PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, March 31, 2009

Aurat: bukan sekadar maruah

Kenapa umat islam diwajibkan menutup aurat? mesti ramai yg tahu hikmah disebaliknya. Tapi, Fairosza hairan, kenapa ramai juga yg tak mahu menjaga aurat mereka (lelaki mahupun wanita)? Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Tapi apa sebab-sebab tu?

Antara hikmah dan tujuan agar kita menjaga aurat masing-masing:

al-a'raf,ayat 20
-membezakan antara haiwan dengan manusia.

kalo kita lihat,betapa indahnya penciptaan manusia.kalo nak dibandingkan dgn haiwan,huh,jauh panggang dari api.jd,salah satu beza antara manusia dan haiwan ialah manusia ada aurat,haiwan tak ada aurat..mudah kan..

-tanda profesionalisme

jika kita tngok kat mana2 pejabat,mesti ada 'dress code' yg mesti diikuti oleh pekerja2 nye.satu lagi contoh,kalo kita nak berurusan secara formal kat mana2 institusi pon mesti kene ikut peraturan2 pemakaian tertentu kan?boleh tak kita pegi pejabat pendaftaran negara dgn memakai seluar pendek?!

-lambang agama Islam(Al-Ahzab,ayat 59)

menutup aurat juga dpt membezakan antara umat islam dgn org bkn islam disamping dpt meningkatkan syiar islam.tak bersyukurkah kita menjadi manusia yg terpilih utk memeluk agama islam?proud to be a muslim..

-sebagai ujian terhadap manusia daripada Allah(al-Mulk,ayat 2)
utk menilai tahap ketaqwaan hambanya.

menutup aurat bknlah satu perkara yg susah.kalo perkara yg mudah ni pun kita tak dapat buat camne kita nak berjaya dalam menempuh ujian2 yg lebih besar.

Ni cuma beberapa hikmah yg dapat Fairosza muatkan dan mungkin ada banyak lagi yg tak Fairosza ketahui..
Siapa cakap perempuan yg menutup aurat tu tak cantik?? Kadang-kadang Fairosza rasa cemburu giler bila tengok budak kecik lelaki dikelilingi kakak-kakak bertudung labuh yg mmg Fairosza akui mmg cantik(pompuan mestilah cantik,takkan hensem plak.)..budak kecik comel katanya..rasa cam nak jadi budak kecik je biar nt dikelilingi kakak2 tu(hehe jahat..)
oleh itu,marilah kita sama menutup aurat..
jadi, renung2 tenung2..

p/s:kawanF airosza cakap kalo pompuan2 yg tudung labuh tu jgn di'pewiit' nt kene sambar petir..huhu

Monday, March 23, 2009

laman web APIS-html code[paste kat blog korang.. (-: ]

APIS = Alumni Pelajar Islam SBP

let's promote this interesting website on your blog..just copy the banner code and paste it.

jom kita sama2 meriahkan laman web alumni pelajar islam sbp..




Thursday, March 19, 2009

kaifa haluk?(apa khabar?)

Salam..
peace..

kalo ada orang bertanya,''apa khabar?'',jawapan tipikal yg akan fairosza jawab ialah ''alhamdulillah,sihat'' walaupun kdg2 tak brapa sihat pon.

tp,kalo ada yg tanya,''apa khabar iman awak?'',nampaknya jawapan fairosza utk kali ini ialah ''kritikal,masyaallah''.fairosza rasa agak truk dan semakin menyusut imannya.banyak prkara yg perlu fairosza prbaiki namun bnyak pluang yg disia-siakan.

..ya Allah,bantulah hambamu ini..

Sunday, March 15, 2009

ranking sbp spm 08

tulis pasal smsj tadi pastu baru terpikir nak cek kat friendster..
ni ranking yg paling lengkap setakat ni(paling lengkap bg pelajar..kalu cikgu diorang leh tgk kt sbp excdellent..kita tak leh..huhu)..
nt kalo jumpe yg lebih lengkap nt leh update lagi...hehe..

1.SASER 1.612
2.KISAS 1.68
3.ASIS 1.754
4.SAMURA 1.83
5.SESTER 1.841
6.SBPI GOMBAK 1.883

7.SAINS JOHOR 1.906
8.SBPI RAWANG 1.951
9.SESERI 1.979
10.KUSESS 1.99
11.SBPI BATU RAKIT 2.004
12.SEMASHUR 2.014
13.SMSSI 2.005
14.SEMESTA 2.059
15.MCKK 2.073
16.MOZAC 2.084
17.SBPI SELANDAR 2.075
18.SMAPK 2.11
19.SAS 2.108
20.FARIS PETRA 2.135
21.SAINS SULTAN MAHMUD 2.142
22.SBPI TEMERLOH 2.143
23.STJ 2.171
24.SMAPL 2.198
25.SBPI SABAK BERNAM 2.193
26.STF 2.221
27.SBPI JEMPOL 2.248
28.SEMESRA 2.266
29.SMACH 2.269
30.SMSS 2.289
31.SBPI GOPENG 2.277
32.SMESH 2.321
33.SBPI PEKAN 2.355
34.SBPI KUANTAN 2.382
35.SERATAS 2.409
36.SEMSAS 2.406
37.SDAR 2.419
38.SAINS KUCHING 2.438
39.SHAH PEKAN 2.434
40.SEMESTI 2.447
41.SAKTI 2.444
42.STAR 2.456
43.SOKSEK 2.604
45.SAINS LAHAD DATU 2.621
46.SAINS DUNGUN 2.637
47.SAINS LABUAN 2.822


Belum Update :
TKC, SBPI KUBANG PASU, SSP, SAINS MIRI, SAINS PASIR PUTEH, SAINA, SAINS MAT JIWA & SMSAH


kalo tgk kat ranking ni ada sekolah yg naik dan ada seklah yg menurun dpd thn lepas..
yg penting smsj terus mengorak langkah menuju kejayaan
(thn lepas kureng sket je dpd thn ni..hehe,tak nak kalah)..
SMSJ:the road to success

p/s a.k.a amaran : sains sultan iskandar nampaknya semakin maju dan menghampiri kita..tahniah buat mereka..jd kita juga harus tingkatkan usaha dgn lebih gigih..


SPM '08:tahniah SMSJ


gps -> 1.9...(x ingat point sembilan berapa)
semua A1 -> 10 pelajar
semua A -> 33 pelajar
kedudukan sbp negeri johor -> 2

maklumat ni je yang diperoleh setakat..kena pegi sekolah pulak lpas ni kalau nak maklumat lanjut..

majulah,majulah SMSJ

semakin mantop dan digeruni..

Friday, March 13, 2009

buat 'pakcik makcik'

salam..
apa nak jadi lagi ni...
'pakcik makcik' sume..
tak usah la buat hal..

entri ni ditulis dalam bahasa melayu agar pakcik dan makcik sume mudah paham(harapnya)..
kalo tak faham gak,org tua2 kata 'tak gheti bahase'..

sabtu lepas(7 mac),fairosza pulang ke johor dari kl..
sepatutnya, balik pada 6 mac,tapi sebabkan tiket yang tinggal cume pukul 10 malam,mak nasihatkan balik hari esoknya je.jadi fairosza pon beli tiket pukul 12 tgh hari esok dan bermalam di rumah abang di seri kembangan..

pada 7mac tu,sblm bas bertolak,sempat fairosza dan syafiq haziq mengadakan pertemuan singkat berhampiran stesen lrt masjid jamek utk berbincang mengenai apis..lame gak r tunggu syafiq haziq yg bertolak dpd KLCC..

mana jati diri melayu?

semasa menunggu keseorangan tu,kelihatan kelibat beberapa org tua yg memakai baju yg menunjukkan penentangan terhadap ppsmi..terdengar salah seorang bertanya.."kat mana?"..seorang pakcik yg lain pula menjawab.."masjid negara"..
dalam hati nak sahaja fairosza menegur pakcik2 tersebut dan cakap..

"pakcik,toksah wat kacau lagi la.saya ni dulu lalui ppsmi,sekarang dah belajar kat kolej.banyak kelebihan yg saya dapat.pakcik tak laluinya.tak payah la buat2 tau?sejujurnya mmg susah pada awalnya,tapi sekarang tika saya menyambung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi,saya dapat belajar dgn lebih mudah.pakcik kan 'pejuang bahasa',takkan tak pernah dengar pepatah,
'berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.'
lebih baik pakcik balik rumah tengok anak2 pakcik dah belajar ke belum.eh betul ke pakcik ni perjuangkan bahasa melayu?"

tapi apakan daya,tu cuma satu gerakan hati je..sbb fairosza rasa sukar pakcik tu nak faham rayuan fairosza (walaupun dalam bahasa melayu) setelah pakcik2 tersebut susah payah berhimpit-himpit naik lrt.
ingat ye pakcik makcik,matlamat tak boleh menghalalkan cara..kalau nak perjuangkan sesuatu pun,gunakanlah cara lebih baik..

fairosza faham perasaan beberapa individu yg sayangkan bahasa kita.tapi tolonglah faham fairosza juga mahu adik2 fairosza mendapat kebaikan yg fairosza terima dahulu.dapatkah pakcik dan makcik jamin bahawa bahasa melayu akan hilang jika ppsmi diteruskan?(mestilah tak..)

tolonglah faham...

fairosza merayu dalam bahasa melayu ni..takkan lah pakcik dan makcik yg kononnya menjadi 'pejuang bahasa'(betul ke?) tak faham?

sewaktu cuti akhir semester tahun lepas,fairosza ada memberitauh kpd mak fairosza,"mak,kalau orang jumpa dato' hisham tu orang nak mintak dia terus kekalkan ppsmi."dengan penuih tanda tanya dan seperti tidak setuju mak berkata,"kenapa?".fairosza menerangkan dengan penuh keyakinan,"ye lah,orang belajar ok je,tak de masalah pon.lagi banyak membantu sekarang ni adalah."
nasib baiklah mak memahami luahanku yg pastinya dalam bahasa melayu..

setibanya di rumah pada hari sabtu tersebut,fairosza menonton buletin utama seperti cuti2 sebelum ini..alangkah terkejutnya apabila terlihat ada perkataan PKPIM pada sebuah keranda yg diusung 'perusuh' ketika berita mengenai perhimpunan membantah ppsmi disiarkan..

amat memalukan..

sbg sebuah persatuan yg membawa nama pelajar dan islam,mereka tak sepatutnya berkelakuan ala perusuh jalanan..
seperkara lagi,adakah mereka ingin menguburkan organisasi tersebut dgn meletakkan nama PKPIM di keranda tersebut
..selamatkan PKPIM..PKPIM telah banyak berjasa dan membantu APIS,sebuah organisasi yg baru mula bernafas.saya harap individu2 berkenaan tidak menggunakan nama persatuan tersebut jika ingin bertindak seperti itu.
amat mengecewakan dan memalukan..

mengenangkan peristiwa perhimpunan tersebut, sia2 shj usaha fairosza dan rakan2 melalui Kelab Kebudayaan Melayu di kolej kami utk menerapkan jati diri dalam kalangan pelajar jika org2 tua sendiri mengenepikan jati diri semata-mata ingin memperjuangkan bahasa.kami berusaha utk memupuk budaya melayu yg penuh kesopanan dan menanam jati diri pada diri kami dan rakan2 agar kami tidak lupa asal usul kami apabila menyambung pengajian ke negara orang yg semestinya berlainan budaya.
aduh..sedihnya...tak ada sebab bahasa melayu nak pupus jika hanya subjek sains dan matematik sahaja yg diajar dalam bahasa melayu..
'pejuang bahasa' sekalian,jika ada masalah,kita perlu atasinya,bukan lari daripadanya.tindakan menentang ppsmi seakan-akan suatu tindakan utk lari daripada masalah..nak memartabatkan bahasa melayu,buatlah melalui bahasa melayu.bkn melalui sains dan matematik..

saya bukan 'pengagung' bahasa inggeris,kerana saya bertutur dalam bahasa melayu di rumah.
sekali lagi..mana jati diri melayu?
(sedihnya..)

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber