PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Rafi Nilhan Follower ke-200

Kalau tak silap, ni merupakan kali ketiga Fairosza membuat blog review sepanjang menulis di blog ini. Review pertama mengenai follower yang ke-111 iaitu blog milik saudara Fuad Safian (boleh baca di sini) dan yang kedua merupakan entri sebelum entri ini yang merupakan review special untuk blog milik saudara Hafiz Hafizol yang gedik ittew =P (baca sini). Review yang ketiga ini pula merupakan kepada follower Google Friends Connect bertuah yang ke-200 iaitu saudara Rafi Nilhan (Cik Gadis-Cik Gadis tak sudi ke follow Fairosza.net ni..XD)

Masa baca tajuk entri ni, apa perasaan korang? Ada macam ni tak? "Ala baru 200 je. Apa barang. Tak hot langsung la Fairosza ni". Huhu sedih tau. Jangan bilang begitu donk. Saya nggak hot, saya OK.
Gambar diambil dpd profile blogger Rafi. Kalau dia marah baru remove. Kalau tak marah terima kasih ya.
Terus ke topik utama. Rafi ni boleh dikatakan sangat fresh lagi dalam aktiviti menulis blog. Entri pertamanya pun baru ditulis pada 21 Februari yang lalu yang bertajuk "Permulaan". Tapi beliau boleh dikatakan

Tutorial, Blog Review, Reply Blog Entry, Gedik

Amaran : Entri kali ni agak mengarut (tapi tak mencarut ya). Dan tahniah Rafi Nilhan menjadi follower ke-200. Patutnya ada entri special untuk anda.

Entri kali ni merupakan sebuah entri 'tauhu sumbat' sebab kali ni Fairosza nak sumbatkan banyak benda dalam 1 entri. Ingat nak buat asing-asing tapi takpe lah, jimat kertas sikit (haha bajet pakai kertas je blog ni). Proses penyumbatan (ada ke perkataan ni?) ni berlaku gara-gara kenalan maya baru saya yang menggelarkan dirinya HH yang bermaksud Hantu Halimah (Kak Limah Balik Rumah). Eh,eh, silap, sebenarnya Hafiz Hafizol, jangan marah..(tiba-tiba bulu roma meremang malam-malam ni)

Perkara-perkara yang nak disumbatkan dalam entri kali ni ialah tutorial, blog review, sesi mengkritik (a.k.a mengutuk LOL) dan juga sebagai membalas (atau reply) kepada entri hot yang ditulis HH ini (<---klik perkataan 'ini').

Tutorial ni ditanya oleh HH selepas Fairosza perasan yang profile ID yang digunakan HH untuk men'follow' blog lain tidak mempunyai link blog beliau dan menjadikan tuan blog yang difollow sukar menjejaki follower mereka. Tapi ironiknya, HH sendiri pernah membuat satu entri khas menegur follower beliau berkenaan hal ini (klik sini) (ha da malu lah tu, da malu lah tu) hehe. Perkara ini biasanya terjadi pada mereka yang men'follow' tanpa menggunakan ID google yang digunakan untuk blogspot seperti ID yahoo dan twitter. Fairosza ada cuba cari di Google, tapi tak jumpa seprti yang diharapkan. Kalau ada pun, mirip-mirip je seperti yang di tulis oleh blogger famous kujie (sila Google sendiri..hohoho~). Namun entri tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi encik HH kita ni. Fairosza sendiri pun tahu penyelesaian ini dengan menggodeh-godeh sendiri benda-benda yang terdapat di aplikasi Google ini.
Ni lah makhluk tersebut. Gambar ini diambil daripada Facebook beliau dan ditangkap ketika beliau sedang melantak tanpa mengajak Fairosza.
Bermacam cara dah digunakan untuk menolong HH seperti menulis panjang lebar di Facebook dan membuat panggilan video menggunakan Skype dan tunjukkan sendiri skrin PC Fairosza dalam panggilan tersebut. Namun usaha-usaha tersebut gagal kerana Fairosza tak pandai nak terangkan dalam bentuk ayat masa tulis kat Facebook tu, dan waktu buat panggilan video, PC dan internet rumah saya ni meragam pula. Jadi kami sepakat supaya Fairosza menulis entri tutorial (bergambar) di blog ini.
 

Saturday, December 4, 2010

FooArts Follower ke-111

Tengah malam tadi, Fairosza.net telah menerima Follower Google Friend Connect yang ke-111. Huh, baru 111 dah nak kecoh. Kalau nak ikutkan, lama juga masa yang diambil blog yang tak seberapa ni nak capai angka yang lawa ni. Follower bertuah tu ialah saudara Fuad Safian dengan blognya FooArts .
Sedikit tangkap muat blog FooArts
Saya ada terjumpa blog beliau masa blogwalking. Banyak input-input keagamaan yang berguna dalam blog tu. Sebenarnya masa mula-mula buka blog tu saya tertarik dengan apa ke benda entah yang keluar gambar tu. Cubalah buka blog tu kalau nak tahu apa yang dimaksudkan. Macam best benda alah tu. Rasa macam nak tanya tuan punya blog macam mana buat tu. Jadi saya pun add la dia dalam Facebook. Alhamdulillah dia approve friend request tu tapi sampai sekarang tak tanya-tanya sebab tak tahu nak tanya macam mana. Hehe. Lagipun tak tahu apa nama benda tu.
Benda ni la yang saya maksudkan.
Tapi tak apa, lepas ni nak letak link entri ni kat wall dia mesti dia baca (harap-harap la).
Selamat membaca.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber