Pencarian seorang pasangan hidup, semestinya kita ingin mencari yang terbaik, yang benar-benar sesuai dengan diri kita. Bagaimana seorang lelaki apabila bertemu seorang perempuan, dapat mengenal pasti bahawa mereka merupakan sebuah pasangan yang ideal untuk melengkapi hidup masing-masing? Adakah dengan perasaan suka yang entah dari mana datangnya tiba-tiba? Atau mungkinkah dengan ucapan sayang yang belum pasti keikhlasannya? Misi mencari cinta merupakan tugas yang sukar kerana seboleh-bolehnya kita tak mahu tersalah membuat pilihan. Video dalam entry ni (
Sebelum, Semasa, dan Selepas Nikah), mungkin boleh dijadikan sebahagian panduan dan pedoman dalam meneruskan misi orang bujang. Buku di bawah ni juga macam menarik untuk dibaca.
Buku ini diperkenalkan oleh seorang junior sekolah melalui Facebook. Mungkin boleh dijadikan satu bahan bacaan untuk membuatkan kita berfikir tentang persoalan-persoalan tadi. Fairosza ingin dapatkannya satu. Siapa mahu belikan? =).
*Erm..entri pasal kahwin lagi. Nasib baiklah minggu depan dah gaji. Esok nak cuba cari buku ni.
Fairosza ingin mengajak kita semua menonton video di atas ni terutamanya bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan. Juga sesuai bagi mereka yang belum punyai calon ataupun punyai beberapa orang calon =P, apakah kriteria yang penting untuk membuat pilihan? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Oleh itu, sama-samalah perbaiki diri untuk memdapatkan wanita yang baik.
kamu berhak memilih seseorang yg layak dgnmu, pd rupanya serta kedudukannya. akan tetapi, pada asalnya adalah "pilihlah pd agamanya, beruntunglah kamu"
bahawasanya masa pertunangan itu tidak menghalalkan apa2 perhubungan seperti keluar bersama. begitu juga berdua-duaan
*kenapa tiba-tiba buat entri pasal perkahwinan ni? jeng jeng jeng...