PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 SM Sains Johor

*update yang ke-4 hari ni.huhu

Nampaknya, walaupun pengarah pelajaran umumkan keputusan SPM seluruh negara meningkat, fenomena yang berlawanan berlaku di SM Sains Johor. (eh dah macam portal SMSJ je blog ni..huhu).
Ada lagi tak mural ni kat dinding sekolah?
Mata Gred Purata sekolah turun lebih perpuluhan dua mata. Tahun lepas, sekolah mencapai 1.54 manakala tahun ni jatuh kepada 1.75. Kejatuhan point yang banyak ni mungkin akan memberi kesan terhadap kedudukan SMS Johor dalam kalangan
Sekolah Berasrama Penuh yang lain sekaligus menjadikan misi sekolah untuk mendapat penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi sedikit mencabar. Dalam negeri Johor sendiri pun, SMS Johor telah pun digugat oleh SBP termuda iaitu SM Sains Sultan Iskandar. Nampaknya SMSSI kembali bangkit seperti tahun pertama sekolah tersebut mengambil peperiksaan SPM (tak ingat pulak tahun bila, 2004 atau 2005 kalau tak silap). Jumlah pelajar yang mendapat perfect score di SMSJ pula ialah seramai 27 orang tahun ini. Nampaknya ramai sangkut subjek-subjek tertentu. Semua panitia harus susun strategi baru bagi memastikan semua pelajar mendapat keputusan cemerlang. Mungkin warga SMSJ terlalu selesa dengan pencapaian-pencapaian lalu.

Walau bagaimanapun, tahniah pada guru-guru panitia Mathematics kerana semua pelajar berjaya mendapat A. Tahniah juga buat Izany yang dapat paling banyak A+ tahun ni. Akhir sekali tahniah buat semua pelajar SMS Johor.

*Rindu dengan guru-guru...

Artikel Yang Berkaitan



2 comments:

Unknown said...

Salam and hye...
Nice blog... feeling lucky dapat follow your blog...
kalau free, jemput singgah ke blog saya..tikasih, thank you
http://purplebloggerboyz.blogspot.com/

Fairosza said...

fahmie firas:
Wassalam.Tq singgah sini.Ok boleh je terjah blog anda pulak...:)

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber