teknik hentaman =). Tapi sekarang dah banyak berfikir daripada menghentam jawapan (memang tak sah kalau tak hentam macam tutor dia jugak dulu). Tapi yang peliknya, jarang betul dia ada homework. Fairosza dulu waktu sekolah berlambak-lambak. Agaknya memang berbeza sistem pengajaran antara sekolah harian dengan SBP.

Tapi bila Fairosza dah masuk kerja nanti, dah tak dapat nak bantu tutee tu. Kalau momentum yang dia ada sekarang ni tak diteruskan, memang susah sikit nak skor dalam PMR nanti. Memag rasa serba salah tinggalkan dia padahal PMR lama lagi. Lagipun ayah dia yang minta saya tolong.

Berbalik pasal kerja tadi (dah jauh menyimpang ni), minggu lepas Manager tu call suruh kerja semula kerana memerlukan khidmat Fairosza yang rajin ini (perasan). Sebenarnya macam serba salah nak pergi ke tak. Tapi last-last, pergi je lah. Tengok dulu macam mana nanti.

Tapi yang paling sedih sebenarnya, nanti kalau dah sibuk kerja mesti dah tak dapat nak update blog ni selalu. Lepas tu dapat surat daripada blog macam yang entri ini...waa~.

*Rasa tak best la tulis entri personal macam ni walaupun blog ni blog personal.
Erm lagi satu, manager tu sebenarnya abang saya je...huahaha~

Sunday, July 4, 2010

Low Yat 4th Floor

After the college graduation day, I felt boring at home since I have nothing to do. So I decided to get a job. Now, I'm working at an IT shop, Thunder Match Technology, Low Yat Plaza 4th floor branch. Today is the seventh day I've been worked there but today is my offday =).

Now, I should spend only a little time to write for this blog. I'm happy work there with new friends. At first, it was  quite hard especially to match hardware in order to build a PC and besides that I am shy to approach customers. I am still learning and I hope, I could gather as much experience as I can before I continue my study.



*Kerja kat Low Yat kena lah speaking. uhuk2

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber