PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Saturday, May 28, 2011

Tiger Show di Low Yat Plaza

Ni bukti bergambar yang ada Tiger Show atau pun pertunjukan harimau di Plaza Low Yat beberapa minggu lepas. Pertunjukan ini memang dapat menarik perhatian ramai pengunjung di plaza yang terkenal dengan barangan IT tersebut. Muka pemilik gambar terpaksa di sensored untuk tujuan keselamatan. Rugi pada mereka yang tak dapat hadir kerana banyak promosi yang berlangsung termasuklah jualan di bawah harga kos kepada ahli-ahli.
Ini dia Tiger Show nya.
Saya pemalu
Harimau ni tak garang dan cute. Sama macam yang kat sebelahnya tu.
Hoho dapat tangkap walaupun besar.

Friday, May 27, 2011

Perjumpaan Blogger Aktiviti Maksiat

Entri ni hanyalah sebuah pandangan sahaja. Mungkin ada yang terasa. Kalau benda betul, tak perlu la nak berdalih lagi.

Suasana blogosphere di Malaysia hari ini memang sangat meriah. Ketara sangat perbezaannya dengan tahun-tahun lalu.

Maka, wujudlah berbagai aktiviti sesama blogger dan yang paling popular tak lain tak bukan ialah perjumpaan blogger atau dalam bahasa jawanya Blogger Gathering.

Blogger gathering merupakan sebuah aktiviti maksiat. Maksiat kalau aktiviti-aktiviti yang dijalankan berunsur maksiat. Contohnya, pergaulan bebas , karaoke bercampur lelaki perempuan, bergambar dekat-dekat bersentuhan dan sebagainya.

Kalau aktiviti-aktiviti yang berunsur maksiat tak ada, blogger gathering bukanlah aktiviti maksiat. Buatla program yang lebih sihat macam main boling ke, main futsal ke, melawat petrosains ke, tak pun kalau nak karaoke, buat la asing-asing bilik. Baru la boleh tunjukkan bakat masing-masing.

Sebenarnya entri ini bukan nak cakap pasal blogger gathering semata-mata, tapi kalau boleh kita sebagai remaja yang menjadi pewaris bangsa ni cuba la hindari pergaulan bebas yang berleluasa sekarang ni. Nak keluar boleh je, tapi batas-batas mesti jaga.

*adeh, dah macam orang tua membebel pula

Thursday, May 26, 2011

Pilihan Sukar : Dilema

Fairosza berada di persimpangan. Kena buat pilihan yang sangat penting. Peluang yang selama ini yang diimpikan, berjaya di dapatkan. Impian mengenai kehidupan, mungkin juga penentu masa hadapan. Namun, keputusan mesti juga dibuat. Pilihan hanya dua, terima atau tolak. Kalau terima, banyak implikasi lain yang akan berlaku. Kalau tolak, khuatir penyesalan berpanjangan di masa hadapan kerana peluang inilah yang Fairosza tunggu-tunggu selama ini. Siang malam saya berdoa untuk mendapatkannya. Tapi bila dah dapat, rasa keliru sangat. Timbul persoalan betul ke ini yang terbaik untuk hidup saya? Rasa macam tak mampu membuat keputusan. Adakah Fairosza harus biarkannya berlalu pergi tanpa membuat sebarang keputusan? Tindakan ni sama macam menolak peluang yang ada depan mata. Rasa tertekan sangat bila berhadapan dengan situasi yang macam ni.
Ya Allah, bantu lah aku membuat keputusan yang terbaik dalam hidupku.

Monday, May 23, 2011

Tarikh Keputusan UPU Lepasan Diploma/Setaraf

Pelajar lepasan SPM 2010 yang membuat permohonan UPU dah dapat tahu keputusan masing-masing dan akan mulakan sesi pembelajaran pada Jun/Julai ini. Tapi saya yang memohon sebagai lepasan Diploma/Setaraf masih menunggu bila agaknya keputusan akan diumumkan walaupun pendaftaran lama lagi iaitu bulan September nanti.Tapi biasalah, mesti lah nervous kan nak tau permohonan ita berjaya atau tak, ataupun universiti mana yang kita dapat. Betullah 'penantian suatu penyeksaan'. Huish kena banyak bersabar. Setiap kali online saya akan buka laman web UPU. Eh ke saya yang terlepas pandang yang sebelum ni dah diumumkan bila keputusan akan keluar. Ada sesiapa yang tau tak???

Saturday, May 21, 2011

Saya Benci Hafiz Hafizol

Entri ini merupakan rentetan daripada dua entri sebelum ini yang bertajuk Menulis Artikel Berkualiti dan Bermanfaat dan Contohi Blogger AriffShah.
Fairosza rasa sakit hati sangat dengan sorang blogger yang bajet hebat ni. Siapa lagi kalau bukan Hafiz Hafizol the Gedix. Bukannya apa, boleh pula dia tipu saya hidup-hidup. Dia kata kalau nak jumpa tunggu kalau dia dah kerja time cuti semester ni. Nanti dah ada duit baru boleh keluar jalan-jalan sama-sama. Tapi tiba-tiba dia buat keputusan balik kampung juga akhirnya. Saya punyalah menanti dengan penuh harapan sebab saya teringin nak berjalan di KL ni tapi tak ada kawan meneman. Asyik jalan sorang-sorang je, bosan tauk. 
Aku benci, benci pada dirimu. Aku bosan, bosan pada dirimu. Aku sudah tidak percaya padamu lagi.... Eh ternyanyi dangdut pula. 

Dah la Fairosza tengah demam sekarang ni. Biasalah, cuaca dah tak menentu sekarang ni. Kejap panas, kejap hujan. Siapa suruh kita cemarkan alam ni! (dah masuk topik lain daa~) Berbalik pada mamat gedik ni. Dah la gedik, lepas tu suka-suki je cakap orang lain gedik. Tau la dah semakin popular sekarang. Mula la lupa diri. Kalau setakat lupa diri je tak apa juga, ni dengan kawan-kawan sekali dia lupakan. Tak apalah, nak buat macam mana, Fairosza ni bukannya artis pun nak ada ramai kawan ( =( sob3). Tapi memang tak sangka dia sanggup menipu. Buat penat je jadi pengkomen terbanyak kat blog dia. Jumlah komen tu hampir dua kali ganda banyaknya daripada pengkomen terbanyak kedua di blog dia. 
Ce tengok siapa juara carta.
Paling geram dan sakit hati, dia ada hantar SMS untuk minta maaf, ok la kan minta maaf, tapi boleh pulak gelak-gelak. Nampak sangat tak serius. SMSnya berbunyi begini, "Fai sory hehe ". Kat blog pun dia tulis lebih kurang sama juga. Dah la biarlah dia macam tu, nak buat macam mana. Dah malas nak cerita pasal dia lagi. Saya tak reply pun mesej dia, dan dah tak komen lagi kat blog dia. Enough!
ni print screen yg kat blog dia.
Ni merupakan contoh entri yang kurang memberi manfaat kepada pambaca blog kita. Penegasan di sini, kurang bermanfaat, bukan tidak bermanfaat. Penulisan yang berbentuk lebih kepada ketidakpuashatian (huh?) dan emosi. Tapi, Fairosza bukan cuba katakan yang entri berbentuk begini tidak boleh ditulis di blog kita, boleh je. Apa salahnya kita meluahkan perasaan kan? Cuma kalau boleh selain luahan perasaan, tulisla juga entri-entri yang mempunyai informasi yang berfaedah. Tak luak pun ilmu tu kalau dikongsi. Lagi satu, kadang-kadang mungkin kita tersalah ketika menulis entri emosi ni, boleh berpanjangan pergaduhan jadinya. Dalam contoh entri ni, mungkin si Hafiz Hafizol ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sehingga memaksa dia balik ke kampung dan kerja di sana. Sampaikan yang pasal minta maaf tu pun nak jadi isu. Huhu.
Akhir sekali, Fairosza cuba menulis contoh entri ni dengan ejaan yang tak formal seperti gilew, ase,  dan seumpamanya, tapi rasa macam nak termuntah pula sebab biasanya entri-entri emosi sebegini, perkataan-perkataan yang digunakan memang menjolok anak tekak. Ni akhir sekali yang kedua pula, kalau kita tulis update aktiviti terbaru kita kat blog pun ok juga. Dapat juga kawan-kawan tau perkembangan kita, aktiviti terkini kita. Macam artis lah pulak kan. Lingkup la Melodi lepas ni. =P

*Contoh entri ni macam ada berbaur ke-Gay-an je....euwwww

Thursday, May 12, 2011

Contohi Blogger AriffShah

Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri bertajuk Menulis Artikel Berkualiti dan Bermanfaat.

Saya mula menulis blog di saat blog di Malaysia belum menjadi medium sosial maya yang popular seperti sekarang. Di waktu tak ramai remaja Malaysia mempunyai blog. Ketika kita menulis blog untuk berkongsi dan kadang-kadang untuk syok sendiri =). Tapi mujur saat tu dunia blog di negara jiran Indonesia sudah rancak sepertimana yang berlaku di Malaysia hari ini. Fairosza dapat beberapa kenalan dan saling bertukar fikiran sesama blogger. Kadang-kadang tulis entri pon, blogger seberang yang banyak komen. Kini suhu blogging di negara tersebut sudah kembali dingin namun Fairosza masih berhubung dengan mereka melalui Facebook.
Jika saya yang cuma beberapa tahun menulis blog ni pun dah terasa macam tak tahu lagi nak tulis apa dan kadang-kadang rasa dah tua bila ada muncul banyak blog yang baru, apatah lagi blogger otai Ariff Shah ni. Kalau saya pangkat uncle, beliau ni mungkin Atuk kot =P.

Siapa tak kenal Ariff Shah ni? Blogger mesti kenal kan. Tapi saya yakin blogger-blogger baru ramai juga yang tak kenal berbanding Ben Ashaari sebab bagi saya beliau menulis dengan gaya profesional manakala Ben pula lebih kepada sosial. Walau bagaimanapun, mutu penulisan Ariff sangat-sangat berkualiti dan inilah contoh penulisan bermanfaat yang saya utarakan (selatankan boleh?) dalam entri sebelum ni.

Walaupun saya tak selalu komen di blognya (sebab banyak sangat komen), info-info yang ditulis ada kalanya yang memang jarang kita jumpai, jarang dapat baca kat tempat lain. Tapi jujurnya, bosan jugak kadang-kadang baca fakta je. Kalau bosan boleh baca pengalaman dia dekat Rusia tu. Macam-macam maklumat ada dalam blog tu. Pasal blogging, pasal contest, pasal life kat Rusia, pasal buat duit semua ada.

Baru-baru ni beliau ada join contest famous blogger. Menang tempat kedua lagi. Tahniah la ye. Sesiapa yang subscribe emel commentluv mesti dapat emel senarai pemenang tu kan =).

Sebenarnya ada beberapa lagi blogger yang mempunyai penulisan yang berkualiti seperti Izwan Yusuf, Lenggang Kangkung, Fairosza, Fairosza, Fairosza dan Fairosza..lalala~

Monday, May 9, 2011

Menulis Artikel Berkualiti dan Bermanfaat

Korang suka baca blog? Korang ada blog? Ramai dah ada blog sekarang. Ada macam-macam cara dan gaya penulisan.

Menulis entri artikel yang berkualiti dan bermanfaat kepada pembaca bukan mengambil masa 5-10 minit. Biasanya lebih setengah jam. Kalau setakat tulis apa kita buat tadi, dengan sekian orang kita tak puas hati, mahupun dah berapa banyak buffered earning yang kita dapat, memang kejap je dah boleh siap dan boleh publish. Tapi kalau nak tulis entri yang betul-betul memberi manfaat kepada orang yang membaca seperti pengalaman yang berguna, perkongsian ilmu dan buah fikiran, dan juga analisa maklumat-maklumat semasa, memang susah. Kalau setakat nak tulis siapa terkeluar AF minggu ni, atau siapa pemenang Anugerah Bintang Popular, kat Berita Harian pun orang boleh cari. Tak payah ambil alih kerja wartawan yang susah payah ke lokasi buat laporan. Kesian nanti diorang tak dapat cari makan. Huhu...
Paling tak, tulis la pendapat korang tentang topik yang dituliskan. Sekali-sekala pun tak apa tulis entri yang bermanfaat. Alah blog ni pun bukannya bagus sangat.

Jadikanlah blog sebagai medium perkongsian info-info yang berguna dan bermanfaat kepada pembaca. Kalau hebah-hebahkan benda yang baik tu tak ada masalah.

Entri ni merupakan contoh entri yang kurang manfaat ( tolong bangkang statement ini..=P lalala~ )

*Orang ada blog, kau pun nak ada jugak...

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber