PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat
Showing posts with label Wee Siew Yin. Show all posts
Showing posts with label Wee Siew Yin. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Wee Siew Yin Antara Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011

Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa 'Ala Aali Muhammad.
Salam Maulidur Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul 2011 peringkat kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya. Oh, Fairosza tidak hadir program tu. Cuma menonton dekat TV1 je. Tapi takdelah dari awal perarakan. Saya mula menonton bila majlis dah berada di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Antara aturcara majlis ialah penyampaian Anugerah Maulidur Rasul. Tahun ni, ada 7 penerima semuanya. Perkara yang menarik ialah seorang pelajar bukan Islam merupakan penerima anugerah tersebut. Wee Siew Yin menerima anugerah tersebut kerana kecemerlangannya dalam PMR baru-baru ini termasuklah mendapat A dalam subjek bahasa Arab (Komunikasi). Kejap, saya sebenarnya tak berapa ingat macam mana ejaan sebenar nama pelajar ni. Maaflah ya cik kalau salah eja.

Semoga saudari Wee Siew Yin diberi hidayah dan seterusnya dapat menggunakan kepintarannya untk membangunkan Islam dan negara.
Persembahan peserta Adik-adikku yang diterbitkan Jakim di RTM ketika majlis tu sangat menarik dan menginsafkan. Kagum betul Fairosza tengok adik-adik membuat persembahan sebegitu. Semoga program seperti Adik-adikku ini terus mendapat lebih sambutan dan lebih banyak program seumpama itu diwujudkan.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber