PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Thursday, September 16, 2010

Don't Fall In One By One

Sempena Hari Malaysia Hari ni, Fairosza nak sampaikan 2 lagu kat bawah ni.

Here In My Home


We're Malaysian

Tuesday, September 14, 2010

Raya ke?

Raya tahun ni rasanya kurang terasa macam raya. Kawan-kawan lain mungkin sibuk-sibuk teruja packing barang prepare untuk fly, mungkin juga ada yang dah bosan sebab lama lagi nak habis cuti,mungkin ada yang sibuk sikit buat assigmnt, mungkin seronok-seronok balik kampung.
Susah gak kalau assignment bertimbun camni.

Tapi saya pula rasa tak puas sebab esok dah nak kena balik KL sebab hari Rabu dah nak masuk kerja. Huh macam ni ke rasanya orang bekerja. Walaupun bekerja untuk sementara je(nak sambung belajar balik), tapi pengalaman ni betul-betul tak sama dengan suasana raya sebelum ni. Macam mana la agaknya bila dah habis belajar nanti lepas tu dah betul-betul masuk alam pekerjaan.

Erm..bila nak berhenti kerja ek?

Tuesday, September 7, 2010

Akhirnya

Akhirnya, setelah hampir sebulan keputusan CIE A Level diumum, semalam FELDA memutuskan untuk tidak menyambung tajaan kepada saya untuk ke UK. Alhamdulillah, berakhir juga debaran. Apa pilihan yang saya ada selepas ini? Universiti apa yang harus dipohon?

Saya teringin untuk memohon Nanyang Technological University  dan NUS. Saya pernah bercadang untuk memohon ke dua universiti ni lepas SPM tapi terpaksa dilupakan hasrat tersebut sebab semua dokumen mesti diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Memandangkan A Level oleh CIE berasaskan bahasa Inggeris, jadi mungkin proses permohonan menjadi sedikit mudah.

Tapi, saya juga masih pertimbangkan pilihan-pilihan yang lain. Siapa ada cadangan??!

Monday, September 6, 2010

06092010

Tak boleh terima kenyataan atau tak mahu mengalah.
-monorel bukit bintang


Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber