PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, December 28, 2010

Kejutan, Gunung Belumut dan . . .

Memang tak sangka. Hari Sabtu lepas, masa tengah baring atas katil lepas solat sambil tunggu matahari muncul, tiba-tiba ada panggilan daripada nombor yang tak dikenali.

Rasa pelik juga, siapa agaknya yang telefon pagi-pagi macam ni. Rupa-rupanya Helmi kawan lama dekat matrikulasi dulu, orang panggil dia Emy. Walaupun Fairosza lebih kurang sebulan je di kolej tu, tapi saya agak rapat dengan beberapa kawan di sana terutama pada hari-hari terakhir saya bergelar pelajar KMJ. Tak sangka sebulan sebenarnya cukup untuk bina ukhwah. Sedih juga nak berhenti. Terpaksa juga melepaskan jawatan dalam Karisma KMJ walaupun tak sempat berkhidmat. Berpisah memang la sedih. Tapi insyaallah kita niatkan kerana Allah, mohon agar dipelihara ukhwah. Perpisahan walaupun menyedihkan, juga merupakan suatu rahmat sebab kita akan jumpa sahabat baru di tempat baru.

Tiba-tiba masa telefon tu Emy cakap dia dekat Kluang dan nak datang rumah saya. Memang terkejut betul sebab ingatkan pagi-pagi tu juga dia nak datang. Dah la belum bangun mandi, ruang tamu pula ada abang saya dengan keluarga dia yang baru sampai dari KL 2 pagi tadi tengah tidur. Huh, nasib baik Emy cakap lambat sikit dia datang.
Dekat-dekat tengah hari Emy datang dengan Mdnor. Duduk bual-bual, lepas tu tiba-tiba ajak pegi Gunung Belumut pula. Rasa macam nak bantai diorang sebab tak inform dulu. Saya jadi kabut sikit sebab semuanya macam tiba-tiba. Padan muka diorang kena tunggu lama sebab tak bagi tahu awal-awal (haha jahat tak?). Lepas tu mak saya 'paksa' diorang makan dulu sebelum bertolak.

Dekat gunung tu, pusing-pusing cari tandas. Jumpa, tapi tak buka. Down giler. Cari lagi. Jumpa lagi, buka, tapi tak ada rupa tandas. Layan je lah.
Ramai giler orang. Cuti Krismas. Kitorang selamber je masuk port orang. Seronok. Subhanallah, memang indah alam ciptaan tuhan.
Lepas dah puas mandi-manda (tapi Mdnor nampak macam tak puas =P), kitorang gerak ke bandar Kluang.

Cari tempat parking kereta. Penuh. Jumpa tempat kosong dekat dengan Perhentian Bas Kluang. Jadi kena jalan kaki ke Kluang Parade. Sampai sana, terus cari surau untuk solat Asar. Diorang ajak makan dekat restoran Radix. Tapi tiba-tiba hujan masa solat. Terperangkap kat dalam tu sampai hujan teduh sikit. Diorang ajak beli CoolBlog. Saya tak pernah beli. Serius tak tahu nak pilih perisa apa. Malu juga bila ada makcik tu lagi advance pasal perisa-perisa kat situ. Disebabkan tak pernah rasa, perut jadi lain macam pula. Serik.
  
Masa hujan dah ala-ala gerimis, kitorang redah je pergi ke RCH. Tapi tak jadi sebab saya tak tau nak makan kat situ. Dulu pernah pergi juga dengan kawan sekolah tapi tak jadi makan kat situ dan pergi makan dekat RFC. Kali ni pun kitorang terus ke RFC. Masa nak order tiba-tiba mak telefon. Jawab la kat depan kaunter tu. Nasib baik tak ada pelanggan lain kat belakang. Rasanya kitorang tak ada la order banyak tapi masing-masing tak habis.
  
Lepas tu kitorang main boling dekat Kluang Parade. Main 2 game. Game pertama Mdnor menang, game kedua Emy menang. Manakala Fairosza pula diboikot oleh mesin boling tu sebab setiap game mesti ada sekali kena skip turn. Agaknya dia dah tahu mamat ni tak akan menang punye. Huh geram. Dekat pukul 10 malam baru kitorang habis main.
"Dari Abu Hamzah Anas bin Malik rodhiallohu ‘anhu pelayan Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim)"
Seharian bersama kawan-kawan lama memang menyeronokkan. Tapi penatnya lebih sehari baru hilang.
Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan. Bila lagi agaknya kita dapat berjumpa lagi?



Artikel Yang Berkaitan



6 comments:

cik.shabah said...

phew!cam best je ;)

Fairosza said...

cik.shabah:
mesti la..mandi gunung,mana tak best..=)

Muhammad Azli Shukri said...

blog ini sudah dipaut dlm myblog list II, malangnya kemaskini blog ini tidak dapat di"baca" oleh blog saya.

Fairosza said...

Azli Shukri:
owh takpe.terima kasih bang azli

Mohamad Izwan said...

peh, dah bukak ke gunung lumut.. dulu aku g ngan dak2 skolah,tutup..tapi nego ngan pakgad cakap kitorang orang jauh.. dia kasi masuk.. hahaha.. jauh la sangat, padahal umah semua kat simpang rggm.. haha

Fairosza said...

Izwan:
haha sukati korang je kelentong pak guard tu..
sebelum ni ada tutup ke?rasanya kalo ada pon die tutup kejap je kot time tu agaknya ada problem sket..ramai giler orang hari tu sbb cuti krismas. orang islam melayu pon dapat cuti,tu yg best kat malaysia ni.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber