PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Malaysia Harmoni. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Harmoni. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Pisang Goreng + Sambal Kicap

Sambal kicap dan Pisang goreng
Bersarapan pisang goreng memang sangat best. Lebih-lebih lagi kalau masih panas.Macam gambar kat atas ni. Terliur kan. Tapi ni bukan hidangan sarapan hari ni. Hari ahad punya, tapi nak tulis blog hari tu macam malas pulak. Pelik tengok ada orang lain boleh update hari-hari.

Kalau kat negeri Johor, pisang goreng biasanya dijamu dengan sambal kicap. Dulu Fairosza ingatkan memang semua tempat makan macam ni.
Sambal kicap: lagi pedas, lagi kawww!
Tapi ada sekali dulu masa pergi KL dengan kawan, beli pisang goreng yang ada jual kat tepi stesen LRT. Penjualnya bagi pisang goreng je. Saya tanyalah, "tak ada sambal kicap ke?". Boleh pula dia jawab, "sos adalah". Kejadah apa pula nak makan pisang goreng dengan sos. Haha. Lepas peristiwa tu baru tahu rupanya dekat tempat lain biasanya makan pisang goreng macam tu je.

Ada lagi satu peristiwa, masa tu dah tahu lah pasal pisang goreng dengan sambal kicap tu. Fairosza ada sertai program lepas SPM selama 3 bulan kat Uniten. Makanan semua disediakan. Ada sekali tu, hidangannya sup soto. Mestilah ada sambal kicap sekali. Lepas tu saya saja nak uji sorang kawan dari Kelantan, "tau apa nama yang warna hitam ni?". Dia jawab, "KICAP BERLADA". Haha, masuk akal juga. Tapi memang lawak la dengar.
Mak yang masak. Sedap giler.

Thursday, January 20, 2011

Rombongan ke Kebun/Ladang. Bersyukurlah Peneroka

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab Fairosza dilahirkan sebagai anak seorang peneroka Felda dan menjadi salah seorang daripada jutaan warga Felda di Malaysia.
Jom ke ladang!
Pagi tadi, saya sempat ke kebun kelapa sawit keluarga yang baru dimulakan proses penanaman semula selepas penebangan tahun lepas oleh pihak Felda. Fairosza pergi dengan mak dan juga beberapa orang pak cik daripada blok yang saya tinggal dengan menaiki motosikal. Tujuan kitorang ialah untuk mengenalpasti dan menandakan sempadan-sempadan kawasan kebun masing-masing seperti yang telah ditetapkan supaya bila pokok sudah tinggi dan matang, kitorang tahu kawasan masing-masing.
Macam biasa, malas nak tulis panjang-panjang. Tengok je lah beberapa gambar yang diambil.
Pancang yang digunakan untuk menanda sempadan.
Letih menunggu.
Kitorang merempit je pergi kebun.
Cepatlah besar wahai pokok. Harga sawit tengah tinggi ni.

Monday, January 17, 2011

Selamat Hari Ponggal

Pada Jumaat lepas, 14 Januari, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib menerusi akaun facebooknya menyeru semua rakyat Malaysia berbilang kaum mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada penduduk Tamil. Perayaan Ponggal yang diraikan sempena musim menuai di India, turut diraikan dengan meriah di negara kita. 
Pada tahun ini, perayaan yang berlangsung pada hujung minggu itu menarik perhatian ramai warga Malaysia tanpa mengira kaum seperti yang diraikan di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar dari kalangan Melayu dan Cina turut diundang untuk mengalami sendiri kemeriahan Pesta Ponggal tersebut. Acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum yang harmoni di Malaysia. Lebih-lebih lagi, penganjuran di peringkat pelajar ini dapat mendidik mereka agar menghargai antara satu sama lain walaupun mereka berlainan warna kulit. Tentunya, kaum selain Tamil dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas kebudayaan tradisi masyarakat tersebut. 
 
Selain pelestarian warisan nenek moyang masyarakat India di Malaysia, sambutan ini juga dapat menarik lebih ramai pelancong luar negara bertandang ke Malaysia bagi merasai sendiri kepelbagaian di negara kita. Perkara ini seterusnya dapat meningkatkan lagi pendapatan berteraskan pelancongan dan memacu ekonomi negara kearah yang lebih kukuh. Beberapa pelajar dari negara luar seperti Belgium dan Jerman memilih Malaysia sebagai destinasi program pertukaran pelajar mereka kerana tertarik dengan kepelbagaian budaya di Malaysia menunjukkan bahawa perayaan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia wajar diraikan selagi tidak menyalahi undang-undang dan menyentuh sensitiviti kaum yang lain. 

Walau bagaimanapun, perkara yang penting ialah setiap kaum perlu memahami antara satu sama lain dan mengikut peraturan yang ditetapkan undang-undang agar peristiwa hitam seumpama 13 Mei tidak berulang menghantui masyarakat Malaysia. 

*Ni sebenarnya ulasan yang kakak suruh buatkan berdasarkan keratan akhbar tu. Adeh..macam-macam. Buat la sendiri.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber