PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Monday, January 31, 2011

Inshaallah Bahasa Melayu + Lirik

Akhirnya lagu Inshaallah versi Melayu dah officially released. Tadi masa dengar dekat facebook ingatkan nak salin liriknya sambil dengar. Tapi bila buka dekat youtube, dah ada dekat bahagian info videonya. Jadi, copy je lah dari situ. Terima kasih banyak-banyak pada yang tolong kongsikan di youtube. Semoga lagu-lagu islamik sebegini dapat mendidik jiwa dan rohani dan memberi kesedaran terhadap agama.
Ada sesiapa boleh belanja tiket Maher Zain tak? hehe...




Maher Zain - Inshaallah (Malay version)
Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]

Saturday, January 29, 2011

Alhamdulillah, PageRank Blog Meningkat

Bersyukur dan gembira. Mana taknya, blog ni dah semakin bertakhta di hati kekasihnya iaitu cik Google. Eh selalunya orang panggil Mr. Google, sejak bila pula tukar cik ni? Hehe

Lepas baca entri kat blog aizuddin.net, baru tahu yang PR ni dah diupdate. Dah tu terus cepat-cepat cek dekat prchecker.info padahal kat bawah blog ni dah ada button prchecker dah. Haha, tak perasan pula masa tu.




Harapnya, dengan peningkatan ni, Fairosza.net akan lebih kerap diupdate dengan penuh semangat untuk menyampaikan informasi-informasi yang terbaik untuk rakyat jelata. (ada macam wakil rakyat tak?..hehe).
Saya dah dapat satu cara nak bagi isi untuk update Fairosza.net ni. Caranya dengan menyertai kontest-kontest yang dibuat blogger lain. Tapi masalahnya Fairosza ni bukannya tak ada idea nak update, tapi malas nak update walaupun idea mencurah-curah ke ladang gandum. Jadilah kokocrunch! Terover acting pula.

Friday, January 28, 2011

Prelaunch Malaysia

Tadi masa periksa jejak-jejak dekat shoutmix tu, saya tertarik dekat satu mesej macam kat bawah ni.

Apa benda Prelaunch Malaysia ni?
Prelaunch Malaysia

Jika dirujuk daripada page 'about' laman rasmi Prelaunch Malaysia ni
"We are a very successful technology company based in St Louis, USA and have developed one of the most unique applications ever launched. Combine this with one of the most powerful network marketing plans ever to enter into the MLM arena, to create guaranteed success.


The company is well funded and zero debt free, and has some of the strongest leadership in the USA, from CNN, to private banking, from MLM leadership to internet millionaires. All have come together to launch this amazing internet MLM business.


We can assure you, that you will NEVER have seen anything quite like this before, and it is about to sweep Malaysia & Singapore….and YOU are in right at the start!"

Fairosza tak pernah dengar pasal Prelaunch Malaysia sebelum ni. Hari ni baru tahu. Dan hari ni juga merupakan hari terakhir pendaftaran ahli Prelaunch Malaysia secara PERCUMA sebelum di'launch'kan secara rasmi (Laju je bila dengar percuma). Sesiapa yang tahu lebih lanjut apa benda ni mungkin boleh kongsikan dengan Fairosza. Yang berminat tu pon boleh la join beramai-ramai dekat sini.
Kenapa 1 days? patutnya tak ada 's' kat perkataan day. Hehe

Tuesday, January 25, 2011

Pisang Goreng + Sambal Kicap

Sambal kicap dan Pisang goreng
Bersarapan pisang goreng memang sangat best. Lebih-lebih lagi kalau masih panas.Macam gambar kat atas ni. Terliur kan. Tapi ni bukan hidangan sarapan hari ni. Hari ahad punya, tapi nak tulis blog hari tu macam malas pulak. Pelik tengok ada orang lain boleh update hari-hari.

Kalau kat negeri Johor, pisang goreng biasanya dijamu dengan sambal kicap. Dulu Fairosza ingatkan memang semua tempat makan macam ni.
Sambal kicap: lagi pedas, lagi kawww!
Tapi ada sekali dulu masa pergi KL dengan kawan, beli pisang goreng yang ada jual kat tepi stesen LRT. Penjualnya bagi pisang goreng je. Saya tanyalah, "tak ada sambal kicap ke?". Boleh pula dia jawab, "sos adalah". Kejadah apa pula nak makan pisang goreng dengan sos. Haha. Lepas peristiwa tu baru tahu rupanya dekat tempat lain biasanya makan pisang goreng macam tu je.

Ada lagi satu peristiwa, masa tu dah tahu lah pasal pisang goreng dengan sambal kicap tu. Fairosza ada sertai program lepas SPM selama 3 bulan kat Uniten. Makanan semua disediakan. Ada sekali tu, hidangannya sup soto. Mestilah ada sambal kicap sekali. Lepas tu saya saja nak uji sorang kawan dari Kelantan, "tau apa nama yang warna hitam ni?". Dia jawab, "KICAP BERLADA". Haha, masuk akal juga. Tapi memang lawak la dengar.
Mak yang masak. Sedap giler.

Thursday, January 20, 2011

Rombongan ke Kebun/Ladang. Bersyukurlah Peneroka

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab Fairosza dilahirkan sebagai anak seorang peneroka Felda dan menjadi salah seorang daripada jutaan warga Felda di Malaysia.
Jom ke ladang!
Pagi tadi, saya sempat ke kebun kelapa sawit keluarga yang baru dimulakan proses penanaman semula selepas penebangan tahun lepas oleh pihak Felda. Fairosza pergi dengan mak dan juga beberapa orang pak cik daripada blok yang saya tinggal dengan menaiki motosikal. Tujuan kitorang ialah untuk mengenalpasti dan menandakan sempadan-sempadan kawasan kebun masing-masing seperti yang telah ditetapkan supaya bila pokok sudah tinggi dan matang, kitorang tahu kawasan masing-masing.
Macam biasa, malas nak tulis panjang-panjang. Tengok je lah beberapa gambar yang diambil.
Pancang yang digunakan untuk menanda sempadan.
Letih menunggu.
Kitorang merempit je pergi kebun.
Cepatlah besar wahai pokok. Harga sawit tengah tinggi ni.

Monday, January 17, 2011

Selamat Hari Ponggal

Pada Jumaat lepas, 14 Januari, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib menerusi akaun facebooknya menyeru semua rakyat Malaysia berbilang kaum mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada penduduk Tamil. Perayaan Ponggal yang diraikan sempena musim menuai di India, turut diraikan dengan meriah di negara kita. 
Pada tahun ini, perayaan yang berlangsung pada hujung minggu itu menarik perhatian ramai warga Malaysia tanpa mengira kaum seperti yang diraikan di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar dari kalangan Melayu dan Cina turut diundang untuk mengalami sendiri kemeriahan Pesta Ponggal tersebut. Acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum yang harmoni di Malaysia. Lebih-lebih lagi, penganjuran di peringkat pelajar ini dapat mendidik mereka agar menghargai antara satu sama lain walaupun mereka berlainan warna kulit. Tentunya, kaum selain Tamil dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas kebudayaan tradisi masyarakat tersebut. 
 
Selain pelestarian warisan nenek moyang masyarakat India di Malaysia, sambutan ini juga dapat menarik lebih ramai pelancong luar negara bertandang ke Malaysia bagi merasai sendiri kepelbagaian di negara kita. Perkara ini seterusnya dapat meningkatkan lagi pendapatan berteraskan pelancongan dan memacu ekonomi negara kearah yang lebih kukuh. Beberapa pelajar dari negara luar seperti Belgium dan Jerman memilih Malaysia sebagai destinasi program pertukaran pelajar mereka kerana tertarik dengan kepelbagaian budaya di Malaysia menunjukkan bahawa perayaan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia wajar diraikan selagi tidak menyalahi undang-undang dan menyentuh sensitiviti kaum yang lain. 

Walau bagaimanapun, perkara yang penting ialah setiap kaum perlu memahami antara satu sama lain dan mengikut peraturan yang ditetapkan undang-undang agar peristiwa hitam seumpama 13 Mei tidak berulang menghantui masyarakat Malaysia. 

*Ni sebenarnya ulasan yang kakak suruh buatkan berdasarkan keratan akhbar tu. Adeh..macam-macam. Buat la sendiri.

Tuesday, January 11, 2011

Drama King tak menang lah

Sejak kebelakangan ni, rasa macam malas pula nak update blog ni. Dah seminggu juga la terbiar.

Saya sebenarnya tak berminat sangat nak tulis pasal Anugerah Juara Lagu baru-baru ni, tapi ramai pula tak puas hati dengan keputusan AJL yang tak disangka-sangka tu. Fairosza pun tak sangka Tolong Ingatkan Aku boleh menang.

Tapi, bagi saya, tu dah pilihan juri. Tak pasal-pasal, Anna Rafali tu jadi mangsa. Dia tak bersalah pun. Siap ada FB fan page Belia Benci Ana Rafali lagi. Dah tu ad orang join pula tu. Bukannya benci pasal apa yang dia buat, tapi benci sebab dia menang. Kenapa ek?

Tapi vokal Lan, Black dengan Faizal Tahir mantap juga. Tapi Hafiz yang menang.

Persembahan malam tu memang menarik. Tapi ada pula yang cakap gimik-gimik  tu tak payah pun, Nyanyi macam tu ja. Kalau macam tu bukan AJL, macam konsert biasa.

Walaupun lagu Drama King tak menang, tapi saya suka layan lagu dengan videonya ni. Sangat ironis.

Tuesday, January 4, 2011

Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

Assalamualaikum.

Kalau nak diikutkan Fairosza sebenarnya tak da lah minat sangat nak turut serta dalam pertandingan-pertandingan blogger. Cuma dulu kadang-kadang kalau saya ada masa lapang ada la juga sertai pertandingan-pertandingan menulis dalam blog ni. Tulis blog ni pun sebab minat yang terjadi secara tak sengaja.

Tapi kali ni kes khas sikit, sebab dah kena tag dengan sorang kawan lama tu. Join je lah. Lagipun pertandingan ni bukan susah pun. Cuma ikut langkah-langkah yang ditetapkan je. Mana tau ada rezeki boleh menang domain. (Bodek) Cik Gayah yang baik hati buat pertandingan, bagi lah Fairosza menang, bukan selalu dapat sertai pertandingan macam ni.


Lagi satu, sebenarnya saya tak berapa suka nak tag orang lain dekat blog ni. Tapi dah salah satu syarat pertandingan ni kena tag 3 orang, tag je la. Bukan susah pun. Ni dia blogger-blogger yang bertuah tu (tak tau lah korang dah join ke belum pertandingan ni).
1.Afiq Bukhari
2.Azmer Lias
3.Izwan Yusuf
Kalau korang lapang join lah ye.

Ke UTeM Pula

Dalam entri sebelum ni, saya bagitau yang saya pergi ikut kakak saya hantar barang-barangnye ke kolej kediamannya di UTHM pada Sabtu lepas. Lepas tu, esoknya pula, hari Ahad, saya ikut pula menghantar barang-barang adik saya ke kolej kediamannya di UTeM. Asyik ikut hantar barang je, bila agaknya nak hantar barang sendiri pula? Ah, nak tunggu sampai September tu sangat lama!!
Rumah dia yang paling kiri sekali, tingkat 1
Bawa bekal makan-makan
Baca ni betul-betul!

Sunday, January 2, 2011

Ke UTHM

Siang tadi saya ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat, mengikut kakak menghantar barang-barangnya ke kolej kediaman untuk semester baru yang akan dibuka bermula minggu depan. Semester kali ni dia tinggal di Kolej Kediaman Taman Universiti, luar daripada kampus utama UTHM. Sebelum ni masa selepas SPM Fairosza ada dapat tawaran ke universiti ni untuk kursus yang dipilih. Tapi saya tolak sebab pilih tawaran lain, ke Kolej Matrikulasi Johor. Tapi dekat KMJ pun tak lama juga..haha. Kalau saya pilih tawaran tu, semester ni ialah semester terakhir. Tapi apakan daya, dah pilih tawaran lain, lepas tu terkandas pula sekarang belum sambung belajar.
Tadi sempat ambil sikit je gambar sebelum kakak mengemas biliknya.
Banyak giler barang. Penuh satu Exora. Nasib baik bilik dia tingkat bawah.
Yang beg besar tu room mate dia punya kalau tak silap.
Huh dah tua bangka pun nak tidur dengan teddy bear.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber