PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Monday, April 25, 2011

Berjumpa Blogger Hafiz Hafizol dan Cahaya Cinta Illahi

Panjangnya tajuk. Tapi entri nak buat pendek je.

Tadi saya dapat berjumpa Hafiz Hafizol aka Pjoe dan Cahaya Cinta Illahi aka Cik Naz di Berjaya Times Square. Pjoe bagitahu last minute jadi susah sikit nak jumpa sebenarnya sebab tengah bekerja. Tapi dapat jumpa kejap. Kira ok la juga. Tu pun lepas dia paksa dengan pujuk rayunya. Hehe

Sebenarnya nak tulis panjang sikit lagi, tapi sekarang ni kat CC. Waktu online pun dah nak tamat.

(yang bawah ni diupdate sikit sebab malam tadi tak sempat sebab dah habis masa kat cc tu)

CCI: air yang ada biji-biji pearl dalamnya tu kat mana???? (cuba korang teka air apa?)hahaha...

Ditawarkan Pelacur

Ok pengalaman kali ni mungkin jarang sekali berlaku pada korang yang baca entri ni. Kalau ada juga boleh share dibahagian komen. Huhu.

Pengalaman ditawarkan pelacur bukan Fairosza dapat sekali dua. Dah banyak kali dah.Dekat mana? Di sebuah jalan di ibu kota metropolitan yang menjadi laluan ramai jenis manusia. Melayu, Cina India semestinya ada. Tambahan lagi ada pak arab, mat saleh, negro mahupun indo.

Kawasan tersebut bukanlah kawasan tertutup. Tapi boleh dikatakan setiap kali Fairosza melalui jalan itu selepas habis kerja untuk pulang ke hostel company, akan ada bapa ayam yang cuba mendekati sambil membisikkan "Amoi, amoi. Melayu ada, Cina ada, Vietnam......". Ya, kaedah promosi mereka juga secara terbuka kepada orang awam yang lalu.

Tapi saya rasa mereka sedikit kurang ajar kerana tanpa mengira siapa mereka cuba mempromosikan 'produk mereka' termasuk kepada orang Islam. Bukan susah pun nak cam muka-muka jawa ni, tapi mereka dengan selamba mempelawa kita. Tindakan ni secara tak langsung dapat merosakkan umat Islam tu walaupun keputusan terakhir terletak pada individu tu sendiri. Namun, jika tidak ditawarkan, mana mungkin orang boleh terfikir untuk terlibat.Ye tak?. Paling sedih, pelacur MELAYU juga ada disebutkan.

Cuba bayangkan remaja muda-mudi yang tak terfikir pun untuk melakukan perbuatan yang dimurkai Allah ni tiba-tiba terlupa membezakan mana baik mana buruk apabila dioffer sebegini. Dengan mudahnya anak bangsa kita dapat dihancurkan.

Bukan susah untuk pihak berkuasa seperti DBKL mahupun polis mengesan mereka. Cuma lalu je jalan tu dengan berpakaian biasa, pasti akan ada yang mendekati. Namun persoalannya kenapa aktiviti ini dijalankan tanpa rasa takut. Padahal IPK Kuala Lumpur dekat je. Kegiatan ini jelas bertentangan dengan undang-undang negara.

Kalau ada mana-mana pihak berkuasa yang membaca penulisan ini (ada ke?), mahupun sesiapa yang kenal dengan pihak-pihak tersebut, harap dapat usahakan satu operasi membersihkan negara ini daripada perkara sebegini. Perkara ini merupakan masa depan negara kita, bangsa kita, umat kita. Gejala ini juga terbukti membawa banyak kesan yang sangat negatif terhadap sistem sosial kemanusiaan.


*tempat secara spesifik adalah dirahsiakan takut-takut ada pula yang ke situ untuk 'mencari pengalaman ditawarkan pelacur'

Saturday, April 23, 2011

Menipu Bukanlah Buat Sale

Disebabkan sibuk bekerja, blog ini jadi jarang diupdate dan komen-komen juga jarang direply. Tapi harap-harap Fairosza dapat terus menulis dan berkongsi dengan korang.

Berniaga memang nak cari keuntungan. Berniaga cara Islam juga bertujuan memperoleh keuntungan. Namun bukan keuntungan dunia semata-mata. Islam menerapkan nilai-nilai dan akhlak yang dapat memberi keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan perniagaan tersebut.

"Kita pusing la ayat sikit, baru lah boleh buat sales"
"Aku jual USB Dongle(yang sepatutnya menjadi free gift untuk customer) ni side income maa, kalau harapkan gaji hujung bulan bila nak kaya"
"Ala cakap je dia tak dapat Beg Laptop tu kalau tak beli dengan harga yang dah dimahalkan tu"

Atas ni merupakan antara ayat-ayat daripada kawan-kawan kat tempat kerja sekarang ni. Customer yang terpegun dengan pembelitan ayat yang cukup meyakinkan pun membeli tanpa rasa ragu-ragu.

"Ni la namanya buat sale maaa~", kata seorang staf yang lama sikit dengan berlagaknya. OK, staf yang ini bukan Islam.

Tak dapat dinafikan, staf Islam mahupun bukan, bila dah fikirkan mahu untung sendiri dengan cepat, pelbagai cara digunakan walaupun perbuatan tersebut menindas pihak lain. Biarlah kita untung sedikit demi sedikit, asalkan rezeki yang kita peroleh itu diberkati Allah. Harta yang kita dapat tu pun tak akan kekal. Ingatlah segala rezeki itu datangnya daripada Allah yang dipinjamkan kepada kita.

Setakat ini, Fairosza tak pernah merasa tidak cukup dengan apa yang diterima. Malah, boleh meminjamkan wang kepada rakan yang kesempitan lagi dan dapat juga hulur-hulur sikit-sikit. Tapi sebelum ni ada pengalaman kawan pinjam duit tak bayar dan tak dapat dikesan. Jadi saya sekarang lebih berhati-hati.

Tips untuk pembaca Fairosza.net, kalau ingin memberi barangan komputer di Low Yat, belilah di Hypermarket yang besar-besar. Company tempat Fairosza juga mempunyai Hypermarket IT di tingkat 4, tapi Fairosza sekarang kerja di branch yang kecil sedikit yang terletak di tingkat G. Cara penjualan di kedua-dua tempat ini agak berbeza walaupun dibawah company yang sama. Antara hypermarket tersebut ialah Thunder Match Tehnology (4th Floor, company Fairosza), All IT (3rd Floor), The Hub/View Net (3rd Floor) dan Sri Computer (2nd Floor). Insyaallah barang-barang di situ murah sedikit berbanding cawangan-cawangan kecil mereka di tingkat lain.

Lagi satu tips penting, kalau ingat selalulah amalkan tasbih Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil 'azim waktu pagi-pagi tu sebelum memulakan aktiviti harian.

*Bercakap dengan penuh keyakinan tak semestinya kena menipu.

Saturday, April 16, 2011

Homesick

Siapa yang homesick? Apa tu homesick? Budak yang tak boleh duduk jauh-jauh dengan family tu biasanya homesick. Fairosza masa sekolah menengah dah 5 tahun duduk asrama. Jarang homesick masa tu. Bagus kan. Bocah cilik wes hidup dewek (faham tak?). Alah, memang la tak homesick, bila-bila je mak boleh datang sebab asrama tu dekat la juga dengan rumah. Setiap kali mak pergi bandar, boleh je nak singgah bawak makanan ke apa-apa ke.

Tapi bila masuk kolej, lagi-lagi Kolej Yayasan UEM yang kat lembah sunyi tu (Lembah Beringin), baru Fairosza tau macam mana rasanya homesick. Ye lah, kalau ada apa-apa perkara nak kena balik, memang susah. Nak keluar dari kolej tu bukan main susah. Memang kena berhabis duit la kalau nak balik rumah. Kalau masa PMR dengan SPM dulu, mak bole datang masa hari pertama untuk datang bagi semangat, tapi masa A Level, jangankan masa hari pertama periksa, masa hari terakhir kat kolej waktu Graduation Day pun, cuma pakcik sedara yang datang jemput.

Kali ni, kerja dekat Kuala Lumpur, mestilah kena jauh lagi dengan emak. Rasalah juga homesick tu. Bukan sebab susah nak balik sebab transport, tapi sebab susah nak dapat kerja (kau nak kerja ke nak cuti). Jadi, nak balik susah, nak update blog pun susah (ada kaitan ke?).

Jadi, sebab tu universiti pilihan dalam UPU tu semua minta yang dalam negeri Johor. UTM dengan UTHM. Kalau ada apa-apa, bas untuk ke Kluang dari JB dengan Batu Pahat memang banyak. Tapi ada satu pilihan universiti juga yang jauh. UIA. Pilihan terakhir. Harap-harap dapat tawaran yang terbaik untuk diri ni.

Entri ni pun ditaip dekat CC je. Lepas ni dah nak kena masuk kerja. Ada sesiapa bole tolong updatekan blog tak? =) . Memang busy.

*Homesick jugak bila dah lama tak dapat borak-borak dengan kawan-kawan blogger. Sesiapa yang free tu datang-datang la melawat Fairosza kat Low Yat ni. Huhu

Tuesday, April 12, 2011

Akan Sibuk

Esok Fairosza akan bertolak ke Kuala Lumpur. Saya akan bekerja semula di Thundermatch Technology cawangan Low Yat. Tak pasti lagi untuk berapa lama. Mungkin cuma tiga hari, mungkin juga sehingga kelas mula nanti.
Ni company tempat saya kerja tu.
Sebelum ni Fairosza kerja di situ kemudian berhenti. Saya yang minta berhenti dekat Manager tempat saya bekerja. Kenapa berhenti? Salah satu sebabnya Fairosza nak buat persiapan untuk membuat permohonan ke universiti. Takut-takut kalau sibuk sangat kerja nanti, terlepas pula tarikh tutup permohonan. Lagipun, semua sijil-sijil yang berkaitan ada kat rumah dan KL ke Johor tu bukan macam Bukit Bintang ke Penjara Pudu. Jadi lebih baik duduk di rumah dan selesaikan semua.
Korang boleh baca sikit cerita masa mula-mula kerja kat sini.
Kalau nak tengok gambar masa kerja dulu, klik sini .
Ni pulak apa yang terjadi bila sibuk sangat bekerja, klik sini.
Dekat rumah ni pula, saya bukan duduk saja-saja goyang kaki. Fairosza jadi orang gaji tak bergaji lah. Huhu. Malam pula saya jadi Tutor untuk anak jiran (bukan sebelah rumah) yang akan ambil PMR tahun ni. (Ingatkan nak tulis personal tutor tapi bunyi macam lain pulak, dah la waktu malam..huhu..Tapi malangnya, tutee saya tu lelaki..sob3 LOL).

Saya bukan mengajar pun, cuma berkongsi cara belajar dengan budak tu dan temankan buat homework je (saya tak minta bayaran pun, tapi kalau ayah dia bagi saguhati tu ambil aja lah =D). Kalau budak tu nak harapkan yang cikgu ajar kat sekolah, memang susah sikit. Sebab cikgu nak uruskan ramai pelajar. Saya dan dia belajar dengan cara yang sangat santai. Jadi mudah sikit tutee saya tu nak tangkap apa yang dipelajari. Fairosza tengok pun ada peningkatan. Kalau sebelum ni bila suruh jawab soalan, mesti banyak yang menggunakan teknik hentaman =). Tapi sekarang dah banyak berfikir daripada menghentam jawapan (memang tak sah kalau tak hentam macam tutor dia jugak dulu). Tapi yang peliknya, jarang betul dia ada homework. Fairosza dulu waktu sekolah berlambak-lambak. Agaknya memang berbeza sistem pengajaran antara sekolah harian dengan SBP.

Tapi bila Fairosza dah masuk kerja nanti, dah tak dapat nak bantu tutee tu. Kalau momentum yang dia ada sekarang ni tak diteruskan, memang susah sikit nak skor dalam PMR nanti. Memag rasa serba salah tinggalkan dia padahal PMR lama lagi. Lagipun ayah dia yang minta saya tolong.

Berbalik pasal kerja tadi (dah jauh menyimpang ni), minggu lepas Manager tu call suruh kerja semula kerana memerlukan khidmat Fairosza yang rajin ini (perasan). Sebenarnya macam serba salah nak pergi ke tak. Tapi last-last, pergi je lah. Tengok dulu macam mana nanti.

Tapi yang paling sedih sebenarnya, nanti kalau dah sibuk kerja mesti dah tak dapat nak update blog ni selalu. Lepas tu dapat surat daripada blog macam yang entri ini...waa~.

*Rasa tak best la tulis entri personal macam ni walaupun blog ni blog personal.
Erm lagi satu, manager tu sebenarnya abang saya je...huahaha~

Monday, April 11, 2011

What Is Islam? This Is Islam

Do you really know Islam?
Islam is all about peace. Segalanya tentang keamanan. Nama Islam sendiri menceritakan tentang agama ini yang membawa keamanan, kesejahteraan untuk manusia. Agama yang sebenar-benarnya. Namun, sikap umat Islam sendiri kadang-kadang tidak sesuai dijadikan cerminan untuk agama ini. Agama Islam =/= dengan umat Islam. Mungkin kadang-kala salah orang Islam sendiri andainya orang bukan Islam tersilap menilai Islam. Apa-apa pun, jom lihat video di bawah.

Saturday, April 9, 2011

Rakyat Malaysia Sangat Fasih Bahasa Inggeris

Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah 10 negara yang paling fasih menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan negara-negara yang bukan bahasa rasmi dan ibundanya bahasa Inggeris. Kajian telah dibuat oleh Education First (EF) terhadap beberapa buah negara termasuk dari Eropah dan Amerika Latin. EF tu apa? Boleh baca di sini. Malaysia berada di kedudukan ke-9 antara 44 buah negara dan lebih membanggakan apa bila negara ini berada di tempat teratas dalam kalangan negara Asia apatah lagi Asia Tenggara.
Malaysia dikategorikan sebagai High Proficiency dengan mata 55.54. South Korea pula mendapat 54.19 dan dikelaskan sebagai Moderate Proficiency (eh kenapa cerita pasal Korea pulak tiba-tiba ni...huhu).
Singapura tiada

Friday, April 8, 2011

Doa untuk Bukan Islam

Entri kali ni agak panjang. Tapi rasanya berbaloi jika baca sampai habis. Pernah saya terfikir untungnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Tapi bagaimana dengan manusia lain yang belum mendapat hidayah? Bolehkah kita doakan mereka agar diberikan hidayah?
Info ini bukan Fairosza yang karang. Copy je dari note Facebook seorang junior yang juga dah join kelab BEKAS jawatankuasa Persatuan Pelajar Islam (hohoho welcome to the club) SM Sains Johor. Walaupun dah jadi bekas je, harap-harap usaha yang dijalankan sebelum ni tak berhenti setakat itu. Siapa nak tau Facebook abang handsome ni, sila email saya..uhuk2.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung

Tuesday, April 5, 2011

Kuiz Menguji ke- Gay -an.

Budaya homoseksual amat bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan apatah lagi nilai agama Islam. Dengan menjawab kuiz ini, kita dapat mengetahui sejauh manakah ke-Gay-an seorang lelaki. Jika yang perempuan tu berasa was-was dengan teman lelaki korang, bolehla meminta teman lelaki korang menjawab kuiz ini.
Walau

Monday, April 4, 2011

Tips Wang: Teka-Teki Susah

Zaman sekarang orang selalu cerita cara dapat wang. Ada bermacam-macam pekerjaan sebagai cara untuk mendapatkan wang. Kalau kita tak berwang, jadi kita bukanlah beruang. Eh bukan..bukan.. Kalau kita tak berwang, kehidupan seharian kita sukar diteruskan kerana dengan wang, kita boleh menukarkannya kepada barang-barang keperluan harian.
Oleh itu, Fairosza dengan berbesar hati ingin berkongsi sebuah

Saturday, April 2, 2011

Facebook dan Spam

Nampaknya teknologi Facebook dan Spam maju seiringan. Bak kata pepatah, di mana ada Facebook, di situ ada Spam (erk?). Saya sendiri pun dah menjadi salah satu mangsa pasangan yang diibaratkan seperti belangkas ini walaupun jarang-jarang sekali berlaku.

Sebelum ni Fairosza pernah sekali kena spam dengan application yang digunakan oleh seorang blogger dari seberang setelah tangan ni gatal klik link kat status kawan yang mempunyai kata-kata manis menusuk kalbu. Rupa-rupanya Facebook profile kawan tersebut juga telah di spam. Nasib baik saya terus sedar dan cepat-cepat block application tersebut.

Hari ni, Facebook saya macam ada yang tak kena lagi. Kali ni siap buat entri dekat blog sebab betul-betul pelik. Nak cakap spam, tak macam spam. Nak cakap Frape (FB rape), bukan Frape sebab bila buka profile sendiri tak ada pula dekat wall tu. Yang ada cuma yang dekat News Feed tu je. Kalau nak tau benda apa yang keluar dekat 'News Feed' tu, tengok gambar kat bawah ni.
Baca entri ni pun tak pernah, lagi la nak tekan butang Like. Pelik..pelik..
Hafiz Hafizol yang gedik(wekk =P) tu pun ada juga (sibuk je mamat ni nak interframe gak). Bila buka profile HH tu pun sama, kat wall dia tak ada nyatakan yang dia 'Like' entri tersebut (tapi tak tahu la dia suka ke tak LOL). Tu yang hairan binti ajaib tu (hairan ni perempuan kot. sebab tu 'binti'). Boleh tak Encik Hasif yang menjadi tuan punya blog Hazhand itu beritahu sebab masalah ini? Ha jawab, jawab. Dah la tajuk tu kontroversi (ahaks). Tak suka..tak suka..

Perfect Scorer SM Sains Johor SPM 2010

Semalam ada seorang pelawat Fairosza.net tanya mengenai senarai pelajar SM Sains Johor yang memperoleh Perfect Score a.k.a straight A. Fairosza yakin soalan itu merujuk pada keputusan SPM yang baru diumumkan minggu lepas (memandai je) walaupun pelawat yang menggunakan nickname 'katak' tersebut tidak menyatakannya (katak pon baca blog ni.hehe). Tapi encik katak ni tak meninggalkan sebarang tanda seperti link untuk dihubungi. Letak emel ok juga.
Barang diingatkan bahawa walaupun banyak maklumat mengenai sekolah tersebut di blog ini, bukan bermakna ini adalah portal rasmi SMS Johor. LOL
Klik sini untuk melihat keputusan SPM SMSJ bagi tahun 2010.
Oleh itu, Fairosza dengan gigihnya mendapatkan senarai tersebut daripada seorang lepasan SPM 2010 SMSJ yang juga merupakan

Friday, April 1, 2011

Rafi Nilhan Follower ke-200

Kalau tak silap, ni merupakan kali ketiga Fairosza membuat blog review sepanjang menulis di blog ini. Review pertama mengenai follower yang ke-111 iaitu blog milik saudara Fuad Safian (boleh baca di sini) dan yang kedua merupakan entri sebelum entri ini yang merupakan review special untuk blog milik saudara Hafiz Hafizol yang gedik ittew =P (baca sini). Review yang ketiga ini pula merupakan kepada follower Google Friends Connect bertuah yang ke-200 iaitu saudara Rafi Nilhan (Cik Gadis-Cik Gadis tak sudi ke follow Fairosza.net ni..XD)

Masa baca tajuk entri ni, apa perasaan korang? Ada macam ni tak? "Ala baru 200 je. Apa barang. Tak hot langsung la Fairosza ni". Huhu sedih tau. Jangan bilang begitu donk. Saya nggak hot, saya OK.
Gambar diambil dpd profile blogger Rafi. Kalau dia marah baru remove. Kalau tak marah terima kasih ya.
Terus ke topik utama. Rafi ni boleh dikatakan sangat fresh lagi dalam aktiviti menulis blog. Entri pertamanya pun baru ditulis pada 21 Februari yang lalu yang bertajuk "Permulaan". Tapi beliau boleh dikatakan

Tutorial, Blog Review, Reply Blog Entry, Gedik

Amaran : Entri kali ni agak mengarut (tapi tak mencarut ya). Dan tahniah Rafi Nilhan menjadi follower ke-200. Patutnya ada entri special untuk anda.

Entri kali ni merupakan sebuah entri 'tauhu sumbat' sebab kali ni Fairosza nak sumbatkan banyak benda dalam 1 entri. Ingat nak buat asing-asing tapi takpe lah, jimat kertas sikit (haha bajet pakai kertas je blog ni). Proses penyumbatan (ada ke perkataan ni?) ni berlaku gara-gara kenalan maya baru saya yang menggelarkan dirinya HH yang bermaksud Hantu Halimah (Kak Limah Balik Rumah). Eh,eh, silap, sebenarnya Hafiz Hafizol, jangan marah..(tiba-tiba bulu roma meremang malam-malam ni)

Perkara-perkara yang nak disumbatkan dalam entri kali ni ialah tutorial, blog review, sesi mengkritik (a.k.a mengutuk LOL) dan juga sebagai membalas (atau reply) kepada entri hot yang ditulis HH ini (<---klik perkataan 'ini').

Tutorial ni ditanya oleh HH selepas Fairosza perasan yang profile ID yang digunakan HH untuk men'follow' blog lain tidak mempunyai link blog beliau dan menjadikan tuan blog yang difollow sukar menjejaki follower mereka. Tapi ironiknya, HH sendiri pernah membuat satu entri khas menegur follower beliau berkenaan hal ini (klik sini) (ha da malu lah tu, da malu lah tu) hehe. Perkara ini biasanya terjadi pada mereka yang men'follow' tanpa menggunakan ID google yang digunakan untuk blogspot seperti ID yahoo dan twitter. Fairosza ada cuba cari di Google, tapi tak jumpa seprti yang diharapkan. Kalau ada pun, mirip-mirip je seperti yang di tulis oleh blogger famous kujie (sila Google sendiri..hohoho~). Namun entri tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi encik HH kita ni. Fairosza sendiri pun tahu penyelesaian ini dengan menggodeh-godeh sendiri benda-benda yang terdapat di aplikasi Google ini.
Ni lah makhluk tersebut. Gambar ini diambil daripada Facebook beliau dan ditangkap ketika beliau sedang melantak tanpa mengajak Fairosza.
Bermacam cara dah digunakan untuk menolong HH seperti menulis panjang lebar di Facebook dan membuat panggilan video menggunakan Skype dan tunjukkan sendiri skrin PC Fairosza dalam panggilan tersebut. Namun usaha-usaha tersebut gagal kerana Fairosza tak pandai nak terangkan dalam bentuk ayat masa tulis kat Facebook tu, dan waktu buat panggilan video, PC dan internet rumah saya ni meragam pula. Jadi kami sepakat supaya Fairosza menulis entri tutorial (bergambar) di blog ini.
 

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber