PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label apis. Show all posts
Showing posts with label apis. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Bertalaqqi Pertama Kali

Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berkesempatan untuk menyertai program Talaqqi Intensif 2012 yang dianjurkan oleh Yayasan Sofa dan Persatuan Alumni Pelajar Islam SBP (APIS). Banyak nasihat yang diberikan oleh Dato' Sheikh Muhammad Fuad Al Maliki sepanjang program. Kitab yang diijazahkan pada program tersebut ialah kitab Aqidah Islam dan Syamail Nabi (Kesempurnaan Nabi SAW).
Kitab yang dipelajari
Menurut YDP Yayasan Sofa yang juga merupakan Pengerusi Bersama HIMPUN, bekas presiden ABIM dan juga Pengerusi Persatuan Pembela Islam iaitu Dr. Yusri Mohamad, Sheikh ini ibarat permata yang tersembunyi, seorang ulama yang jarang didengar oleh masyarakat umum. Hanya yang dahagakan ilmu sahaja yang mengenalinya. Benar, tidak seperti beberapa ustaz yang mungkin ramai pengikut dan terkenal, ulama ini berusaha sebaik mungkin menegakkan aqidah sebenar Islam dan budaya ilmu dalam masyarakat Islam terutamanya talaqqi.
Sijil pengIjazahan
Antara pesanan Sheikh Fuad ialah mengajak peserta membudayakan kaedah mencari ilmu secara bertalaqqi, iaitu mendapat ilmu terutamanya berkaitan agama secara terus daripada ulama, duduk berhadapan, dan ulama itu mendapatkan ilmu tersebut melalui ulama lain yang juga menerima ilmu itu daripada alim sebelumnya, dan seterusnya sehingga ke para sahabat yang menerima ilmu daripada Rasulullah S.A.W. InsyaAllah, kita tak akan tersesat melalui cara talaqqi yang diamalkan oleh ulama-ulama muktabar.
Semoga saya berpeluang lagi menyertai program seperti ini pada masa akan datang untuk memantapkan pengetahuan mengenai agama dan mudah-mudahan berupaya menyebarkannya kepada Muslim yang lain.

Monday, July 11, 2011

Pertandingan Mereka Header Sempena Bulan Ramadhan

Daripada : http://www.apisbp.net/topics/aktiviti-program/2011/pertandingan-mereka-header-sempena-bulan-ramadhan.html



Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini, APIS menganjurkan sebuah pertandingan mereka header web yang bertemakan Ramadhan. Penyertaan terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia.
Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:
Size: 960 px x 150 px
Tarikh tutup: 27 Julai 2011
Tema: Ramadhan
Format: .jpeg
Hantar ke: ramadhan.apis@gmail.com
Rekaan yang terpilih akan diletakkan sebagai header laman rasmi APIS di www.apisbp.net dan hadiah menarik menanti pemenang.
Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada ramadhan.apis@gmail.com

Tuesday, July 6, 2010

Malam Apresiasi Salahuddin Al-Ayyubi

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi merupakan antara nama-nama besar dan terkemuka yang terakam dalam sejarah Islam. Kejayaannya membebaskan al-Quds dari cengakaman tentera salibiyah pada tarikh keramat (4hb Julai 1187) merupakan satu karamah yang tidak pernah diberikan oleh Allah kepada sesiapa pun selepas Saiyidina Umar al-Khattab sehingga ke hari ini. Selepas zaman kejatuhan khalifah dan peristiwa Naqbah Palestin 1948, ummat Islam terus menanti kehadiran Salahuddin yang baharu bagi merampas kembali hak Ummat Islam daripada Zionis Yahudi Laknatullah dan para sekutu mereka. Namun, apakah Salahuddin baharu ini bakal muncul secara tiba-tiba? Dan apakah hakikat sebenar kemunculan Salahuddin dan generasinya yang mampu mempamer kekuatan luar biasa sehingga berjaya mengalahkan pakatan tentera Salib di Jurusalem. Malam Apresiasi Salahuddin al-Ayyubi (MAS) merupakan suatu wadah bagi menggerakkan kesedaran ummat tentang faktor dan landasan sebenar yang membentuk generasi Salahuddin;- dari pengaruh intelektual-spiritual Imam al-Ghazali, diteruskan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani dengan pengenalan sistem madrasah dan tarbiyah yang sistematik.


Tentatif
7.00 malam
Solat Maghrib berjemaah & Bacaan Hizb al-Bahr
8.00 malam
Qasidah Burdah 1 & Solat Isyak berjemaah
9.00 malam

Kata alu-aluan pengerusi majlis

Pengenalan majlis oleh pengarah program
9.15 malam

Pertunjukan Persembahan multimedia;- Riwayat Imam al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jilani dan relevensinya dengan kebangkitan generasi Nuruddin Zenki dan Salahuddin al-Ayyubi
9.30 malam

Qasidah Burdah 2
10.00 malam

Ucapan-ucapan

Persembahan sketsa

Persembahan puisi
11.00 malam

Nasyid dan bacaan Hizb anNawawi
11.30 malam

Jamuan ringan/bersurai



 

Saturday, October 17, 2009

widget jam APIS

jamapisthis weekend is a long weekend(xda kelas hari sabtu).jd lastnight fairosza try2 wat widget jam utk blog2 or website.i think this widget can be used to promote apis website.jom promote the website on your blog.just copy n paste the code at ur side bar.this clock best works with the latest flash player(Flash Player version 10.0).if u r using the previous version,upgrade ur browser flash player here







Thursday, September 24, 2009

alumni pelajar islam sbp

assalamualaikum..
jom kita sama2 promote web alumni pelajar islam sbp(APIS) dgn mengepaste(bukan mengempes) kod banner ini..


versi yang besar(besar ke?)

banner apis



copy this code for above APIS's banner


versi yg kecik sket


banner apis



copy this code for above APIS's banner

Friday, June 26, 2009

Mjlis Perkongsian Ilmu APIS (Updated)

Majlis perkongsian ilmu yg bakal dianjurkan oleh APIS dipinda tempat dan masa lebih awal sehari dpd cadangan asal.
Pindaan terbaru adalah seperti berikut:

ALUMNI PELAJAR ISLAM SBP (APIS) akan menganjurkan Majlis Perkongsian Ilmu
seperti berikut:
Tarikh : 27 Jun 2009
Tempat : AX101, UIA PJ
Jam : 10 am-12 pm
Majlis ini akan dikendalikan oleh Ukhti Nurul Syuhada Shuib (Kisas
02/05,kini berkerja sebagai peguam syariah)
Dijemput semua sahabat2 yg berminat untuk mghadiri majlis ini.Terbuka kepada
semua.
tiada bayaran dikenakan.
sebarang pertanyaa sila hubungi wakil APIS
*syuhada (013-2786118)*
*rasyiid (013-3591793)*


JOM RAMAI2

Tuesday, June 16, 2009

Majlis Perkongsian Ilmu Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)

ALUMNI PELAJAR ISLAM SBP (APIS) akan menganjurkan Majlis Perkongsian Ilmu seperti berikut:
Tarikh : 28 Jun 2009
Tempat : masjid As-Syakirin KLCC
Jam : 11 pagi-2 ptg
Majlis ini akan dikendalikan oleh Ukhti Nurul Syuhada Shuib (Kisas 02/05,kini berkerja sebagai peguam syariah)
Dijemput semua sahabat2 yg berminat untuk mghadiri majlis ini.Terbuka kepada semua.
tiada bayaran dikenakan.
sebarang pertanyaa sila hubungi wakil APIS
syuhada (013-2786118)
rasyiid (013-3591793)

Friday, May 8, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLING APIS

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLING APIS(Alumni Pelajar Islam SBP)


akan diadakan pada 9 MEI 2009
Bertempat di TIMES SQUARE
jam 11 PAGI

semua dijemput hadir untuk mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Sebarang pertanyaan sila hubungi SAUDARA AZHARUL 013-2751052

Jom ramai-ramai

Monday, March 23, 2009

laman web APIS-html code[paste kat blog korang.. (-: ]

APIS = Alumni Pelajar Islam SBP

let's promote this interesting website on your blog..just copy the banner code and paste it.

jom kita sama2 meriahkan laman web alumni pelajar islam sbp..




Monday, January 12, 2009

♦APIS - 2 TAHUN PENUBUHAN♦



Selamat ulang tahun penubuhan yang ke-2 pada hari ini. Semoga perjuangan terus berpanjangan dan istiqamah. Tahniah kepada semua warga Alumni Pelajar Islam SBP yang berjaya menjalankan pelbagai program bermanfaat walaupun baru berusia setahun jagung. Semoga organisasi APIS ini akan terus gemilang dan terbilang sebagai platform pengukuhan ukhwah dan perkongsian ilmu.




Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber