PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, December 28, 2010

Kejutan, Gunung Belumut dan . . .

Memang tak sangka. Hari Sabtu lepas, masa tengah baring atas katil lepas solat sambil tunggu matahari muncul, tiba-tiba ada panggilan daripada nombor yang tak dikenali.

Rasa pelik juga, siapa agaknya yang telefon pagi-pagi macam ni. Rupa-rupanya Helmi kawan lama dekat matrikulasi dulu, orang panggil dia Emy. Walaupun Fairosza lebih kurang sebulan je di kolej tu, tapi saya agak rapat dengan beberapa kawan di sana terutama pada hari-hari terakhir saya bergelar pelajar KMJ. Tak sangka sebulan sebenarnya cukup untuk bina ukhwah. Sedih juga nak berhenti. Terpaksa juga melepaskan jawatan dalam Karisma KMJ walaupun tak sempat berkhidmat. Berpisah memang la sedih. Tapi insyaallah kita niatkan kerana Allah, mohon agar dipelihara ukhwah. Perpisahan walaupun menyedihkan, juga merupakan suatu rahmat sebab kita akan jumpa sahabat baru di tempat baru.

Tiba-tiba masa telefon tu Emy cakap dia dekat Kluang dan nak datang rumah saya. Memang terkejut betul sebab ingatkan pagi-pagi tu juga dia nak datang. Dah la belum bangun mandi, ruang tamu pula ada abang saya dengan keluarga dia yang baru sampai dari KL 2 pagi tadi tengah tidur. Huh, nasib baik Emy cakap lambat sikit dia datang.
Dekat-dekat tengah hari Emy datang dengan Mdnor. Duduk bual-bual, lepas tu tiba-tiba ajak pegi Gunung Belumut pula. Rasa macam nak bantai diorang sebab tak inform dulu. Saya jadi kabut sikit sebab semuanya macam tiba-tiba. Padan muka diorang kena tunggu lama sebab tak bagi tahu awal-awal (haha jahat tak?). Lepas tu mak saya 'paksa' diorang makan dulu sebelum bertolak.

Dekat gunung tu, pusing-pusing cari tandas. Jumpa, tapi tak buka. Down giler. Cari lagi. Jumpa lagi, buka, tapi tak ada rupa tandas. Layan je lah.
Ramai giler orang. Cuti Krismas. Kitorang selamber je masuk port orang. Seronok. Subhanallah, memang indah alam ciptaan tuhan.
Lepas dah puas mandi-manda (tapi Mdnor nampak macam tak puas =P), kitorang gerak ke bandar Kluang.

Cari tempat parking kereta. Penuh. Jumpa tempat kosong dekat dengan Perhentian Bas Kluang. Jadi kena jalan kaki ke Kluang Parade. Sampai sana, terus cari surau untuk solat Asar. Diorang ajak makan dekat restoran Radix. Tapi tiba-tiba hujan masa solat. Terperangkap kat dalam tu sampai hujan teduh sikit. Diorang ajak beli CoolBlog. Saya tak pernah beli. Serius tak tahu nak pilih perisa apa. Malu juga bila ada makcik tu lagi advance pasal perisa-perisa kat situ. Disebabkan tak pernah rasa, perut jadi lain macam pula. Serik.
  
Masa hujan dah ala-ala gerimis, kitorang redah je pergi ke RCH. Tapi tak jadi sebab saya tak tau nak makan kat situ. Dulu pernah pergi juga dengan kawan sekolah tapi tak jadi makan kat situ dan pergi makan dekat RFC. Kali ni pun kitorang terus ke RFC. Masa nak order tiba-tiba mak telefon. Jawab la kat depan kaunter tu. Nasib baik tak ada pelanggan lain kat belakang. Rasanya kitorang tak ada la order banyak tapi masing-masing tak habis.
  
Lepas tu kitorang main boling dekat Kluang Parade. Main 2 game. Game pertama Mdnor menang, game kedua Emy menang. Manakala Fairosza pula diboikot oleh mesin boling tu sebab setiap game mesti ada sekali kena skip turn. Agaknya dia dah tahu mamat ni tak akan menang punye. Huh geram. Dekat pukul 10 malam baru kitorang habis main.
"Dari Abu Hamzah Anas bin Malik rodhiallohu ‘anhu pelayan Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim)"
Seharian bersama kawan-kawan lama memang menyeronokkan. Tapi penatnya lebih sehari baru hilang.
Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan. Bila lagi agaknya kita dapat berjumpa lagi?



Friday, December 24, 2010

Ranking PMR SBP 2010 (Unofficial)

Assalamualaikum.
 Akhirnya, dapat juga saya senarai peratus pelajar yang memperoleh semua A (atau di SMSJ lebih popular dipanggil perfect score) bagi Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.
Maklumat-maklumat ni saya dapat berdasarkan risikan (ceh..) dengan seorang junior. Peringatan, senarai ini ialah analisis kami semata dan senarai TIDAK RASMI. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan hampir kepada tepat dan boleh dipercayai =). Satu lagi, peratus bagi SEMESTA (dah dapat) dan beberapa lg sekolah lain tidak berjaya dirisik (macam nak kahwin pula).
 Kalau ada lagi maklumat SBP yang belum tersenarai, boleh roger-roger.

1.TKC, 92.3%
2.SEMASHUR 90.4%
3.STF, 90.2%
4.SAS, 88%
5.SAINS JOHOR, 83.96%
6.STAR, 83.81 %
7.MCKK, 83.5%
8.SEMESTA, 80.47%
9.FARIS PETRA, 80%
10.INTEGOMB, 79.77%
11.SMSS, 78.8%
12.SDAR, 78.3%
13.SSP, 75.625%
14.MOZAC, 74.79%
15.SMSAH, 73.5%
16.SMACH, 71.79%
17.SAKTI, 71
18.SCIPP, 70.3%
19.STJ, 69.23%
20.SESMA, 68.26%
21.SMSTSP, 67.65%
22.KUSESS, 65.3%
23.INTERSABER, 58.82%
24.SMESH, 54.4%
25.SBPI SELANDAR, 53.41%
25.SEMESTI , 47.01%
26.SOKSEK, 44.57%
27.SESDU, 43.9%
28.SAINS LABUAN, 38.24%

Tahniah kepada semua tidak kira apa jua keputusan yang diterima.

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010 SMSJ

Seperti yang semua maklum, hari ni, 23 Disember 2010, keputusan PMR untuk calon-calon 2010 diumumkan.
Alhamdulillah, SMS Johor meneruskan lagi kecemerlangannya pada tahun ni dengan 89 pelajar dapat 8A.
Peratusan pelajar yang dapat semua A untuk SMS Johor ialah 83.9%. Turun sikit je, 1% daripada tahun lepas.
Setakat ni, ini je berita yang dapat. Insyaallah kalau ada khabar-khabar yang baru nanti akan diupdate.
Tahniah buat adik-adik kat sekolah. Pada yang kurang berjaya, jangan berputus asa.
Gambar bawah ni pula prestasi SMSJ dari tahun 2000 sampai tahun ni yang diambil daripada facebook Cikgu Mas Aida.
Kecemerlangan yang semakin meningkat. Saya PMR 2005. Pun cemerlang juga kan =)

Tuesday, December 21, 2010

Word Lens: Application yang smart

Demo Word Lens
Oh saya bukanlah seorang pengguna iPhone dan saya juga cemburu dengan kawan-kawan yang menggunakan iPhone. Namun, saya juga bukan seorang peminat iPhone dan produk-produk Apple yang lain.

Tapi application untuk iPhone yang baru ni memang super-duper cool. Cuba tengok video kat bawah kalau tak percaya. Namanya Word Lens, macam kamera kamus la lebih kurang. Boleh terjemah apa-apa perkataan yang ditangkap oleh lens kamera kat iPhone tu. Oh sangat pintar. Tapi buat masa ni, application ni cuma ada terjemahan English ke Spanish dan Spanish ke English je. Jadi, sesiapa yang ada iPhone lepas tu nak melancong ke Spain tu memang sesuai sangat la dapatkan application ni.


Thursday, December 16, 2010

SM Sains Johor sekolah racist

SM Sains Johor sekolah yang racist?
Ni persoalan bukan pernyataan ya. Takut nanti jadi Namewak pula, eh bukan Namewee.
SMS Johor ni salah sebuah SBP yang cemerlang (huh bajet), takkan lah racist pula.
Sebenarnya soalan ni muncul masa saya borak-borak dengan kawan sekolah lain.
Kitorang cerita nama-nama kelas yang digunakan dekat sekolah masing-masing. Macam-macam la nama ada.
Tiba giliran saya, saya bagi tau la ada 4 kelas untuk menengah rendah dan 5 kelas untuk menengah atas.

Kelas menengah atas namanya Sains 1, Sains 2, Sains 3, Teknikal 1 dan Teknikal 2. Erm, biasalah nama-nama macam ni.

Nama-nama kelas untuk menengah rendah pula, Melayu 1, Melayu 2, Melayu 3 dan Melayu 4. Tiba-tiba, seorang kawan saya tu tanya dengan sepantas kilat (metafora je), "Sekolah kau tu racist ke?"
Sepanjang bersekolah kat SMS Johor, saya tak pernah pula terfikir yang nama kelas tu racist. Di sekolah yang terkenal dengan kumpulan zapinnya, Selayah Pujangga ni, ada je pelajar bukan Melayu kat sekolah tu. Cina, India, Iban, Dayak (semestinya original dari Sarawak =P) dan macam-macam lagi. Sebab tu tak pernah terfikir langsung pasal racist-racist ni.

Kelas tu dinamakan sedemikian ada sebabnya. Ikut sejarah (jangan mengantuk tau), masa dulu kala, waktu sekolah ni baru dibuka, ada dua aliran yang ditawarkan sekolah sains pertama di Johor ini iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris untuk semua kelas Tingkatan 1 hingga 5. Tahun demi tahun berlalu, pelbagai transformasi (wah!) dilakukan bagi memantapkan pencapaian sekolah ini juga untuk mengikuti corak pendidikan kebangsaan. Antaranya termasuklah melupuskan aliran kelas Inggeris dan kemudian aliran Sains dan Teknikal untuk menengah atas pula diperkenalkan. Jadi, tinggallah kelas Melayu sahaja untuk menengah rendah.

Kini, transformasi terus berlaku di sekolah ini. Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dikelaskan  mengikut rumah sukan masing-masing. Oleh itu, kelas 1 Melayu 1 juga turut dikenali sebagai 1 Suria, Melayu 2 sebagai Buana, Melayu 3 sebagai Purnama dan Melayu 4 sebagai Segara yang merupakan nama-nama bagi rumah sukan yang terdapat di SMS Johor. Namun demikian, nama Melayu 1,2 dan sebagainya itu terus dikekalkan, bermakna 1 Suria ialah 1 Melayu 1 dan 1 Melayu 1 ialah 1 Suria (erm pening). Polisi terbaru sekolah ni mengenai pembahagian kelas saya tak pasti pula. Rasanya tak banyak perubahan.

Inilah sejarah nama kelas-kelas tu. Seronok tak sejarah? =)
*kawan saya bagi tahu, kat MCKK semua pelajar Melayu dan bumiputera je.

Friday, December 10, 2010

Like Fairosza.net

Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini, akhirnya dapat juga buat benda ni. Dah lama nak buat sebenarnya, tapi tak berapa nak reti (boleh plak camni). Buat apa sangat la agaknya tu sampai macam impian menjadi kenyataan ni.
Padahal nak buat Facebook page untuk Fairosza.net ni je. Widgetnya pun dah ditampal pun dekat sidebar blog ni.
Rupa benda alah (ada kawan dulu tak faham perkataan benda alah) tu macam gambar kat bawah ni.
Cuba tengok, tak ada siapa pun suka. Sedih tau ='(

Jadi, kepada pengunjung-pengunjung, jemputla klik 'Like' dekat page Fairosza.net tu ea. Kalau tak suka tapi nak 'Like' juga pun dialu-alukan sangat.=)

Saturday, December 4, 2010

FooArts Follower ke-111

Tengah malam tadi, Fairosza.net telah menerima Follower Google Friend Connect yang ke-111. Huh, baru 111 dah nak kecoh. Kalau nak ikutkan, lama juga masa yang diambil blog yang tak seberapa ni nak capai angka yang lawa ni. Follower bertuah tu ialah saudara Fuad Safian dengan blognya FooArts .
Sedikit tangkap muat blog FooArts
Saya ada terjumpa blog beliau masa blogwalking. Banyak input-input keagamaan yang berguna dalam blog tu. Sebenarnya masa mula-mula buka blog tu saya tertarik dengan apa ke benda entah yang keluar gambar tu. Cubalah buka blog tu kalau nak tahu apa yang dimaksudkan. Macam best benda alah tu. Rasa macam nak tanya tuan punya blog macam mana buat tu. Jadi saya pun add la dia dalam Facebook. Alhamdulillah dia approve friend request tu tapi sampai sekarang tak tanya-tanya sebab tak tahu nak tanya macam mana. Hehe. Lagipun tak tahu apa nama benda tu.
Benda ni la yang saya maksudkan.
Tapi tak apa, lepas ni nak letak link entri ni kat wall dia mesti dia baca (harap-harap la).
Selamat membaca.

Thursday, December 2, 2010

[Lelaki shj] Ukur Jari Anda

Entri kali ni berkaitan kaum Adam sahaja sebab tak ada kena mengena dengan kaum ibu, dara dan yang sewaktu dengannya. Tapi kalau nak baca juga suka hati korang la.

Kajian terbaru menunjukkan ada cara mudah bagi orang lelaki mengenal pasti tahap kebahayaan(pelik semacam je perkataan ni) mereka terhadap kanser prostat. Kajian yang berdasarkan survey ni dijalankan oleh seorang professor daripada Institut Kajian Kanser, UK.
Eh bukan ni. Ni jejari kentang.
Ok, jom abang-abang, kita ukur baju di badan sendiri. Eh silap. Ukur panjang jari telunjuk dengan jari manis. Sama panjang atau mana satu lebih panjang? Alamak jari manis lebih panjang pula. Korang boleh baca sebahagian laporan kajian kat sini. Kalau tak faham baca berita ni.
Haa yang ni baru jari betul.
Tak tahulah keputusan kajian ni memang tepat untuk semua orang yang bergelar lelaki atau pun ada pengecualian untuk kes-kes tertentu. Tapi kalau jari budak tu terpotong atau ada accident ke, tu pun termasuk juga ke ek? Hehe..

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber