PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, July 6, 2010

Malam Apresiasi Salahuddin Al-Ayyubi

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi merupakan antara nama-nama besar dan terkemuka yang terakam dalam sejarah Islam. Kejayaannya membebaskan al-Quds dari cengakaman tentera salibiyah pada tarikh keramat (4hb Julai 1187) merupakan satu karamah yang tidak pernah diberikan oleh Allah kepada sesiapa pun selepas Saiyidina Umar al-Khattab sehingga ke hari ini. Selepas zaman kejatuhan khalifah dan peristiwa Naqbah Palestin 1948, ummat Islam terus menanti kehadiran Salahuddin yang baharu bagi merampas kembali hak Ummat Islam daripada Zionis Yahudi Laknatullah dan para sekutu mereka. Namun, apakah Salahuddin baharu ini bakal muncul secara tiba-tiba? Dan apakah hakikat sebenar kemunculan Salahuddin dan generasinya yang mampu mempamer kekuatan luar biasa sehingga berjaya mengalahkan pakatan tentera Salib di Jurusalem. Malam Apresiasi Salahuddin al-Ayyubi (MAS) merupakan suatu wadah bagi menggerakkan kesedaran ummat tentang faktor dan landasan sebenar yang membentuk generasi Salahuddin;- dari pengaruh intelektual-spiritual Imam al-Ghazali, diteruskan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani dengan pengenalan sistem madrasah dan tarbiyah yang sistematik.


Tentatif
7.00 malam
Solat Maghrib berjemaah & Bacaan Hizb al-Bahr
8.00 malam
Qasidah Burdah 1 & Solat Isyak berjemaah
9.00 malam

Kata alu-aluan pengerusi majlis

Pengenalan majlis oleh pengarah program
9.15 malam

Pertunjukan Persembahan multimedia;- Riwayat Imam al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jilani dan relevensinya dengan kebangkitan generasi Nuruddin Zenki dan Salahuddin al-Ayyubi
9.30 malam

Qasidah Burdah 2
10.00 malam

Ucapan-ucapan

Persembahan sketsa

Persembahan puisi
11.00 malam

Nasyid dan bacaan Hizb anNawawi
11.30 malam

Jamuan ringan/bersurai



 

Artikel Yang Berkaitan



No comments:

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber