PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010: Tahniah apa jua keputusan

Kalau keputusan SPM yayng baru dapat hari ni kurang memuaskan, tak payahlah susah hati. Bukannya penamat kehidupan ni. Cuba bayangkan, kalau semua dapat straight A+, mesti universiti pun susah nak pilih pelajar. Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Hari Isnin aritu masa buka forum lowyat.net, ada forumer yang tulis dia cuak sampai diarrhea nak tunggu keputusan SPM. Hehe kelakar pulak.

Tuesday, March 15, 2011

Jelajah 1 Malaysia - Hari 2

Sebenarnya dah lama dah nak post gambar-gambar ni. Kejohanan Jelajah 1 Malaysia ni pun dah tamat. Hari pertama hari tu bermula dari Johor Bahru ke Bandar Penawar. Gambar-gambar yang ada ni masa hari ke-2, 9 Mac 2011. Walaupun menunggu lama dengan penuh sabar, akhirnya tiba juga mereka. (tapi nampaknya kereta pengiring macam lebih banyak dari basikal dan pelumba. Haha)

Kenapa ada gambar hari ke-2 je?

Monday, March 7, 2011

Lisa Surihani Baca Blog Ni

Jangan jealous ok. Lisa Surihani pun baca blog ni tau.

Bukan setakat baca je, siap tanya khabar lagi tau. Tak tahulah blog mana lagi agaknya yang dia terjah.

Eh kejap ea, cek balik. La bukan lisa Surihani lah, rupa-rupanya Lisasuriani. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Hehe apalah cdiqlife.com ni.
 
Alah tak apa, bukan minat pun dekat Lisa tu.Tapi pelik kadang-kadang tengok top search kat Yahoo! Malaysia ada Lisa Surihani. Ermmmm......

Tuesday, March 1, 2011

Tips Bola Sepak: Dapatkan Sepakan Percuma

Sebelum teruskan pembacaan, diingatkan bahawa Fairosza tak lah pakar sangat dalam bab-bab bola sepak ni. Kalau ada yang nak cuba tips ni adalah atas risiko masing-masing. Haha.

Sepakan percuma amat penting kerana dapat membantu untuk pemain bola sepak mencari gol untuk pasukan masing-masing.

Jadi, disaat-saat kritikal, apabila waktu permainan hampir tamat dan pasukan anda belum memperoleh sebarang gol, anda mesti mencari peluang untuk mendapatkan sepakan percuma berhampiran gawang gol lawan.

Salah satu cara untuk mendapatkan sepakan percuma ialah dengan ...
Menampar Muka Sendiri
 Betul. Tak percaya? Cuba tengok video bawah ni. Tapi hati-hati, takut kalau terkantoi, akan jadi macam video ni, diulang-ulang dan ditambah sound effect sambil digelakkan oleh pengulas. Haha

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber