PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Hack. Show all posts
Showing posts with label Hack. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Gengblogger.com juga di hack?

Betul ke website gengblogger.com telah dihack. Siap bagi pesanan lagi yang berbunyi, "don't focus on popular blogger only. promote them too :)".
16 Mac 2011
Tak pasti la sama ada website tu betul-betul di hack, atau mereka sendiri yang letak gambar tersebut pada main page gengblogger.com. Kalau bukak page lain kat gengblogger.com tak ada masalah. Contohnya http://gengblogger.com/blogger.php, http://gengblogger.com/rumah dan lain-lain. Apa motif semua benda ni, lagi la tak tahu. Hackernya pula siapa agaknya? Erm apa-apa je lah...

Thursday, June 2, 2011

Kenapa Tak Boleh Buka Darkbatman.com?

Mesti ramai kenal dengan blogger Lelaki Kelawar Gelap ni kan. Apa yang terjadi dekat blog darkbatman.com tu? Saya nak terjah blog tu tapi loading bukan main lama. Lepas tu keluar  "The connection has timed out. The server at darkbatman.com is taking too long to respond." Semua orang tak boleh buka blog tu atau pun Fairosza je tak boleh. Waktu yang tak boleh buka tu sekarang, pukul 7 lebih pagi, 2/5/2011. Sejak bila tak boleh buka dan sampai bila tak boleh buka, tak pasti.
Gengblogger.com pun tak boleh buka sekarang.Adeh, Fairosza ada tertinggal isu terkini ke dekat dunia blog ni sampai tak perasan pun web -web ni tak boleh buka. Sibuk sangat bekerja kat Low Yat ni.
Kenapa ek? Ada problem ke?

*takut-takut nanti jadi kat blog ni jugak.

Sunday, February 13, 2011

h4cKeR bY f4iZi : Blogger kena hack?

 Sejak kebelakangan ni, saya dah jarang blogwalking, baca blog-blog lain. Kalau ada pun, baca blog-blog yang ada kat bloglist Fairosza.net je sambil komen-komen.

Tadi, tiba-tiba teringat kat satu blog yang dulu selalu juga buka dan baca artikel-artikel dia. Banyak maklumat yang dikongsi blogger tersebut.

Blog yang dimaksudkan ialah www.aizbatucampur.com yang dimiliki oleh Ahmad Faiz bin Mohd Azmi. Budak ni memang sangat kreatif. Banyak tempahan flash banner yang dia buat dan memang lawa. Macam tak percaya yang dia belajar tu semua sendiri je. Fairosza dulu pun belajar guna Flash ada kelas formal.

Selain blog tu, dia ada juga selia blog-blog lain macam www.fcucommunity.net dengan www.fcuproduction.com. Semuanya dia customise design sendiri.
Antara scene dalam video Magical Boy
 Erm did I mention he is a good video director and editor as well? (ceh ngomong jowo lah pula). Banyak video-video menarik yang budak ni hasilkan (ya dia budak, kalau tak silap tahun ni baru 20 tahun). Walaupun dengan peralatan yang terhad, kualitinya boleh dikatakan setanding filem setelah diedit. Boleh tengok koleksi video tu kat sini.

Sebenarnya tu semua baru mukadimah, atau orang jawa panggil intro. Fairosza nak cerita masa buka aizbatucampur tadi, tengok-tengok keluar yang macam printscreen kat bawah ni.
Keluar macam ni lah. Kalau tak percaya bukak la. Tapi tak tahu lah sampai bila macam tu.
 Cuak juga tengok. Siap bagi warning lagi nak hack blog dia yang lain. Macam mana nak tingkatkan blog protection ek?
Harap-harap hacker yang bernama f4iZi ni tak serang Fairosza.net. Tolong ya hacker yang baik hati dan pandai hack, blog ni bukan apa-apa sangat pun. Tak payah la hack.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber