PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Saturday, July 30, 2011

Teka-Teki: Mana Pergi RM1?

Semalam ada sorang member Fairosza post gambar yang ada teka-teki macam kat bawah ni. Komen-komen kitorang memang tak boleh blah. Haha. Tapi akhirnya semua setuju sebulat suara yang duit RM 1 tu tak hilang. Haha (komen merapu-rapu je sampai panjang jadinya komen kat Facebook tu)

Thursday, July 28, 2011

Sila Buang Widget GengBlogger

Message Box yang menjengkelkan macam dalam gambar kat atas ni akan keluar jika kita membuka kebanyakan blog yang ada meletakkan widget GengBlogger dalam blog mereka termasuklah blog Fairosza.net. Jadi, Fairosza telah membuang widget tersebut dari blog ini. Laman web Gengblogger.com juga dah tak dapat diakses nampaknya. Tiada sebab untuk widget tersebut berada di sini memburukkan blog yang tak berapa nak cantik ni.
The Annoying Message Box

Jadi, blogger-blogger lain yang belum buang tu, silalah buang ye melainkan anda tak kisah benda ini menyemak di blog anda.

Monday, July 25, 2011

PC Fair, PC EXPO, IT Lifestyle Expo. Lagi?

Aduh letihnya. Macam-macam expo ada. Agaknya berapa banyak la keuntungan penganjurnya dapat daripada company-company yang turut serta. Lagi-lagi kalau dapat sambutan yang tinggi. Datang je lah Low Yat kalau nak cari barang-barang komputer. Harga lebih kurang je. Jangan kena tipu sudah. Plaza Low Yat kan 'The Largest IT Lifestyle Mall in Malaysia'. =)

Letih gila waktu PC Fair.

Sunday, July 17, 2011

Gagal Lagi, Bangkit Lagi

Sedihnya. Rasa macam nak patah semangat. Semalam cek result UPU, tak berjaya dapat mana-mana tempat. Result exam bukan teruk sangat pon. Susah agaknya IPTA nak accept certificate A Level. Tapi, kena kuatkan diri juga. Kalau give up sekarang, usaha selama ni sia-sia je. Semalam lepas balik kerja terus isi borang rayuan. Harap-harap dapat sambung dekat mana-mana IPTA. Rasa sedih tak terhingga. Tak sangka betul.
Ya Allah, tabahkan hatiku menjalani ujianMu.

Friday, July 15, 2011

Hari Ini : Keputusan UPU - Happy Birthday Hafiz Hafizol

Wah nama dia lagi keluar kat blog ni. Biasala, artis, mesti menjadi sebutan sokmo. =) Ha jangan fikir yang bukan-bukan ye. Kitorang kan kawan baik, mesti lah sentiasa sokong-menyokong sesama sendiri. Huhu. Ingat lagi tak entri kontroversi ni dulu --> http://www.fairosza.net/2011/05/saya-benci-hafiz-hafizol.html

Hari ni merupakan ulang tahun kelahiran seorang blogger yang berasal dari Terengganu yang dipanggil Hafiz Hafizol ataupun nama glamernye(=P) Pjoe.
Klik gambar ni kalau nak usha blog beliau.
Lepas beliau balik kampung sewaktu cuti semester yang panjang ni, blog beliau dah lama tak diupdate dan ramai peminatnya rindu akan tulisannya yang gedik.
Apa? Gedik? Ya memang beliau seorang yang ter amat sangat gedik giler sekali (over pulak). Perkara ini diakui sendiri oleh tuan punya badan, kepala, kaki, tangan dan yang sewaktu dengannya.

Tak baik la mengutuk blogger lain. Apa la korang ni (tuju kat diri sendiri). Apa-apa pun, semoga dengan bertambahnya umur ni, harapnya iman dan amal turut bertambah maju seiring dengan peredaran zaman (apekah?).

Hari ni result UPU boleh mula dicheck. Harap-harap dapat masuk universiti pilihan hati. Kalau korang dah tau result nanti kongsi lah ye, mana la tau kita sekelas nanti =)

Monday, July 11, 2011

Pertandingan Mereka Header Sempena Bulan Ramadhan

Daripada : http://www.apisbp.net/topics/aktiviti-program/2011/pertandingan-mereka-header-sempena-bulan-ramadhan.html



Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini, APIS menganjurkan sebuah pertandingan mereka header web yang bertemakan Ramadhan. Penyertaan terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia.
Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:
Size: 960 px x 150 px
Tarikh tutup: 27 Julai 2011
Tema: Ramadhan
Format: .jpeg
Hantar ke: ramadhan.apis@gmail.com
Rekaan yang terpilih akan diletakkan sebagai header laman rasmi APIS di www.apisbp.net dan hadiah menarik menanti pemenang.
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada ramadhan.apis@gmail.com

Saturday, July 9, 2011

Bersih Betul Low Yat Plaza

Plaza Low Yat hari ni betul-betul bersih. Tak ada customer. Ada orang bagi alasan kalau buat demonstrasi, orang ramai datang, peniaga banyak untung. Tapi kalau datang nak memekak nak penuhkan jalan, apa yang peniaga dapat. Orang kat luar ramai, kat dalam Low Yat sunyi. Pelanggan yang nak datang beli pun tak jadi sebab ramai sangat orang kat luar.

Sampaikan banyak kedai kena tutup awal sebab merugikan je bayar pekerja tapi tiada sale dapat dibuat. Nak cari kedai makan Melayu pun dah susah bila dah ditutup. Mungkin ikut join sekaki demonstrasi. Terpaksa la makan kedai mamak. Melayu jugak yang tak untungg.Tak hairanlah banyak peniaga buat bantahan kalau ada demonstrasi di pusat bandar.

Kat Thailand dulu pun cakap nak buat demonstrasi aman, akhirnya apa yang jadi? Contohnya macam kat sini http://www.fairosza.net/2010/05/thai-crackdown-what-they-called.html. Demonstran yang masa itu terpekik terlolong mahukan Thaksin dijatuhkan, akhirnya mereka juga yang jilat ludah sendiri dengan menyokong parti Thaksin yang dipimpin adiknya dalam pilihanraya beberapa minggu lepas.

Tuesday, July 5, 2011

Memo Daripada Bapa GF

Memo ni di copy daripada Facebook Page Persatuan Bangsa Johor. Sejak kebelakangan ni tak ada idea nak menulis blog. Err ok, idea ada tapi rasa malas nak mengarang ayat. Mood yang tak ada. Terimalah memo ini daripada bapa GF anda.

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.
(Sumber : Cari Forum)

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber