PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Wednesday, December 24, 2008

PPSMI:empati jgn mementingkan diri

salam..
wahai 'hero2'ku sume,bcelah kat bwh ni...
tetibe trasa nk tulis
DALAM BAHASA MELAYU pasal isu yg tetibe hgt mutakhir ni.
sbg bacth yg pertama menjalani sistem ini,sy yg cetek ilmu ini berasakan sistem ini tidak perlu dimansuhkan.beberapa kali saya tujukan soalan kpd rkn2 lain yg menjalani sendiri sistem ini sama ada wajar diteruskan @ tidak sistem ini dan rata2 mereka menjawab tiada masalah bg mereka.malahan tiada seorang pon (setakat ni) yg berpendapat sistem ini tidak banyak membantu dlm menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tertier.guru economics sy mengatakan kita harus mempunyai sifat empati iaitu cuba meletakkan diri dlm keadaan org lain dan merasakan keadaan sebenar(jd tanyalah kat org yg mengalami sendiri sistem ni).oleh itu,bg isu ini mereka yg membantah harus cube melihat dari sudut positif dan bkn atas kepentingan tertentu.masa depan pewaris negara mesti tidak diperjudikan sewenang-wenangnye.tak payah lah kononnye nak jadi hero kampong..

>pengajaran bg subjek sains di ipt diajarkan dalam bhs inggeris,jd pelajar akan mudah utk mengadaptasi suasana baru di ipt.ramai senior sekolah yg tua setahun dr kami cemburu kerana mereka terlebih 1thn shj utk mengalami sendiri ppsmi ni.

>jika hjh yg digunakan ialah kebanyakan negara maju menggunakan bhs ibunda mereka spt jerman dan jepun,nmun keruntuhan budaya mereka amat dahsyat terutamanya jpun(scara berseloroh,sensei base jpon sy kata msia memgamalkan dasar pndg ketimur,begitu juga jpun.timur jpun ialah u.s..wakarimashita sensei!).manakala msia lbih maju berbanding indonesia,filipina etc yg menggunakan bhs ibunda mereka.

>jika dikatakan ppsmi akan menafikan kepentingan bhs melayu sbg bhs ilmu,bnyak lg subjek lain yg diajar dlm bahasa melayu.ppsmi hanyalah subjek maths dan sains.subjek spt geografi,sejarah,tasawur,qs,syariah etc masih diajar dlm bahasa melayu.di sekolah2 agama negeri di negeri johor,sume subjek spt ibadat,faraid,jenayat,munakahat etc diajar dalam bahasa melayu kecuali subjek bahasa arab.jd bhs melayu masih menjadi bhs ilmu dan perbincangan di msia.

>mereka tidak boleh mengatakan bhw sistem ini tidak mendatangkan kesan positif kerana kami bacth yg pertama pon belum habis pengajian.jadi perkara tersebut tidak berasas kerana produk dpd sistem ini blum siap dihasilkan(kami le tu..)

>pelajar luar bandar akan dpt lebih manfaat krn terdedah dgn lbih kpd bhs ini dpd sebelum sistem ini diperkenalkan.jika ada org mengatakan mereka akan tertnggal,itu kurg benar krn gunelah apa2 bhs sekalipon kalau tak usaha,tertinggal juga.keluarga sy jga tinggal di luar bndr,oleh itu sy kene berusaha bersungguh-sungguh utk menukar persepsi org terhadap penduduk luar bndr.inilah yg harus disematkan dlm diri kita.

banyak lg sbb lain yg mungkin dpt dibincangkan.kpd mana pihak yg ingin ppsmi dimansuhkan,cuba tanya pendapat pelajar2 yg merasai sistem ni.pelaburan juga telah banyak dikeluarkan,jd amat perlu digunakan sebaik-baiknya.bak kata seorang sahabat sy(nama dirahsiakan) yg sdg mengkaji buku 'dilema melayu-islam:kurg fikir@kurg zikir',orang melayu ni kene berani berubah utk mendapatkan sesuatu yg lebih baik.
wallahualam..

(eh boleh plak fair0sza tulis dalam base melayu..ingatkan lpas ppsmi dah tak reti ckp @ tulis base melayu...erm..renung2 tenung2 lah yer....)

Artikel Yang Berkaitan



3 comments:

Mohd Hilmi Ramli said...

Sdr,

Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.

Pertama, tidak timbul isu kita menentang bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Bacalah buku2 S&M, memang BI yang mendominasi. Isunya ialah mengajar dan mendidik anak bangsa mengunakan bahasa asing utk memandaikan mereka. Tidak pernah dlm sejarah pendidikan dunia mengajar bahasa asin untuk mendidik bangsa. Hanya hamba 'minda yang tertawan '(captive mind) sahaja yang tidak kisah minda ditawan. Berapa ramai graduan, terjemahan buku & kamus S&M dalam BM, tidak memberi apa masalah kepada negara. Malah mereka ini yang membanggakan negara kerana lahir dari acuan Malaysia, bukan UK, US atau Jepun.

Memang, banyak negara moden seperti Jepun, UK dll, maju menggunakan bahasa ibunda, tetapi masalah sosial teruk. Kita kena bezakan antara bahasa dan moral. Mereka mampu mencipta kecanggihan sains dan teknologi menggunakan bahasa sendiri. Bagi kita, kemampuan mengungkapkan istilah dan realiti yang halus adalah berpunca akal mereka yang menguasai bahasa ibunda.

Filipina, India, menggunakan BI, tetapi masih di takuk lama. Isu moral berpunca dari pegangan hidup yang relatif, tidak tetap. Sudah tentu tidak berasaskan Islam. Muslim juga ada yg korup, tetapi kerana kejahilan dan kekeliruan, bukan sebab ad- din itu.

Keduanya, tidak tepat mengatakan kami tidak empati kepada pelajar PPSMI. Jika masih diteruskan PPSMI, mereka semualah yang kami sangat empati, kerana berhadapan dgn sistem yang songsang. Isunya bukan sgt men'Inggeris'kan S&M dlm BI, tetapi menghapuskan BM.

Tidak benar mengatakan BM sudah sedia ada nilai keilmuannya spt sejarah, PI, geografi dll. Kita tidak boleh dualistik dlm isu ini. Maka, subjek S&M dalam BI, subjek lain yang tidak ada nilai globalisme dalam BI. Ini satu lagi penghinaan kepada BM.

Sdr semualah yang perlu risau, kerana akan lahir satu generasi yang terpisah dari sejarah keilmuan BM. Dengan PPSMI, bukan sekadar mengajar dalam BI, tetapi membenarkan hegemoni BI yang ingin me'nyah- hapus'kan bahasa2 lain.

Kita tidak anti BI, tetapi biar adil dalam melayannya. Dalam Islam, 'adil' ialah meletakkan di tempat yg sepatutnya. Jika anak bangsa perlu dibentuk kerangka pemikirannya menggunakan bahasa ibunda, maka perlu adil dengan mengajar dlm bahasa ibunda.

Tidak boleh zalim dalam soal ilmu ini.

Benar, orang Melayu perlu berani berubah. Tetapi jika berubah tidak bersikap 'adil', bukan perubahan kebaikan namanya, tetapi penghancuran secara tdak sedar. Wallhualam.

firdaus khairi said...

Assalamualaikum WBT ,
Adik ,
Pertama sekali abang mengucapkan tahniah kerana menulis. Menterjemahkan apa yang terbenak di hati sanubari. Pada awalnya abang secara peribadi ada yang bersetuju dengan telahan ' empati' adik. Namun demikian , apabila melihat cara dan gaya lengkok bahasa yang adik lukiskan di catatan ruang siber adik jeleas menunjukkan keracunan bahasa dan nuansa yang adik cuba konatasikan didalam catatan jurnal adik. Maaf, abang cuba menjelaskan kepada adik bahawa secara sedar tidak sedar sistem PPSMI yang digunakan telah membuatkan penggunaan tatabahasa dan menjelmakan wabak " campuransansition". Inilah sebabnya para pejuang bahasa memperjuangkan kelestarian nuansa bahasa ibunda kita. Sekali lagi abang mohon kemaafan , cuma mahu membawa kita keluar daripda kasut kita sendiri yang kita tidak sedar kasut kita telah tercarik kulitnya.
Yang Merah Itu Saga
Yang Kurik Itu Kendi
Yang Indah itu Bahasa
Yang Baik itu Budi,

Fairosza said...

terima kasih kpd abang-abang yg sudi memberikan komen dan membaca suara hati saya.

jika dikatakan bacalah buku2 sains&matematik yg berbahasa inggeris asalkan subjek tersebut diajarkan dalam bahasa melayu saya rasa tidak berapa realistik.jika diri saya sendiri yg belajar subjek2 agama dalam bahasa melayu,saya lebih terdorong utk mencari buku2 terjemahan berbanding dgn buku2 agama yg berbahasa inggeris krn khuatir tersalah faham krn terma2 sains, komunikasi, agama dsb berbeza antara satu sama lain.

seringkali dikatakan pengajaran dalam bahasa ibunda benar2 menjadi salah satu aspek kemajuan sesuatu bangsa namun kalau diamati bahasa ibunda kaum india dan cina BUKANNYA bahasa melayu.jika begitu,pengajaran dlm bahasa spt tamil dan mandarin juga perlu diperluaskan jika tak bangsa tersebut tak maju.barulah dinamakan meletakkan sesuatu pada tempatnya(ADIL).sy mmg betul2 tak setuju sbb bahasa bukan aspek yg paling pnting.dan mungkin juga selepas ini ada pandangan utk mengajar bahasa inggeris dlm bhs melayu.

bahasa sy teruk ke?sehingga dikatakan hasil tulisan saya telah diracuni dn didakwa menyebabkan penggunaan tatabahasa dan menjelmakan wabak.sprti yg saya katakan td,setiap terma bhs berbeza mengikut terma masing2.sy menuli slebih kpd bentu perbualan agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca.berbeza dgn membaca komen yg diberikan sdr firdaus khairi,sy perlu menggunakan kamus utk mencari maksud perkataan yg telah dipinjam dpd bhs inggeris saya fikir dan sukar utk memahami ayat2 yg begitu puitis.saya amat teliti dlm tatabahasa dlm penulisan karangan utk penanda kertas periksa krn mereka mudah memahaminya dan pakar.tapi,nahu tersebut berbeza dgn bhs perbualan.jd,walaupon sekedekut markah mana pun guru bhs melayu sy ketika di sekolah dulu,sukar utk beliau memotong markah saya krn tatabahasa PENULISAN sy.

sewaktu kelas fizik hari ni(baru pg tadi),guru fizik di kolej sy yg merupakan guru baru cuba menterjemahkan terma yg disebutnya kpd bhs melayu krn beliau fikir kami tidak faham krn bljr dlm bhs melayu di sekolah menengah.kemudian baru beliau sedar yg sebenarnya.jd,selepas itu,tiba2 saya terfikir adakah jika kami smbung pengajian di uk nt akan adakah pensyarah yg menterjemahkan perkataan ke dlm bhs melayu.tiada bukan?

akhir sekali, terima kasih skali lg kpd yg sudi bce entri sy.tapi kalau nk dibandingkan sy dgn abg2 di atas,siapalah diri saya.mungkn ini sekadar jeritan naluri sy yg ingin membritahu kpd semua tntang pengalaman saya menjalani ppsmi..

wassalam

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber