PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, October 26, 2010

Berhenti kerja & Kisah Blog Yg Tak Terupdate

Saya merupakan sebuah blog yang agak malang kerana sejak kebelakangan ini saya jarang diupdate oleh tuan blog. Lebih dari sebulan saya dibiarkan begitu sahaja. Sampai hati tuan blog ini memperlakuakn saya sebegini. Saya sedar, siapalah saya jika mahu dibandingkan dengan kerjanya di Low Yat tu.

Tapi, bermula semalam, saya berasa agak gembira kerana akhirnya tuan blog mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan tentunya dia akan cari masa untuk tulis apa-apa perkara, walaupun kadang-kadang mengarut.

Saya tahu, berat hatinya untuk membuat keputusan ini. Semalam merupakan hari terakhirnya. Banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajarinya. Tapi apakan daya, keputusan mesti dibuat antara dua pilihan. Dunia ini sentiasa dipenuhi dengan pilihan. Saya nasihatkan kepada tuan blog dan semua pembaca, berhati-hatilah dalam membuat pilihan agar tidak tersilap memilih dan menyesal kemudiannya. Sentiasalah berdoakan kepada Allah agar diterangkan hati dalam membuat pilihan.

Sekian daripada saya,
Blog Berhabuk

Thursday, September 16, 2010

Don't Fall In One By One

Sempena Hari Malaysia Hari ni, Fairosza nak sampaikan 2 lagu kat bawah ni.

Here In My Home


We're Malaysian

Tuesday, September 14, 2010

Raya ke?

Raya tahun ni rasanya kurang terasa macam raya. Kawan-kawan lain mungkin sibuk-sibuk teruja packing barang prepare untuk fly, mungkin juga ada yang dah bosan sebab lama lagi nak habis cuti,mungkin ada yang sibuk sikit buat assigmnt, mungkin seronok-seronok balik kampung.
Susah gak kalau assignment bertimbun camni.

Tapi saya pula rasa tak puas sebab esok dah nak kena balik KL sebab hari Rabu dah nak masuk kerja. Huh macam ni ke rasanya orang bekerja. Walaupun bekerja untuk sementara je(nak sambung belajar balik), tapi pengalaman ni betul-betul tak sama dengan suasana raya sebelum ni. Macam mana la agaknya bila dah habis belajar nanti lepas tu dah betul-betul masuk alam pekerjaan.

Erm..bila nak berhenti kerja ek?

Tuesday, September 7, 2010

Akhirnya

Akhirnya, setelah hampir sebulan keputusan CIE A Level diumum, semalam FELDA memutuskan untuk tidak menyambung tajaan kepada saya untuk ke UK. Alhamdulillah, berakhir juga debaran. Apa pilihan yang saya ada selepas ini? Universiti apa yang harus dipohon?

Saya teringin untuk memohon Nanyang Technological University  dan NUS. Saya pernah bercadang untuk memohon ke dua universiti ni lepas SPM tapi terpaksa dilupakan hasrat tersebut sebab semua dokumen mesti diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Memandangkan A Level oleh CIE berasaskan bahasa Inggeris, jadi mungkin proses permohonan menjadi sedikit mudah.

Tapi, saya juga masih pertimbangkan pilihan-pilihan yang lain. Siapa ada cadangan??!

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber