PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, December 20, 2011

Kembali Menulis: Semangat Yang Pudar

Banyak bahan nak ditulis, banyak info nak dikongsi. Tapi semangat nak menulis tu entah hilang ke mana. Portal Persatuan Alumni Pelajar Islam SBP (www.apisbp.net) juga dah lama tak tulis. Pengalaman cuma berlalu jadi kenangan. Blog hanyalah dunia maya, di luar sana kenyataan. Banyak sangat masalah kebelakangan ni, mood nak menulis pon tak ada. Macam-macam perasaan. Rasa macam nak tutup blog ni, tapi sayang pula rasanya. Hobi yang sangat seronok; menulis blog, walaupon kadang-kadang macam syok sendiri. Tiba-tiba teringat kenangan sepanjang menulis blog. Berkawan dengan orang yang tak pernah jumpa, sertai contest-contest, luahan perasaan, berkongsi penulisan yang bermanfaat, macam-macam lagi. Kongsi benda yang kita suka kat internet ni pon ada. Lepas tu gigih promote dekat kawan-kawan blogger lain. Rindunya.

Lagi seronok bila ada orang baca perkongsian kita, luahan kita. Sokongan yang kita dapat daripada orang yang tak kenal kita. Sebab tu rasa sayang nak berhenti menulis. Dunia blog dengan dunia luar tak sama. Dunia blog boleh direka, dunia nyata bukan cereka, tapi realiti. Kalau gagal, bangkit semula. Tapi bukan semudah berkata-kata. Oh mungkin kena pisahkan dua dunia ni, barulah tak terkesan satu sama lain. Kalau ada masalah, tak ada la hilang mood nak menulis blog. Mungkin tak juga, kalau boleh nak juga benda yang ditulis dekat blog ni terkesan di dunia nyata. Hey sahabat, pinjamkan aku semangat.

Mana Encik Semangat nih?
*Apa aku merepek ni? Ni la jadinya bila dah lama tak menulis.

Artikel Yang Berkaitan



3 comments:

hafiz hafizol said...

ayat kau.. gramatis sangat.. nak baca lagi skali.. haha

I do I need Iman said...

fst tyme masuk sini ;). slmt bergramatis lagi. hahha

Fairosza said...

HH:
gramatis lah sangat..

Mawarda:
selamat datang..hehe
biar gramatis,asal x dramatis...huhu

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber